Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Raikan Cinta Dengan ‘Love Blooms’, Cenderahati NFT Pertama Di Dunia   

BloomThis memperkenalkan sentuhan moden pada Hari Kasih Sayang menerusi ‘Love Blooms’, cenderahati NFT pertama dunia. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 6:21PM

Love Blooms dihasilkan untuk mengindahkan lagi pengalaman memberi hadiah dalam bentuk jambangan bunga. - Gambar ihsan BloomThis

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda di antara mereka yang meraikan Hari Kasih Sayang, mencari hadiah istimewa buat yang tersayang mungkin ‘memeningkan’ kepala. Lebih-lebih lagi jika anda mencari sesuatu yang istimewa atau lain dari yang lain. 

Dengan rutin harian yang padat, masa adalah musuh utama dalam pencarian hadiah yang diidamkan. Untuk sambutan kali ini, apa kata anda kejutkan pasangan dengan mendapatkan cenderahati sempurna dalam bentuk NFT Love Blooms daripada BloomThis pada harga RM1,000!

Gambar ihsan BloomThis
Gambar ihsan BloomThis

Love Blooms dihasilkan untuk mengindahkan lagi pengalaman memberi hadiah dalam bentuk jambangan bunga. Sebuah pakej NFT Love Blooms terdiri daripada dua NFT berbeza. Satu NFT Pemilik (untuk disimpan) dan satu NFT Penerima (untuk dihadiahkan). Ciptaan unik ini merupakan NFT yang diilhamkan daripada idea untuk mengabadikan cinta dan meraikan Hari Kasih Sayang.

Hadiah unik ini membolehkan anda untuk memuat naik foto dalam format JPEG atau PNG atau memberikan mesej yang menyentuh hati sebagai simbolik kepada detik-detik istimewa anda bersama yang tersayang. 

Mesej tersebut akan diabadikan dalam metadata NFT Penerima. Mesej khusus itu juga akan 'diukir' pada hasil karya NFT Penerima.

“Di Malaysia, ramai yang meraikan Hari Kasih Sayang ini sebagai tanda untuk menzahirkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap insan istimewa. Justeru itu, kami mahu mengabadikan detik-detik indah ini dengan NFT Love Blooms menerusi teknologi blok rantaian,” ujar Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif BloomThis, Giden Lim.

Gambar ihsan BloomThis
Gambar ihsan BloomThis

Oleh kerana setiap hubungan adalah indah sifatnya sama seperti sebuah karya seni yang unik, setiap NFT Love Blooms juga bersifat istimewa dengan gubahan visual yang tersendiri. 

Setiap pembelian NFT Love Blooms bukan sahaja akan mendapat NFT Pemilik dan NFT Penerima yang diperibadikan, tetapi turut menerima beberapa hadiah lain yang cukup berbaloi, termasuklah kad hadiah BloomThis yang bernilai RM500.

Selain itu, setiap pelanggan boleh membeli Love Blooms tanpa had bilangan dan ia akan disimpan sebagai token ERC-1155 dalam blok rantaian Polygon. Ini membolehkan koleksi tersebut diniagakan dalam pasaran sekunder NFT seperti OpenSea.

Ketersediaan Love Blooms bagaimanapun adalah terhad. Bagi meningkatkan nilainya, satu sistem gabungan akan diperkenalkan pada masa akan datang. Sistem tersebut akan membenarkan pemilik NFT menggabungkan pelbagai Love Blooms bagi menghasilkan NFT baharu yang bernilai lebih tinggi dan langka. 

Gambar ihsan BloomThis
Gambar ihsan BloomThis

Langkah ini akan menyuntik keterujaan ke dalam koleksi Love Blooms dan menjadikannya sebuah koleksi yang berharga, dan lebih digemari oleh penggemar dan pengumpul.

BloomThis juga sedang membangunkan sebuah Galeri NFT bagi membolehkan setiap orang untuk menghargai dan meraikan keunikan mesej dan hasil seni NFT mereka.

“Setiap NFT boleh dipamerkan di Galeri NFT peribadi kami. Kami mahu orang ramai menghargai keindahan NFT mereka dan mengingati detik-detik istimewa dan unik hidup mereka.

“Ia juga satu peluang untuk menzahirkan rasa cinta mereka pada Hari Valentine ini, dalam cara yang unik dengan mengabadikan perasaan tersebut selama-lamanya,” ulas Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan BloomThis, Penny Choo pula. 

Ketahui lebih lanjut tentang NFT Love Blooms di bloomthis.co dan miliki hadiah unik untuk diri sendiri dan juga yang tersayang. - Getaran, 4 Februari 2023

Gambar ihsan BloomThis
Gambar ihsan BloomThis

Isu Pada

Bingkisan Hati Dayang Nurfaizah

04 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

‘Saya Mahu Basmi Kemiskinan, Ini Bukan Cakap Kosong’ - Thiban

2

TARA 10 bulan yang lalu

BloomThis Lancarkan Kedai Fizikal Kedua Jualan Bunga, Bawakan Tawaran Unik 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Kedai Fizikal Pertama BloomThis Kini Dibuka di Hospital Pakar KPJ Damansara 2

4

TARA 1 tahun yang lalu

Hublot Dan Takashi Murakami Lancar Koleksi Jam Tangan Dan NFT Unik

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu