Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Prosedur Ketat Untuk Masuk Ke China Guna Perkhidmatan Kereta Api Dari Asia Tenggara

Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penamatan darurat kesihatan global COVID-19, prosedur imigresen bagi individu yang memasuki China melalui laluan darat dari Asia Tenggara masih agak ketat sama seperti prosedur di lapangan terbang.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 8:00AM

Sejak Kereta Api China-Laos melancarkan perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadannya secara rasmi pada 13 April, Stesen Mohan telah menerima lebih 25,000 pelancong perniagaan atau rekreasi dari kira-kira 39 negara dan wilayah, termasuk China - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

XISHUANGBANNA (China) - China masih melaksanakan prosedur yang ketat untuk individu dari Asia Tenggara yang ingin memasuki tanah besar dengan menggunakan perkhidmatan kereta api.

Delegasi media Asia Tenggara baru-baru ini mengambil bahagian dalam "Kembara Kereta Api China-Laos", atas jemputan Kerajaan Wilayah Yunnan untuk melawat Kunming, Pu'er dan Xishuangbanna dan perlu melalui prosedur imigresen dan kastam di stesen transit di Mohan yang terletak di sempadan China-Laos.

Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penamatan darurat kesihatan global COVID-19, prosedur imigresen bagi individu yang memasuki China melalui laluan darat dari Asia Tenggara masih agak ketat sama seperti prosedur di lapangan terbang.

Pegawai imigresen di Stesen Mohan yang enggan namanya disiarkan berkata walaupun pandemik itu terkawal, berikutan risiko penyakit lain seperti demam denggi masih berleluasa di Asia Tenggara, justeru langkah ketat perlu diambil.

Beliau yang baru-baru ini menjadi hos kepada wakil media dari Malaysia, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Myanmar turut memberikan gambaran keseluruhan situasi pengangkutan penumpang antarabangsa di Stesen Mohan dan prosedur pelepasan kastam.

Warga asing yang memasuki China, sama ada melalui darat, laut atau udara dikehendaki melengkapkan pengisytiharan kesihatan kastam menggunakan aplikasi mudah alih.

Bagaimanapun, bagi individu yang memasuki China melalui laluan darat yang tidak mempunyai akses rangkaian mudah alih atau telefon bimbit diwajibkan untuk membuat pengisytiharan melalui mesin pintar "Intelligent Health Self-declaration Machine of Kunming Customs" di Stesen Mohan. 

Pengisytiharan kali pertama menggunakan mesin itu hanya mengambil masa dua hingga tiga minit, manakala pengisytiharan selanjutnya boleh dilakukan dalam masa 10 saat sahaja.

Stesen ini mempunyai empat laluan keluar dan 12 laluan masuk, dengan kadar pelepasan paling pantas iaitu purata tiga orang seminit untuk setiap laluan.

Sebagai tambahan kepada prosedur pelepasan kuarantin standard, Stesen Mohan dilengkapi dengan pintu masuk pengesanan sinaran untuk memastikan individu yang masuk tidak membawa bahan radioaktif yang berlebihan.

Individu yang menjalani rawatan kanser dikehendaki mengisytiharkan keadaan mereka.

Stesen Kereta Api Mohan terletak di Daerah Mengla, Wilayah Autonomi Xishuangbanna Dai, Wilayah Yunnan. Ia menghubungkan dengan Pelabuhan Moding di Laos dan berfungsi sebagai pelabuhan darat peringkat kebangsaan yang penting untuk menghubungkan China dengan Asia Tenggara.

Sejak Kereta Api China-Laos melancarkan perkhidmatan kereta api penumpang rentas sempadannya secara rasmi pada 13 April, Stesen Mohan telah menerima lebih 25,000 pelancong perniagaan atau rekreasi dari kira-kira 39 negara dan wilayah, termasuk China. Pelawat asing menyumbang 33 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 11,000 memulakan perjalanan mereka dari China, manakala 14,000 lagi datang dari negara lain, terutamanya Laos atau Thailand, membentuk kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan warga asing yang memasuki China.

Terdapat hanya satu kereta api yang beroperasi setiap hari antara Stesen Mohan dan Kunming. Kereta api berlepas dari kedua-dua stesen pada pukul 8.08 pagi dan tiba pada 12.27 tengah hari, dengan jumlah masa perjalanan selama empat jam dan 19 minit, termasuk berhenti di Xishuangbanna, Pu'er dan Kunming South.

Individu yang menyeberang dari Laos ke stesen transit di Mohan dan memasuki China mencecah sehingga 210 orang setiap hari, kebanyakannya warga China, manakala bilangan individu yang keluar ke Laos adalah sekitar 180 orang. - Bernama

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tourism Malaysia Yakin Sasaran 5 Juta Pelancong Dari China Dapat Dicapai

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

4

Rencana 2 bulan yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'