web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesanan Bapa Jadi Azimat Ahmad Nor Rangkul Emas Muay Thai

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 9:08PM

Ahmad Nor berjaya meraih pingat emas ke-39 kontinjen Malaysia dalam acara Muay Thai pada Sukan SEA ke-31 di Bacninh Gymnasium hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Pesanan daripada bapa, Rakib Ahmad supaya memberi fokus sepenuhnya terhadap pertarungan, menjadi azimat buat Ahmad Nor Iman Aliff Rakib untuk melakar kejutan meraih emas acara Muay Thai, pada Sukan SEA Ke-31 di sini.

Atlet berusia 18 tahun itu berkata bapanya, yang merupakan peninju negara era-90, berpesan supaya tidak gentar berdepan peserta Vietnam Huynh Hoang Phi dan sorakan penyokong tuan rumah, apabila turun di gelanggang pada aksi final kategori elit bawah 54 kilogram lelaki hari ini.

“Sebelum pertarungan, rasa sedikit tertekan sebab lawan dengan peserta tuan rumah, tetapi apabila di gelanggang, perasaan itu mula hilang. Saya gembira dapat menang pingat emas.

“Bapa juga pesan, jangan fikir (lawan peserta Vietnam dan sorakan penyokong tuan rumah), tumpu pada pertarungan sahaja,” kata juara dunia remaja 2021 itu yang membuat penampilan sulung pada temasya sukan dwitahunan tersebut.

Atlet muda negara itu yang memiliki ketinggian, menampilkan aksi bertenaga untuk meraih kemenangan 30-27 (10-9,10-9,10-9) dalam pertarungan tiga pusingan.

Kejayaan Ahmad Nor Iman Aliff itu, sekali gus menyaksikan beliau menyumbang pingat emas ke-39 buat kontinjen negara pada temasya kali ini.

Pingat gangsa acara itu milik peserta Filipina Ariel Lee Lampacan dan Sakchai Chamchit dari Thailand.

Untuk rekod, Rakib merangkul pingat gangsa kategori 58kg pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, melengkapkan kejayaan Sapok Biki yang meraih emas kategori 48kg dalam temasya tersebut.

Beliau kemudian bersara dan fokus terhadap perniagaan menjual peralatan sukan seni mempertahankan diri di Rantau Panjang, Kelantan.

Sementara itu, atlet Muay Thai wanita negara Nur Amisha Azrilrizal terpaksa berpuas hati dengan pingat perak, apabila terpaksa akur 27-30 di tangan peserta Thailand Srila Oo Wansawang pada final kategori wanita elit bawah 51kg.

Pingat gangsa acara berkenaan diraih peserta Kemboja Soeng Moeuy dan Thi Phuong Thuy Trieu dari Vietnam.

Presiden Persatuan Muaythai Malaysia Datuk Muhammad Shahnaz Maula Azmi bangga dengan semangat ditampilkan Ahmad Nor Iman Aliff dan mencipta kejutan meraih emas sedangkan beliau belum pulih sepenuhnya daripada patah tulang rusuk ketika menyertai kejohanan di Bangkok, Mac lepas.

“Doktor nasihatkan dia (Ahmad Nor Iman Aliff) berehat untuk pulih sepenuhnya, tetapi dia nak juga sertai Sukan SEA. Saya bangga dengan kejayaan beliau,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Mohammad Rifdean Idam Kontrak One Championship, Tali Pinggang

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Syabas Johan, Raih TKO Dalam Masa 36 Saat

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Puluhan Maut Kebakaran Pangsapuri Di Hanoi, Vietnam

4

TARA 3 tahun yang lalu

Ketangkasan Sukan Tempur Muay Thai Menaikkan Minat Generasi Muda

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad