Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menara Karl Lagerfeld Bakal Dibangunkan Di Melaka, Hasil Kolaborasi Dengan Sheng Tai International 

Menara Karl Lagerfeld yang terdiri daripada sebuah hotel dan kediaman berjenama, bakal mencipta sebuah standard terulung sebagai Hotel Karl Lagerfeld yang pertama di Asia Tenggara. 

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 2:00PM

Pembangunan rumah fesyen ikonik tersebut akan bertapak di dalam ‘Menara Fesyen’ berprestij The Sail Melaka - Gambar oleh Alif Omar

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Melaka selepas ini boleh berbangga apabila jenama fesyen antarabangsa, Karl Lagerfeld bersedia mengembangkan sayapnya ke The Sail Melaka, hasil kolaborasi hebat bersama pemaju hartanah, Sheng Tai International Sdn Bhd.

Berita gembira yang dikongsi dan diraikan dalam acara gilang-gemilang yang diadakan di Encore, Melaka baru-baru ini. Pengumuman ini sudah pasti mencipta satu satu peristiwa bersejarah bagi bandar warisan serta industri fesyen dan hospitaliti negara ini.

Gambar oleh Alif Omar
Gambar oleh Alif Omar

Menara Karl Lagerfeld yang terdiri daripada sebuah hotel dan kediaman berjenama, bakal mencipta sebuah standard terulung sebagai Hotel Karl Lagerfeld yang pertama di Asia Tenggara. 

Pembangunan rumah fesyen ikonik tersebut akan bertapak di dalam ‘Menara Fesyen’ berprestij The Sail Melaka, sebuah pembangunan yang tiada seumpamanya di Malaysia. Usaha tersebut adalah sebahagian daripada rangkaian inisiatif transformatif Sheng Tai International Sdn Bhd yang dipimpin oleh Pengerusi dan Presiden Sheng Tai International, Datuk Leong Sir  Ley.

Selain itu, pemaju hartanah ini juga bersedia untuk membangunkan negeri Melaka sebagai sebuah ‘Bandar Fesyen’ yang rancak dan berkembang maju di rantau ini.

Pertunjukan bunga api yang mewarnai langit bandar Melaka. - Gambar oleh Alif Omar
Pertunjukan bunga api yang mewarnai langit bandar Melaka. - Gambar oleh Alif Omar

“Kami berhasrat untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat fesyen, dan pada masa yang sama memanfaatkan ciri-ciri warisan dan budaya yang unik di bandar ini. 

“Matlamat jangka panjang kami bukan sahaja untuk memupuk bakat tempatan, tetapi juga mengalu-alukan pelaburan global, mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan, serta kemakmuran di negara ini. Kami berasa cukup teruja dan berbesar hati atas kesudian dan ketibaan Karl Lagerfeld ke Melaka,” ujar Sir Ley.

Pier Paolo Righi - Gambar oleh Alif Omar
Pier Paolo Righi - Gambar oleh Alif Omar

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Karl Lagerfeld, Pier Paolo Righi turut menyatakan keterujaannya terhadap kerjasama tersebut. 

“Saya turut merasakan ‘kehadiran’ mendiang Karl Lagerfeld di dalam bilik apabila Datuk Leong berkongsi aspirasinya kerana Karl dan rumah fesyen tersohor kami sentiasa didorong oleh prinsip untuk menerima masa kini seadanya dan membentuk masa depan yang berdaya cipta,” ujar beliau.

Righi turut menekankan bahawa perbincangannya dengan Sir Ley mengesahkan komitmen bersama mereka untuk mencipta sesuatu yang luar biasa secara kolektif, sebuah bukti sumbangan bersama dan usaha berdedikasi mereka.

Ab Rauf Yusoh - Gambar oleh Alif Omar
Ab Rauf Yusoh - Gambar oleh Alif Omar

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang turut hadir pada malam pengumuman tersebut mengatakan kerajaan negeri tetap berpegang teguh dalam komitmennya untuk mengubah Melaka menjadi sebuah destinasi pelancongan utama, dan pada masa yang sama menjadikannya sebagai hab pelaburan utama. 

“Saya gembira mendengar bahawa Sheng Tai International sedang giat meningkatkan profil negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan dan pelaburan. Projek ini adalah penting bukan sahaja untuk Sheng Tai, Yong Tai Berhad atau Karl Lagerfeld, tetapi juga untuk negeri bersejarah ini, khususnya bagi industri hartanah dan pelancongan serta masyarakat secara amnya.”

“Saya percaya idea bernas ini bukan sahaja akan meningkatkan industri pelancongan tetapi juga meningkatkan perniagaan di bandar Melaka. Saya merasa teruja dan menantikan kejayaan projek ini untuk manfaatnya negeri tercinta dan rakyatnya," ulas beliau.

Mengimbas kembali acara pengumuman gilang-gemilang tempoh hari, para hadirin telah disajikan dengan pelbagai pesembahanan kesenian dan hiburan pada malam tersebut. Ia menampilkan sebuah peragaan fesyen budaya yang dijayakan oleh bakat-bakat baharu yang dicungkil melalui pencarian model anjuran Sheng Tai F Academy, yang menyediakan platform di teater Encore bagi individu yang berbakat untuk mengejar impian mereka dalam bidang seni dan budaya.

Noryn Aziz dan Dennis Lau turut membuat persembahan. - Gambar oleh Alif Omar
Noryn Aziz dan Dennis Lau turut membuat persembahan. - Gambar oleh Alif Omar

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tradisional gamelan dan persembahan muzikal oleh Noryn Aziz dan Dennis Lau, selain pertunjukan hologram dan dron yang memukau, persembahan gendang, seni tarian air yang menakjubkan dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang mewarnai langit bandar Melaka.

Tidak ketinggalan persembahan istimewa daripada Sir Ley yang mempamerkan bakat bermain piano.

Leong Sir Ley - Gambar oleh Alif Omar 
Leong Sir Ley - Gambar oleh Alif Omar 

The Sail Melaka adalah sebahagian daripada impian revolusi Sir Ley untuk menjadikan negeri Melaka sebagai hab antarabangsa untuk fesyen, kesihatan, AI, seni dan budaya. 

Kepimpinan beliau telah meletakkan beliau sebagai pemegang saham tunggal terbesar Yong Tai Berhad, sebuah syarikat senaraian awam, yang mana beliau memegang peranan sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, dan mencerminkan komitmen mendalam beliau terhadap transformasi bandar Melaka.

Bakat-bakat baharu yang dicungkil melalui pencarian model anjuran Sheng Tai F Academy. - Gambar oleh Alif Omar
Bakat-bakat baharu yang dicungkil melalui pencarian model anjuran Sheng Tai F Academy. - Gambar oleh Alif Omar

Dengan portfolio hartanah yang mengagumkan, merangkumi 165.5 ekar hartanah perdana di Melaka (daripada gabungan pembangunan The Sail di 27.5 ekar dan 138 ekar tanah di tapak teater Encore) kawasan ini akan membentuk City of Hope (Kota Harapan) yang menakjubkan. - Getaran, 24 Jun 2023 

Untuk maklumat lanjut tentang Sheng Tai International dan aktiviti terbaharunya, sila layari Laman Web atau Laman Facebook. Untuk pertanyaan media, sila hubungi [email protected].

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

MET Gala Malaysia Menyemarakkan Melaka Sebagai Pusat Fesyen

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'