web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Ditemukan Di Lokasi Pelakon Julian Sands Dilaporkan Hilang

Sands, 65, tidak pulang selepas melakukan aktiviti pendakian pada 13 Jan lalu, di kawasan Gunung Baldy di pergunungan yang terletak di selatan California.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 6:20PM

Julian Sands - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Satu mayat ditemukan di kawasan pergunungan San Gabriel Amerika Syarikat, lokasi pelakon Britain Julian Sands dilaporkan hilang kira-kira lima bulan yang lalu, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.

Jabatan Syerif Daerah San Bernardino berkata pendaki telah menghubungi pihak berkuasa pada Sabtu pagi, berhubung penemuan mayat di kawasan Mount Baldy itu.

Mayat telah dibawa ke Pejabat Koroner, sementara menunggu proses pengecaman, menurut jabatan itu.

Proses pengecaman dijangka diselesaikan minggu depan dan selepas itu jabatan akan mengeluarkan kenyataan.

Sands, 65, tidak pulang selepas melakukan aktiviti pendakian pada 13 Jan lalu, di kawasan Gunung Baldy di pergunungan yang terletak di selatan California.

Pelakon itu terkenal dengan wataknya dalam filem A Room With A View, Leaving Las Vegas dan Warlock serta penampilannya dalam siri televisyen 24, Smallville dan Banshee.

Penemuan mayat itu sejurus selepas keluarganya mengeluarkan kenyataan  dan berterima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat.

Menurut Jabatan Syerif walaupun mayat Sands tidak ditemukan semasa misi mencari dan menyelamat pencarian pada 17 Jun, kes itu masin dibuka. 

Pencarian berdepan kekangan akibat cuaca buruk di kawasan itu dan dihentikan pada Mac kerana risiko runtuhan salji.

Lapan misi mencari melalui darat dan udara telah dilakukan termasuk usaha mencari oleh sukarelawan selama lebih 500 jam.

Jurucakap jabatan syerif sebelum ini berkata matlamatnya adalah "untuk memberikan penyelesaian" kepada keluarga Sands. - Bernama-dpa

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Jasad Manusia Ditemukan Di Gunung AS Disahkan Pelakon Julian Sands

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 15 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN