web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Koleksi Denim Made For All Untuk Semua Wanita, Tak Lapuk Ditelan Zaman

Koleksi Denim Made For All mempamerkan kepakaran LILIT. dalam menghasilkan pakaian denim yang sederhana dan serba boleh.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 2:00PM

LILIT. membuktikan komitmen jenama fesyen ini untuk menyediakan potongan denim yang berfungsi dan bergaya yang memenuhi pelbagai keperluan dan pilihan semua wanita. - Gambar LILIT.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sukar untuk mencari denim yang sesuai untuk semua jenis bentuk badan wanita? Itu mungkin dulu tetapi sekarang tidak lagi. Bahkan, jenama lokal juga sudah mengeluarkan koleksi denim untuk yang boleh digayakan oleh wanita dari semua peringkat umur dan saiz.

Baru sahaja melancarkan Koleksi Denim Made For All di stor Bangsar Village II, LILIT. membuktikan komitmen jenama fesyen ini untuk menyediakan potongan denim yang berfungsi dan bergaya yang memenuhi pelbagai keperluan dan pilihan semua wanita.

Ia juga sesuai digayakan pada bila-bila masa, mengikut selera fesyen masing-masing.

Matlamat utama LILIT. adalah untuk menawarkan fesyen yang boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua orang. - Gambar LILIT.
Matlamat utama LILIT. adalah untuk menawarkan fesyen yang boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua orang. - Gambar LILIT.

Koleksi Denim Made For All mempamerkan kepakaran jenama fesyen ini dalam menghasilkan pakaian denim yang sederhana dan serba boleh.

Koleksi yang tidak akan lapuk ditelan zaman ini menawarkan pelbagai pilihan untuk wanita mengekspresikan gaya individu mereka tanpa mengorbankan nilai-nilai kesopanan.

"LILIT. ialah jenama sopan yang bercita-cita untuk menjadi jenama sedia dipakai yang diiktiraf dan dikagumi di peringkat global. Matlamat utama kami adalah untuk menawarkan fesyen yang boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua orang.”

“Kami percaya dalam menerima kepositifan badan dan memenuhi keperluan individu dari semua bentuk dan saiz, sama ada mereka tinggi ataupun berbadan besar. Di LILIT, sentiasa ada sesuatu untuk semua orang," ujar Pengarah Kreatif Kumpulan Kumpulan FashionValet, Vivy Yusof.

Vivi Yusof - Gambar LILIT.
Vivi Yusof - Gambar LILIT.

Koleksi Denim Made For All yang menawarkan pelbagai saiz dari XXS (UK4) hingga 5XL (UK22) ini menggabungkan keselesaan, ketahanan dan rekaan yang versatil, setiap helaian denim direka dengan teliti untuk memastikan keselesaan yang tiada tandingannya. 

Sama ada ia gaun denim sopan, skirt atau blaus, koleksi ini boleh digayakan oleh semua wanita, tanpa mengira potongan atau ukuran saiz badan. 

Sebagai pencinta atau peminat fesyen denim, anda hanya perlu rujuk carta saiz yang tersedia di laman web LILIT. dan pilih ukuran yang paling ideal.

Maklumlah ada individu yang gemar memakai pakaian yang muat-muat, malah ada juga yang suka memakai pakaian yang longgar atau oversized.

Sentiasa memperkasakan wanita melalui fesyen, koleksi ini dihasilkan demi memenuhi misi dan visi LILIT. - Gambar LILIT.
Sentiasa memperkasakan wanita melalui fesyen, koleksi ini dihasilkan demi memenuhi misi dan visi LILIT. - Gambar LILIT.

“Misi kami sentiasa memperkasakan wanita melalui fesyen, dan koleksi ini dihasilkan demi memenuhi misi dan visi kami.  

“Kami faham bahawa kesopanan bukanlah hanya dalam satu saiz, sebaliknya ia perlu direalisasikan dengan mengambil kira keperluan wanita dari semua peringkat umur, bentuk dan saiz. Kami percaya setiap wanita berhak berasa yakin dan cantik dengan denim mereka,” ulas Pengurus Jenama di LILIT. Amee Halim pula. - Getaran, 17 Jun 2023 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layar www.lilitstore.com/collections/perfect-fit-denim 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Wanzar Kini Tampil Dengan Koleksi Pakaian Wanita Kasual Sopan, Selesa Dan Bergaya 

2

Gaya 3 tahun yang lalu

Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu Ini?

3

Gaya 3 tahun yang lalu

Hijabista Lega, Boleh Lupakan Pakaian Renang Sendat Melekat

4

Gaya 4 tahun yang lalu

Nak Pakai Kanta Lekap, Kena Tahu Caranya

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini