web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MET Gala Malaysia Menyemarakkan Melaka Sebagai Pusat Fesyen

Pertama kali diadakan, acara fesyen Met Gala Malaysia (MGM) menampilkan karya-karya seni inovatif daripada Bill Keith dan 25 pereka fesyen tempatan lain yang bakal menyerlah

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 8:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan tujuan menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat kecemerlangan fesyen di Malaysia, pemaju hartanah, Sheng Tai International Sdn. Bhd. (Sheng Tai International), bersama dengan pereka fesyen tempatan tersohor Bill Keith, telah menganjurkan acara fesyen Met Gala Malaysia (MGM) 2021 sebelum membuka tahun baharu pada Disember lalu.

Pertama kali acara seperti itu diadakan, malam fesyen terbesar di wilayah Selatan Malaysia tersebut telah dianjurkan di Ames Hotel, Melaka, dengan latar belakang bandar Melaka yang ikonik. 

Barisan pereka fesyen tempatan yang diraikan bakat mereka pada majlis ini.
Barisan pereka fesyen tempatan yang diraikan bakat mereka pada majlis ini.

Acara itu menampilkan karya-karya seni inovatif, berani dan penuh glamor daripada Bill Keith dan 25 pereka fesyen tempatan lain yang bakal menyerlah. 

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley berkata, Met Gala Malaysia pertama anjuran Sheng Tai International bertujuan menyediakan platform untuk pereka fesyen muda memperagakan bakat mereka. 

Bill Keith (kiri) dan Datuk Leong (tengah) merasmikan acara.
Bill Keith (kiri) dan Datuk Leong (tengah) merasmikan acara.

“Menerusi perkongsian kami dengan  FashionTV dari Paris, kami percaya akan ada lebih banyak peluang untuk bakat tempatan kita, sama ada model, pempengaruh atau pereka fesyen, untuk bersinar di arena antarabangsa.

“Seramai 25 pereka fesyen tempatan yang turut serta pada malam tersebut juga berpeluang mempamerkan rekaan mereka di Straits Designer Gallery, Metrasquare Ayer Keroh yang dijadualkan buka pada suku pertama 2022. 

"Manakala galeri kedua akan dibuka di projek hartanah The Sail Melaka apabila siap sepenuhnya kelak. Galeri ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk mengangkat Melaka menjadi ibu kota fesyen seperti Milan," katanya lagi. 

Menurut Leong lagi, Sheng Tai International akan terus mewujudkan peluang-peluang sebegini bagi mengetengahkan bakat-bakat tempatan seterusnya melonjakkan ekonomi negara. 

Di sini kami kongsikan beberapa rekaan yang menarik perhatian selain imbasan acara pada malam tersebut. - Getaran, 4 Januari 2022

Gambar: MET Gala Malaysia & Shah Shamshiri

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 4 hari yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini