web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Produk Rangkaian Pasaraya Terkemuka Australia, Coles Supermarket Kini Ada Di Malaysia

Coles menjejak masuk ke Malaysia melalui Jaya Grocer, sebanyak 1,000 barangan buatan Australia, kini boleh didapati di Jaya Grocer.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Jul 2023 1:00PM

(Dari kiri) Daniel Teng, Will Mulholland, dan Clare Gatehouse, pada majlis menandakan kerjasama eksklusif antara Coles dan Jaya Grocer. - Gambar Jaya Grocer

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda pernah bercuti di Australia, Coles Supermarkets ini pasti menjadi tempat anda mendapatkan pelbagai jenis produk makanan dan penjagaan diri. Terutamanya jika anda menginap di rumah percutian yang membolehkan anda memasak hidangan sendiri.

Kini rangkaian pasar raya terkemuka Australia ini telah memasuki pasaran Malaysia dengan 200 barangan keluarannya melalui kerjasama eksklusif bersama jenama pasar raya terkemuka Malaysia, Jaya Grocer.

Perjanjian ini membolehkan pengguna di Malaysia mendapatkan lebih 1000 barangan keluaran Australia, termasuklah jenama Coles di pasaraya Jaya Groser.  Ianya boleh didapati di kesemua 43 cawangan Jaya Grocer serta melalui penghantaran oleh GrabMart di seluruh Malaysia. 

Sebagai rangkaian pasar raya terkemuka tempatan, Jaya Grocer juga terkenal dengan pelbagai bahan segar dan barangan import berkualiti tinggi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng dan Pengurus Besar Pengeksportan dan Komersial Segar Coles, Will Mulholland telah memeterai perjanjian itu di majlis simboliknya di cawangan Jaya Grocer the Starling Mall yang disaksikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Clare Gatehouse pada Rabu lalu. 

Majlis tersebut juga diadakan bersempena dengan Pameran Barangan Australia oleh Jaya Grocer yang disokong oleh Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia (Austrade) yang akan berlangsung sehingga 9 Julai 2023 di kesemua 43 cawangan Jaya Grocer di seluruh negara. Pada masa yang sama, Coles juga mengadakan ‘Promosi Coles Own Brand’ di pameran tersebut. 

(Dari kiri) Daniel Teng, Will Mulholland, dan Gatehouse yang turut hadir pada majlis memeterai kerjasama eksklusif antara Coles dan Jaya Grocer. - Gambar Jaya Grocer
(Dari kiri) Daniel Teng, Will Mulholland, dan Gatehouse yang turut hadir pada majlis memeterai kerjasama eksklusif antara Coles dan Jaya Grocer. - Gambar Jaya Grocer

“Kami berbesar hati dapat menyediakan pilihan barangan berkualiti tinggi keluaran Australia kepada pelanggan-pelanggan sebagai tambahan kepada rangkaian luas yang sedia ada ini. Inisiatif ini menjadi kenyataan hanya dengan kerjasama eksklusif bersama Coles.”

“Perkongsian ini adalah keputusan strategik Jaya Grocer untuk berkhidmat kepada komuniti besar ekspatriat Australia. Kami berterima kasih kepada rakan-rakan kongsi kami atas kepercayaan mereka dan yakin bahawa pelanggan Jaya Grocer akan memperoleh nilai dan kualiti yang unggul dalam barangan yang dipilih untuk mereka,” ujar Daniel Teng, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer.

Pengurus Besar Coles bagi Pengeksportan dan Komersial Segar, Will Mulholland pula mengatakan bahawa rangkaian pasar raya Coles amat teruja untuk bekerjasama dengan Jaya Grocer bagi mengembangkan rangkaian mereka yang berkualiti dan bernilai tinggi dalam pasaran Malaysia.

“Coles telah mengeksport makanan Australia berkualiti tinggi selama tidak kurang 20 tahun ke melebihi 30 buah negara di seluruh dunia. Misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada pelanggan sekaligus menyampaikan jenama-jenama dan barangan kebanggaan kami serta yang menjadi cadangan terunggul pelanggan kami,” kata beliau.

“Kami berbesar hati untuk melancarkan rangkaian barangan Coles untuk penjualan di Jaya Grocer di Malaysia bagi mempamerkan kualiti barangannya yang menakjubkan, untuk menyokong pengeluar-pengeluar barangan negara Australia dan terus memacu kebolehan perniagaan Coles Own Brand kami di peringkat antarabangsa.”

Pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 15% untuk barangan terlaris Coles Own Brand seperti Coles Rice Crackers Seaweed, Coles Chocolate Finger Biscuits, Coles Drinking Chocolate, Coles Hot Chocolate Sachets dan banyak lagi sehingga 9 Julai 2023. 

Pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak tawaran dan diskaun setiap bulan melalui program Keahlian Jaya Grocer dibawakan oleh Grab. Akses kepada program keahlian tersedia terus melalui aplikasi mudah alih Grab. - Getaran, 9 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini