web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BloomThis Lancarkan Kedai Fizikal Kedua Jualan Bunga, Bawakan Tawaran Unik 

Platform e-dagang untuk jualan bunga dan cenderahati ulung melancarkan sebuah lagi kedai fizikal untuk mengukuhkan kehadirannya dalam industri bunga dan hadiah di Malaysia.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 10:30AM

Giden Lim (kiri), dan Pengasas Bersama merangkap Pengarah Urusan BloomThis, Penny Choo, memberikan ucapan alu-aluan mereka pada majlis pelancaran. - Gambar BloomThis

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Platform jualan cenderahati secara on demand ulung Malaysia, BloomThis, platform jualan mengumumkan pembukaan kedai fizikal terbaharu yang terletak di ibu pejabat syarikat di Petaling Jaya. 

Meraikan ulang tahun kelapan operasi perniagaan, BloomThis terus berkembang maju dengan menceburi jualan runcit secara fizikal, menerusi pengalaman membeli yang mudah dan menyeluruh kepada pelanggan. 

Sebagai sebuah perniagaan yang bermula dari rumah, pencapaian yang diraihBloom This  dalam tempoh lapan tahun ini adalah sesuatu yang membanggakan.

Pelancaran kedai jualan runcit fizikal ini selaras dengan visi BloomThis dalam mendefinisikan semula seni memberi hadiah dan gubahan bunga menerusi pengalaman yang diperibadikan untuk pelanggannya yang dikenali sebagai Bloomies.

Giden Lim - Gambar BloomThis
Giden Lim - Gambar BloomThis

Ketika ditemui, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif BloomThis Giden Lim, memberitahu, pihaknya mahu membina hubungan yang lebih erat dengan pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada BloomThis.

”Kami menyedari kepentingan untuk berurus niaga dengan pelanggan secara bersemuka selepas berjaya mengukuhkan kedudukan dalam landskap e-dagang. 

“Kedai fizikal ini menjadi penanda kepada misi kami untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan masyarakat dan memperhebat interaksi mereka dengan BloomThis,” ujar Giden. 

Sebelum ini, BloomThis memperkenalkan kedai fizikal pertama mereka di KPJ Damansara Specialist Hospital 2 pada Mac lalu. 

Kedai fizikal yang direalisasikan dengan kerjasama KPJ Healthcare ini mendapat sambutan memberangsangkan dan maklum balas inilah yang memicu pembukaan kedai fizikal kedua ini. 

Jelas Giden, langkah yang diambil ini menandakan komitmen BloomThis untuk mempelbagaikan saluran pengedarannya dan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan dan memenuhi aspek permintaan yang sentiasa berevolusi terutamanya selepas COVID-19. 

Penny Choo - Gambar BloomThis
Penny Choo - Gambar BloomThis

Pelan perniagaan strategik ini akan membolehkan BloomThis mengembangkan pelaburannya melangkaui portfolio e-dagang sedia ada. 

Selain itu, BloomThis yang juga diiktiraf sebagai salah satu syarikat Endeavor Malaysia, menyimpan matlamat untuk memanfaatkan kedai fizikal terbaharunya bagi melonjakkan jualan sebanyak dua kali ganda dan meluaskan jumlah pelanggannya, sekali gus meluaskan pasaran BloomThis ke tahap seterusnya. 

Objektif ini bersifat serampang dua mata iaitu untuk meningkatkan jualan dan memupuk perkembangan syarikat pada masa hadapan. 

“Selain daripada mencipta pengalaman membeli-belah menarik untuk pelanggan, lokasi kedai fizikal baharu kami akan turut menampilkan tawaran uniknya sendiri. Ia direka bentuk dengan teliti untuk menyerlahkan keanggunan dan gaya, dan akan berfungsi sebagai satu manifestasi fizikal kepada komitmen BloomThis untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa," tambah Giden.

Pihak media bersama gubahan masing-masing hasil tunjuk ajar pakar BloomThis. - Gambar BloomThis
Pihak media bersama gubahan masing-masing hasil tunjuk ajar pakar BloomThis. - Gambar BloomThis

Selain daripada mempamerkan rekaan BloomThis yang unik, ruang runcit kedai fizikal ini juga akan berfungsi sebagai platform untuk kerjasama dan penglibatan komuniti. BloomThis merancang untuk menganjurkan pelbagai bengkel dan acara, serta menjemput pelanggan untuk mengekspresikan kreativiti mereka dan belajar daripada pakar-pakar gubahan bunga.

Sementara itu, pada majlis pelancaran yang diadakan pada Jumaat, selain dihidangkan dengan pelbagai hidangan enak daripada pihak penaja, pihak media turut berpeluang mempelajari cara-cara menggubah bunga daripada mereka yang pakar. - Getaran, 24 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

‘Saya Mahu Basmi Kemiskinan, Ini Bukan Cakap Kosong’ - Thiban

2

TARA 3 tahun yang lalu

Kedai Fizikal Pertama BloomThis Kini Dibuka di Hospital Pakar KPJ Damansara 2

3

TARA 3 tahun yang lalu

Raikan Cinta Dengan ‘Love Blooms’, Cenderahati NFT Pertama Di Dunia   

4

Gaya 4 tahun yang lalu

BloomThis Kian Mengharum, Operasi Lebih Besar

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi