Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Strok Di Usia Muda Semakin Meningkat! Ketahui Risiko, Simptom Dan Rawatan Untuk Kembali Pulih

Kes strok di kalangan generasi muda kini semakin meningkat namun terdapat cara untuk mencegah, mengurus dan pulih dengan bantuan rehabilitasi robotik

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 6:22PM

Antara langkah yang boleh dipraktikkan dalam mengamalkan kehidupan yang sihat adalah dengan melakukan senaman atau riadah. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Angin ahmar ataupun strok merupakan antara punca utama yang menyebabkan kematian dan kecacatan kekal di serata dunia. 

Juga dipanggil sebagai ‘serangan otak’, strok boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu strok iskemik yang berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak tersumbat atau strok berdarah (haemorrhagic) yang berlaku apabila salur darah arteri ke bahagian otak pecah

Menurut Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM), strok di kalangan golongan muda kini semakin meningkat dengan 15 peratus daripada kes strok iskemik dialami oleh pesakit dewasa dan remaja. 

Hal ini menunjukkan bahawa terdapat kepentingan bagi golongan muda untuk mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan mereka seterusnya menghindari strok daripada berlaku. 

 Dr Kok Chin Yong
Dr Kok Chin Yong

Pakar Perunding Neurologi dan Perubatan Dalaman daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Kok Chin Yong berkongsi bahawa pada tahun 2016, 40 peratus dari kes strok yang memerlukan kemasukan ke hospital melibatkan pesakit yang berusia 60 tahun ke bawah. 

Pakar kesihatan juga melihat bahawa terdapat trend peningkatan strok iskemik dalam kalangan pesakit muda yang sudah bekerja. 

"Bagaimanapun, adalah lebih baik jika strok dapat dikesan awal kerana terdapat lebih banyak jenis rawatan yang dapat diberikan,” tambahnya.

Punca strok di usia muda dan cara menghindarinya

Terdapat pelbagai risiko yang boleh menyebabkan strok termasuk merokok, kurang melakukan aktiviti fizikal dan tekanan darah tinggi. 

Kajian menunjukkan bahawa golongan muda lebih terdedah kepada risiko strok oleh kerana gaya hidup mereka yang tidak aktif, tabiat pemakanan yang tidak sihat, masa skrin (screen time) berlebihan serta peningkatan pengambilan minuman beralkohol dan merokok.

“Faktor vaskular seperti penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes, dan faktor persekitaran seperti pencemaran udara juga telah dikenalpasti sebagai antara faktor yang boleh menyebabkan strok. 

“Satu lagi faktor risiko yang sering diabaikan adalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) atau keadaan di mana seseorang itu kerap berhenti bernafas ketika tidur dan penggunaan dadah terlarang seperti amfetamin dan heroin yang boleh menyebabkan gangguan saluran darah seterusnya membawa kepada kedua-dua jenis strok,” hurai Dr Kok. 

Namun begitu, Dr Kok juga berkongsi bahawa terdapat faktor risiko yang jarang berlaku namun masih boleh terjadi di kalangan dalam populasi yang lebih muda. 

Antaranya ialah Moyamoya syndrome (gangguan serebrovaskular yang jarang berlaku dan bersifat progresif disebabkan oleh arteri tersumbat), sindrom antifosfolipid yang boleh menyebabkan pembekuan darah tidak normal) serta masalah jantung abnormal.

Tidur yang mencukupi adalah penting bagi memastikan badan sentiasa sihat.
Tidur yang mencukupi adalah penting bagi memastikan badan sentiasa sihat.

Untuk mengurangkan risiko ini, beliau menyarankan bahawa orang ramai perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dengan kerap dan mengamalkan diet seimbang.

Dr Kok juga sangat tidak menggalakkan penggunaan dadah rekreasi dalam apa jua cara atau bentuk, kerana penyalahgunaan dadah dan dos berlebihan boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan membawa kepada strok. 

Beliau menambah bahawa tekanan atau stres juga secara tidak langsung boleh membawa kepada tingkah laku yang tidak sihat. 

“Adalah sangat penting untuk kita semua belajar mengenal pasti tekanan ini dan cara untuk menanganinya. Sebagai contoh, jika tekanan boleh membawa kepada masalah tidak boleh tidur, maka anda perlu bertindak dan menangani masalah ini. 

“Ini kerana tidur yang tidak cukup boleh memberi kesan kepada sistem imun badan dan boleh menyebabkan keabnormalan dalam darah dan jantung, lalu mungkin boleh menyebabkan strok juga,” katanya.

Cara mengenalpasti simptom strok pada orang muda?

Antara simptom-simptom strok yang biasa berlaku termasuk bahagian muka jatuh atau meluyut ke bawah, lemah atau kebas pada anggota badan dan kesukaran untuk bertutur. 

Dr Kok menekankan bahawa simptom penyakit strok adalah hampir sama bagi pelbagai peringkat umur. 

Kata kunci yang orang ramai perlu sentiasa ingat adalah ‘BE FAST’ yang bermaksud B untuk masalah keseimbangan (balance) atau pening, E untuk masalah mata (eye)/visual, F untuk muka meluyut ke bawah (facial dropping), A untuk lengan atau kaki lemah atau kebas (arm or leg weakness or numbess) dan S untuk gangguan pertuturan (speech disturbance). 

Untuk penilaian lanjut, doktor akan menggunakan skala strok yang ditetapkan seperti skala strok dari the National Institutes of Health Stroke Scale (NIHSS) untuk menentukan tahap keseriusan strok pesakit. Semakin tinggi skor skala strok, semakin seriuslah keadaan pesakit.

Proses pemulihan dan rehabilitasi pesakit strok

Tidak dapat dinafikan bahawa rawatan dan rehabilitasi adalah aspek penting dalam plan pesakit untuk kembali pulih.  Namun terdapat banyak faktor-faktor yang akan diambil kira sebelum dan semasa proses pemulihan strok. 

Dr Foong Chee Choong
Dr Foong Chee Choong

Pakar Perunding Perubatan Rehabilitasi, Dr Foong Chee Choong pula berkata, rehabilitasi adalah aspek penting dalam sesebuah proses pemulihan. Justeru itu, pesakit perlu memilih lokasi yang dilengkapi dengan kepakaran dan alatan yang tepat untuk membantu mereka kembali pulih.

Beliau juga menyatakan bahawa proses pemulihan dan jenis rawatan setiap pesakit adalah berbeza dan tiada dua pesakit akan mempunyai progress pemulihan yang sama. Dengan mengambil kira perkara ini, doktor perlu menilai keadaan pesakit terlebih dahulu seterusnya mencadangkan plan rawatan yang bersesuaian dan berkesan dengan keperluan keadaan pesakit.

Dr Foong menjelaskan bahawa teknologi rawatan rehabilitasi di Malaysia telah semakin maju dan antara salah satu pendekatan terkini yang telah diterima pakai secara meluas sejak sedekad lalu ialah penggunaan mesin exoskeleton dalam meningkatkan keupayaan mobility pesakit strok. 

Penggunaan mesin exoskeleton boleh meningkatkan keupayaan mobility pesakit strok.
Penggunaan mesin exoskeleton boleh meningkatkan keupayaan mobility pesakit strok.

Peranti EksoNR ini bersifat versatile dan memberi manfaat bukan sahaja kepada pesakit strok tetapi juga kepada penyakit-penyakit lain seperti kecederaan saraf tunjang, lumpuh pada bahagian bawah badan, kecederaan otak traumatic, pengantian sendi, osteoarthritis, penyakit parkinson, cerebral palsi dan lain-lain lagi.

Secara keseluruhannya, golongan muda perlu mengutamakan gaya hidup sihat dan mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan mereka. Dengan mengenal pasti risiko, mengenali gejala dan meneruskan langkah pemulihan, mereka boleh mencegah strok dan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh secara keseluruhan. – Getaran, 27 Mei 2023 

Sumber: Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. 

Isu Pada

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan 'Women Empowerment'

27 May 2023

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat