Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Trak Volvo Komited Menggunakan Bahan Api Neutral Karbon Menjelang 2025

Strategi, Volvo Malaysia Sdn Bhd (Volvo Trucks) bertujuan bagi mengurangkan pelepasan karbon dalam rangkaian operasi mereka sendiri sebanyak 50 peratus menjelang 2025.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 7:08PM

Volvo mengorak langkah untuk memenuhi komitmennya menggunakan bahan api berasaskan neutral karbon dengan penggunaan tenaga solar Volvo Trucks.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat makluman semua, Volvo tidak semestinya merujuk kepada kenderaan pacuan empat roda. Terdapat banyak lagi produk dan komponen mahupun teknologi yang dikeluarkan oleh syarikat automotif ini. Seperti sebelum ini, penulis pernah berkongsi artikel berkenaan sebuah bas yang menggunakan teknologi dari Volvo.

Kali ini,kita akan memfokuskan tentang sebuah lagi produk mereka iaitu trak, baru-baru ini Volvo mengorak langkah untuk memenuhi komitmennya untuk menggunakan bahan api berasaskan neutral karbon menjelang 2050. 

Selepas siap pemasangan pada November ini, Volvo Trucks Malaysia dijangka menyaksikan pengurangan sebanyak 477 tan karbon atau 35% kurang apabila ditanda aras terhadap pelepasan karbon pada 2019.
Selepas siap pemasangan pada November ini, Volvo Trucks Malaysia dijangka menyaksikan pengurangan sebanyak 477 tan karbon atau 35% kurang apabila ditanda aras terhadap pelepasan karbon pada 2019.

Pembuat trak Sweden itu telah memulakan pelaburan sebanyak RM3.14 juta untuk hartanahnya di Shah Alam dan Kuantan untuk dipasangkan sebuah teknologi panel solar. Ini bertujuan bagi mengurangkan pelepasan karbon dalam rangkaian operasi mereka sendiri sebanyak 50 peratus menjelang 2025.

Pengarah urusan Volvo Trucks Malaysia, Anthony O’Conne, perjalanan berkata:

''Kemampanan adalah masa depan dan Volvo Trucks berada di hadapan. Perjalanan kemampanan kami bukan hanya mengenai trak, ia merangkumi keseluruhan operasi perniagaan.

“Ini sejajar dengan visi Kumpulan Volvo untuk keseluruhan rangkaian produk dan rantaian bekalannya untuk menjadi sifar bersih menjelang 2050 selewat-lewatnya.

Strategi yang dikemukakan ini seiring dengan iklim Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun dan keadaan cuaca positif ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Penggunaan tenaga solar Volvo Trucks adalah sebahagian daripada objektif untuk meningkatkan kesan jejak karbon yang positif. 

Pemasangan di kedua-dua lokasi ini dijangka membolehkan pengimbangan karbon terkumpul berjumlah 11,925 tan karbon sepanjang tempoh 25 tahun (panel solar bertahan selama kira-kira 25 hingga 30 tahun) untuk pembuat kenderaan komersial.

Pada masa yang sama, Volvo Trucks secara rasmi melantik Micro Energy Holding Sdn Bhd (Micro Energy) sebagai pembekal panel solar, pemasang dan kontraktor penyelenggaraan. Tenaga suria yang dituai akan meliputi 95 peratus daripada bekalan kuasa untuk Volvo Trucks Shah Alam dan 98 peratus bagi lokasi di Kuantan. 

Lebihan tenaga daripada sistem ini akan kembali ke grid dan akan diimbangi dalam kos tenaga Volvo Malaysia daripada pembekal tenaga, Tenaga Nasional Berhad.

Selepas siap pemasangan pada November 2023, Volvo Trucks Malaysia dijangka menyaksikan pengurangan sebanyak 477 tan karbon atau 35% kurang apabila ditanda aras terhadap pelepasan karbon pada 2019.

Pemasangan teknologi ini juga mendorong mereka untuk membuka jalan kepada persiapan Volvo Trucks untuk memperkenalkan trak elektrik (EV) Volvo di Malaysia. Pembuat trak Sweden ini bakal membuat pelaburan terhadap pemasangan pengecas EV di hartanahnya bermula dengan ibu pejabatnya di Shah Alam.

Konklusinya, perkembangan teknologi yang dilaksanakan oleh Volvo ini bakal menyaksikan kemajuan kenderaan trak di seluruh dunia. Kenderaan yang mempunyai pelbagai kegunaan ini akan meningkatkan lagi industri automotif di Malaysia sejajar dengan kemajuan dari negara serantau. - Getaran, 24 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik