web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aplikasi Threads Menggegar Dunia Teknologi, Twitter Tercabar!

Ruangan platform ini agak sama termasuk susun atur (layout) seperti twitter namun antara penambahan yang jelas dilihat, tetapan yang ada pada Instagram turut ada di dalamnya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 5:59PM

Minggu ini kecoh berkenaan sebuah aplikasi bernama Threads - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu ini kecoh berkenaan sebuah aplikasi bernama Threads yang mana rata-rata pengguna media sosial telah pun mula memuat turun ia  sebagai platform baharu mereka untuk bersosial. 

Threads adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan Facebook dan diperkembangkan secara khusus buat kalangan pengguna Instagram sehingga ia berjaya menggegar dunia teknologi.

Tunggu dulu, jangan cepat keliru. Secara amnya penulis juga turut memuat turun aplikasi ini setelah menerima notifikasi yang masuk di Instagram menyatakan bahawa terdapat beberapa pengikut penulis di platform tersebut sudah memiliki akaun Threads.

Setelah menyelami fitur aplikasi tersebut,  pada pandangan pertama ia dilihat seakan-akan seperti platform Twitter. 

Persamaan yang ketara yang dimiliki Threads dengan Twitter adalah ia mempunyai ruangan sembang dan perkongsian maklumat yang agak sama termasuk dari segi susun aturnya (layout), namun antara penambahan yang jelas dilihat, tetapan yang ada pada Instagram turut ada di dalamnya.

Tangkapan layar Threads
Tangkapan layar Threads

Apabila ditelusuri lagi,  Threads sebetulnya memiliki gabungan antara aplikasi Twitter dan Instagram.

Siapa yang aktif di Twitter pasti anda sedar di Instagram, trend untuk membuat ‘threads’ atau bahasa mudahnya bebenang maklumat ataupun hantaran berantai tidak dapat dicipta. Di Threads, anda boleh berbuat demikian.

Jadi secara tidak langsung aplikasi ini telah menjadi saingan kuat kepada Twitter kerana jumlah penggunanya meningkat dengan begitu tinggi dan pantas. 

Menurut laporan Theguardian.com, Threads berjaya mendapat jumlah pengguna sebanyak lima juta dalam masa empat jam manakala menerusi laporan CBS News.com, CEO Facebook Mark Zuckerberg menyatakan Threads berjaya menarik 10 juta pengguna dalam masa tujuh jam.

Terkini setakat ini, Zuckerberg memaklumkan di akaun Threads miliknya bahawa jumlah pengguna sudah melebihi 30 juta.

Tidak melepaskan peluang, individu ternama di Malaysia turut memuat turun aplikasi ini, antaranya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memulakan hantarannya:  “Assalamualaikum. Apa khabar semua?”.

Tangkapan layar akaun Threads Anwar Ibrahim
Tangkapan layar akaun Threads Anwar Ibrahim

Akaun Threads  platform penyiaran (OTT) popular Netflix pula membuat hantaran pertamanya:  “Waiting for my friends to join me” dengan jumlah pengikutnya yang sudah mencecah lebih daripada 1.7 juta.

Ada juga yang menyatakan aplikasi ini adalah satu kemenangan dari Mark Zuckerberg menentang pemilik aplikasi Twitter Elon Musk dengan wujudnya kenyataan yang berbunyi:  “Mark 1-0 Elon”.

Kebanyakan hantaran pertama pengguna di Threads turut dikongsikan di Instagram story dan ia menjadi tular di medium tersebut.

Dalam pada itu, Business Insider.com baru-baru ini melaporkan bahawa pemilik aplikasi Twitter, Elon Musk bertindak mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang atau saman terhadap Meta Platforms susulan pelancaran aplikasi tersebut. Nampak betul-betul tercabar Musk sekarang ni.

Musk berkata:  “Persaingan adalah baik, namun bukan peniruan,". Ia sebagai sebagai respons terhadap isu hak cipta kedua-dua platform tersebut.

Elon Musk dan Mark Zuckerberg - Gambar AFP
Elon Musk dan Mark Zuckerberg - Gambar AFP

Maka kehadiran Threads ini dilihat menjadi pesaing kuat kepada aplikasi Twitter dan memandangkan ia masih baharu, mari kita sama-sama saksikan apakah upgrade yang akan dibuat dalam masa terdekat untuk aplikasi baharu ini. Adakah ia lebih menarik atau tidak, sama-sama kita nantikan. - Getaran, 8 Julai 2023 

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

08 Jul 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini