web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kedai Fizikal Pertama BloomThis Kini Dibuka di Hospital Pakar KPJ Damansara 2

Platform cenderahati dan jambangan bunga tangan secara dalam talian ini melancarkan kedai fizikal pertama untuk kemudahan pelanggan menerusi usaha sama dengan KPJ Healthcare.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 4:00PM

Dari kiri, Dr Ahmad Syukri Jamaludin, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif BloomThis, Giden Lim dan Penny Choo merasmikan pembukaan kedai fizikal pertama BloomThis - Gambar ihsan BloomThis

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BloomThis, platform e-dagang yang menjual cenderahati secara on-demand dengan misi untuk mencipta detik-detik gembira kini mempersembahkan kedai fizikal pertamanya di Hospital Pakar KPJ Damansara 2 (DSH2), Bukit Lanjan, Kuala Lumpur.

Kedai yang dibuka secara rasmi pada 1 Mac lalu adalah hasil kerjasama KPJ Healthcare, dan ia merupakan salah satu daripada pelan strategik BloomThis untuk meneruskan kesinambungan dalam mencipta saat-saat indah buat pelanggannya, termasuklah ketika berhadapan dengan ujian kesihatan. 

Kajian University of North Florida menunjukkan bahawa pemberian bunga berupaya untuk mengurangkan tekanan dan keresahan, serta mempunyai impak positif terhadap kesejahteraan emosi. 

Sebagai jenama yang mengutamakan saat-saat menggembirakan untuk pelanggannya, BloomThis menemui keserasian dengan KPJ Healthcare menerusi hasrat bersama untuk memberikan penjagaan kesihatan bermutu tinggi kepada pesakit, sekali gus menaikkan semangat pelanggan, pengunjung dan kakitangan hospital. 

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan BloomThis, Penny Choo
Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan BloomThis, Penny Choo

Pengasas bersama dan Pengarah Urusan BloomThis, Penny Choo berkata pihaknya teruja dengan pembukaan kedai fizikal pertama itu dan berharap pendekatan ini boleh menghubungkan BloomThis dengan pelanggan secara langsung.

“Kami teruja untuk meluaskan jangkauan kami dalam memberikan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan kami. Walaupun kehadiran dalam talian kami membantu kami berhubung dengan orang ramai di seluruh Malaysia, kami tetap sedar tentang kepentingan untuk berhubung secara langsung dengan pelanggan-pelanggan kami.”

“Pembukaan kedai fizikal ini membantu kami menzahirkan niat tersebut. Dengan cara ini, kami dapat bersama pelanggan kami pada saat-saat yang penting termasuk sewaktu menemani orang yang tersayang di hospital. Kami berbesar hati untuk menawarkan kepakaran kami dalam pemberian buah tangan dan gubahan jambangan bunga serta khidmat pelanggan yang luar biasa kepada pengunjung DSH2.”

“Apabila rakan-rakan dan sanak saudara menziarahi pesakit untuk memberikan sokongan emosi, mereka akan mempunyai akses kepada hadiah bunga yang segar yang boleh disesuaikan kepada penerima, dalam ruang hospital itu sendiri. Pemberian buah tangan, terutamanya jambangan bunga, berupaya menguatkan semangat pesakit, membuatkan mereka rasa dihargai sekali gus membantu dalam proses penyembuhan,” ulas Penny. 

BloomThis akan membekalkan pelbagai pilihan buah tangan dan cenderahati seperti bunga-bungaan segar yang siap digubah dan boleh disiapkan seperti yang dimahukan, bakul buah-buahan, bakul hadiah, belon, dan pelbagai lagi. Di samping itu, kakitangan DSH2 juga akan menikmati tawaran-tawaran istimewa, diskaun dan pelbagai promosi secara berterusan.

Tambah menarik, kedai fizikal BloomThis ini juga turut menawarkan pengalaman interaktif kepada pelanggan menerusi penyertaan dalam bengkel mini atau sesi gubahan bunga berdasarkan temu janji. Jadi, inilah peluang untuk anda mempelajari sesuatu yang diminati atau sebagai aktiviti untuk terapi diri.

“BloomThis sentiasa menjadi sebuah platform untuk kami mendekati komuniti kami yang dinamakan sebagai #bloomies. Walaupun pesanan secara dalam talian kami dipenuhi dengan cukup pantas, pelanggan-pelanggan yang cenderung untuk membeli berdasarkan permintaan, boleh membeli secara ‘beli dan bawa’ dari kedai fizikal kami,” ujar Penny lagi.

Pada majlis pelancaran itu, Penny turut berkongsi bahawa BloomThis sedang berbincang dengan KPJ Healthcare untuk membuka beberapa kedai fizikal di rangkaian hospital KPJ Healthcare yang lain. Langkah ini membolehkan jenama tersebut memudahkan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan untuk menikmati pengalaman memberi hadiah yang hebat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DSH2, Dr Ahmad Syukri Jamaludin turut menyatakan keterujaan KJP Healthcare dalam kerjasama terbaharu bersama BloomThis.

“Kami teruja dengan kerjasama dengan BloomThis ini. Saya percaya ia akan memberikan pengalaman unik kepada pelanggan kami, selaras dengan apa yang kami ingin capai. DSH2 akan menjadi hospital premier buat KPJ Healthcare, yang berdedikasi untuk menyediakan rawatan dan keselesaan perubatan yang terbaik kepada pesakit. Dengan pembukaan kedai ini, kami berharap ia dapat meningkatkan suasana mesra dan ramah di DSH2,” ulas beliau.

Kedai fizikal BloomThis yang terletak di tingkat bawah DSH2 kini sudah boleh dikunjungi dan untuk maklumat lanjut tentang produk BloomThis, anda boleh ikuti pautan ini. - Getaran, 4 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

‘Saya Mahu Basmi Kemiskinan, Ini Bukan Cakap Kosong’ - Thiban

2

TARA 2 tahun yang lalu

BloomThis Lancarkan Kedai Fizikal Kedua Jualan Bunga, Bawakan Tawaran Unik 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lawatan Anwar Kukuhkan Kembali Kerjasama Perdagangan, Jawatankuasa Bersama - Zambry

4

TARA 3 tahun yang lalu

Raikan Cinta Dengan ‘Love Blooms’, Cenderahati NFT Pertama Di Dunia   

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi