web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jasad Manusia Ditemukan Di Gunung AS Disahkan Pelakon Julian Sands

Sands, 65, dilaporkan hilang lebih lima bulan lalu selepas tidak pulang dari pendakian di kawasan Gunung Baldy pada 13 Januari.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 8:00AM

Jasad pelakon itu ditemukan di kawasan sama pada Sabtu oleh pendaki awam, dengan koroner kemudian mengesahkannya adalah Julian Sands - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON -  Jasad manusia yang ditemukan di pergunungan San Gabriel di selatan California disahkan milik pelakon Britain Julian Sands, kata Jabatan Syerif Daerah San Bernardino kepada Agensi Berita Jerman (dpa).

Sands, 65, dilaporkan hilang lebih lima bulan lalu selepas tidak pulang dari pendakian di kawasan Gunung Baldy pada 13 Januari.

Jasad pelakon itu ditemukan di kawasan sama pada Sabtu lalu oleh pendaki awam, dengan koroner kemudian mengesahkannya adalah Sands.

“Proses pengecaman mayat ditemukan di Gunung Baldy pada 24 Jun telah selesai dan dikenal pasti secara positif sebagai Julian Sands, 65 tahun dari Hollywood Utara,” kata jabatan itu.

Pelakon itu terkenal dengan wataknya dalam filem A Room With A View, Leaving Las Vegas dan Warlock serta penampilannya dalam siri televisyen '24', 'Smallville' dan 'Banshee'.

"Kami amat berterima kasih kepada pasukan pencari dan penyelaras yang berusaha tanpa jemu untuk mencari Julian," menurut kenyataan keluarga, yang dikeluarkan pada Rabu oleh jabatan sheriff.

Dalam tempoh lima bulan, usaha pencarian Sands terhalang akibat cuaca buruk dan dihentikan pada Mac kerana risiko runtuhan salji.

Lapan misi mencari melalui darat dan udara telah dilakukan termasuk usaha mencari oleh sukarelawan selama lebih 500 jam.

Sands menetap di Los Angeles sejak 2020. Dia dikenali kerana gemar akan aktiviti luar termasuk mendaki dan dianggap rakannya sebagai pendaki gunung yang berpengalaman dan cekap. - Bernama-dpa

Isu Pada

Danial Hansen Sedia Untuk Cipta Sejarah

01 Jul 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Mayat Ditemukan Di Lokasi Pelakon Julian Sands Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari