web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rancang Percutian Musim Sejuk Di Resort Pemenang Anugerah, Lotte Arai Resort 

Hotel ini meraih kejayaan besar apabila diumumkan sebagai pemenang ‘Japan's Best Ski Resort’, ‘Japan's Best Ski Resort for Powder’, dan ‘Japan's Best Snowsports School’  di Anugerah Ski Asia 2023.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2023 8:00PM

Bagi yang belum pernah sampai dan sudah mula merancang percutian musim sejuk yang diidamkan, anda boleh pertimbangkan Lotte Arai Resort. - Gambar Lotte Hotels & Resorts

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang pernah melalui percutian musim sejuk di Jepun, mungkin anda pernah menjejakkan kaki di Lotte Arai Resort yang terletak kira-kira dua jam perjalanan menggunakan Hokuriku Shinkansen dari Tokyo. 

Jadi, pasti sudah maklum tentang kehebatan atau kelebihan resort yang satu ini. Bagi yang belum pernah sampai dan sudah mula merancang percutian musim sejuk yang diidamkan, anda boleh pertimbangkan Lotte Arai Resort.

Antara aktiviti menarik selain ski di Lotte Arai Resort. - Gambar Lotte Hotels & Resorts
Antara aktiviti menarik selain ski di Lotte Arai Resort. - Gambar Lotte Hotels & Resorts

Ini kerana resort ini merangkul tiga anugerah di Anugerah Ski Asia 2023 baru-baru ini apabila diumumkan sebagai pemenang tempat pertama untuk ‘Japan's Best Ski Resort’, ‘Japan's Best Ski Resort for Powder’, dan ‘Japan's Best Snowsports School’.

Anugerah Ski Asia yang memasuki tahun keempat penganjurannya pada tahun ini merupakan acara yang dihoskan oleh 'SKI ASIA', yang menyediakan penerbitan dalam talian tentang pusat peranginan ski di Asia, dan pemenang dipilih melalui pengundian dalam talian hanya oleh pemain ski dan papan salji.

Dalam anugerah ini, LOTTE ARAI RESORT memperoleh semula kedudukan teratas dalam ketiga-tiga kategori yang disebutkan di atas. Untuk kategori, ‘Japan's Best Ski Resort for Powder’, dan ‘Japan's Best Snowsports School’ ia sebenarnya mengekalkan tempat teratas sejak anugerah ini diperkenalkan pada 2019. Pengiktirafan ini sudah pasti mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat peranginan ski yang diiktiraf di peringkat global.

Jika berminat anda boleh mengambil kelas ski di Lotte Arai Resort. - Gambar Lotte Hotels & Resorts
Jika berminat anda boleh mengambil kelas ski di Lotte Arai Resort. - Gambar Lotte Hotels & Resorts

LOTTE ARAI RESORT, yang terletak di Gunung Okenashi, Prefektur Niigata, Jepun, ialah tempat yang menawarkan serbuk salji segar dengan jumlah salji terbesar di Jepun.

Dengan kawasan larian ski yang luas seluas 15.7 juta meter persegi, 14 padang ski dan zon tunggangan bebas, semua pemain ski dari pemula hingga mahir boleh memanfaatkan tahap kemahiran masing-masing. 

Di samping itu, oleh kerana resort ini mengendalikan Snow School, pemain ski pemula pun boleh mempelajari asasnya dengan betul. Jadi, jangan risau jika anda belum pernah bermain sukan yang memicu adrenalin ini. 

Tetamu juga boleh menikmati sauna dengan selesa di Lotte Arai Resort - Gambar Lotte Hotels & Resorts
Tetamu juga boleh menikmati sauna dengan selesa di Lotte Arai Resort - Gambar Lotte Hotels & Resorts

Selain menjanjikan pengalaman musim sejuk, Lotte Arai Resort juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dinikmati ketika musim hijau, yang bermula pada penghujung April. Selain boleh melakukan zip-line yang terpanjang di Asia (1510 meter), anda juga boleh mengalami ‘Pengembaraan Pokok’ terbesar di Jepun, trekking dan menghabiskan masa di taman permainan dengan trampolin.

Lotte Hotels & Resorts ialah syarikat hotel global di Korea yang sedang berkembang melangkaui Asia ke dunia. Kumpulan ini kini mengendalikan 33 hotel dan resort yang mana 20 terletak di Korea dan 13 di luar negara. - Getaran, 9 Julai 2023

Bilik keluarga di Lotte Resort - Gambar Lotte Hotels & Resorts
Bilik keluarga di Lotte Resort - Gambar Lotte Hotels & Resorts

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

M’sia Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala, Wujud Pertumbuhan Mampan Dengan Bahrain - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

4

Gaya 2 tahun yang lalu

'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini