Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ketangkasan Sukan Tempur Muay Thai Menaikkan Minat Generasi Muda

Sukan tempur ini berjaya melahirkan minat orang muda dengan tertubuhnya beberapa persatuan Muay Thai di Malaysia bagi mendedahkan dan membimbing generasi baharu.

TARA Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 9:08PM

Suasana di Jengking Fight Championship (JFC) yang diadakan di Messa Mall, Nilai, Negeri Sembilan - Semua gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seni bela diri Thai atau nama lainnya Tinju Thai merupakan salah sebuah seni pertahanan diri yang berasal dari Thailand menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut semasa bertempur.

Bagi sesiapa yang pernah melihat seni Muay Thai ini di gelanggang pertandingan, sudah pasti anda teruja melihat tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang ditonjolkan oleh pemain semasa beraksi.

Sukan tempur ini berjaya melahirkan minat orang muda dengan tertubuhnya beberapa persatuan Muay Thai di Malaysia bagi mendedahkan dan membimbing generasi baharu untuk belajar serta melibatkan diri di dalam sukan tersebut.

Baru-baru ini, penulis berkesempatan hadir ke sebuah kejohanan Muay Thai bernama Jengking Fight Championship (JFC) yang bertempat di Messa Mall, Nilai, Negeri Sembilan melibatkan 120 peninju remaja dan dewasa. Acara ini membuka mata masyarakat bahawa sukan tempur ini mempunyai peminat yang banyak dan dahsyat.

Kelincahan peserta beraksi di gelanggang mampu menaikkan keghairahan penonton yang hadir dan ia seakan-akan sebuah gelombang besar sedang berlaku di pusat membeli-belah tersebut. Suara sokongan dan laungan semangat yang tidak putus-putus dari pasukan masing-masing memenuhi setiap ruang di dalam pusat membeli-belah tersebut.

Mohamad Taufek semasa ucapan memaklumkan bahawa kejohanan JFC ini merupakan petanda baik untuk anak muda terlibat dalam sukan Muay Thai
Mohamad Taufek semasa ucapan memaklumkan bahawa kejohanan JFC ini merupakan petanda baik untuk anak muda terlibat dalam sukan Muay Thai

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani yang turut hadir pada acara tersebut, kejohanan JFC merupakan petanda baik buat generasi muda dalam sukan Muay Thai.

“Saya nampak banyak bakat baharu (dan penglibatan) anak muda dari peringkat umur lapan, sembilan sehingga belasan tahun sudah menyertai kejohanan ini dan bagi saya ini petanda baik. Biasanya kita lihat trend hari ini mereka (anak muda) minat suka elektronik tapi kejohanan ini saya lihat masih ada generasi muda yang minat dengan sukan contact (fizikal) seperti Muay Thai.

“Sudah pasti saya ingin sukan Muay Thai di Malaysia ini boleh pergi sehingga ke peringkat antarabangsa, memberikan pingat kepada negara kita seterusnya mengharumkan negara di masa hadapan,” ketikanya ketika hadir pada majlis penutup kejohanan JFC.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri turut memberi sumbangan RM 6,000 sebagai tanda menyokong kejohanan tersebut.

Kejohanan ini mempunyai enam kategori mengikut standard IFMA (International Federation Muay Thai Association). Kategori tersebut terbuka kepada pemain berumur 8-9 tahun dan 10-11 tahun (kategori 1), 12-13 tahun (kategori 2), 14-15 tahun (kategori 3), 16-17 tahun (kategori 4), bawah 23 tahun (kategori 5) dan 17-40 tahun (kategori 6). 

Di samping itu, setiap perlawanan akan dikawal oleh seorang pengadil yang berkemahiran serta berpengetahuan tinggi dalam sukan Muay Thai. Ini kerana ia adalah sebuah sukan yang sangat lasak dan setiap peninju wajib untuk mempraktikan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan ketika berada di gelanggang.

Contohnya, pemain berumur 11 tahun ke bawah tidak dibenarkan memukul di bahagian atas kepala. Hanya kategori 12 tahun ke atas sahaja dibenarkan dan wajib memakai alat perlindungan yang disediakan. Perlu diingatkan bahawa adalah dilarang sama sekali menggunakan siku dan lutut untuk menyerang ke muka pihak lawan di dalam JFC.

Pengarah Kejohanan, Borhan Budong yakin bahawa JFC akan menjadi sebuah platform untuk sukan Muay Thai berkembang dengan lebih maju
Pengarah Kejohanan, Borhan Budong yakin bahawa JFC akan menjadi sebuah platform untuk sukan Muay Thai berkembang dengan lebih maju

Menurut Pengarah Kejohanan merangkap Yang Dipertua Jengking Martial Art, Borhan Budong, kejohanan JFC ke-5 ini merupakan salah satu persediaan buat pemain untuk menggegarkan gelanggang SUKMA 2024 yang akan diadakan di Bintulu, Sarawak.

“Kejohanan ini saya buat adalah untuk membuat persiapan kepada atlet-atlet SUKMA yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

“Dalam masa yang sama, Persatuan Muay Thai Negeri Sembilan turut menjadikan kejohanan ini sebagai tempat untuk mereka memilih mana-mana atlet yang berbakat untuk dimasukkan sebagai pelapis,” maklumnya.

Jadi, penulis melihat kejohanan JFC ini adalah platform yang terbaik bagi sesiapa yang ingin mengenali dunia sukan Muay Thai seterusnya melibatkan diri secara langsung menjadi fighter dalam seni bela diri Thailand ini. - Getaran, 8 Julai 2023

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Mohammad Rifdean Idam Kontrak One Championship, Tali Pinggang

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Syabas Johan, Raih TKO Dalam Masa 36 Saat

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Filem 'Siku 12 : Langkah Derhaka' Papar Rahsia Seni Mempertahankan Diri Dari Utara

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Pesanan Bapa Jadi Azimat Ahmad Nor Rangkul Emas Muay Thai

Sorotan

1

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

2

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

3

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

4

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

5

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

6

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi