web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bergaya Penuh Sopan Dengan Rekaan Jenama Antarabangsa, Modanisa

Jenama pakaian sopan dan Muslimah terbaharu dari Turki memasuki pasaran Malaysia.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 May 2021 9:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama pakaian kelahiran Turki, Modanisa memasuki dunia fesyen tempatan lewat sebuah pertunjukan fesyen maya yang dipertontonkan kepada beberapa ahli media dan tokoh media sosial terpilih di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertunjukan fesyen secara maya ini menampilkan model-model yang memperagakan koleksi Ramadan Musim Bunga/Panas 2021 merentasi pemandangan Istanbul yang indah. 

Koleksi baharu yang berani dan berona terang itu dimeriahkan lagi dengan latar belakang tempat-tempat bersejarah di Istanbul apabila mercu-mercu tanda seperti Grand Bazaar, Yedikule, Sultanahmet dan Rumeli Fortress menjadi pentas peragaan utama pertunjukan fesyen tersebut. 

Bertemakan ‘Setiap wanita berhak untuk dilihat dan merasa anggun walaupun di masa pandemik’, satu-satunya platform fesyen sopan dalam talian dari Turki ini memperagakan koleksi terbaharu yang menampilkan rekaan daripada Özlem Süer x Refka, Roza x Benin, Refka dan Mayovera. 

Dengan rangkaian gaun malam, fesyen gaya jalanan, pakaian sukan dan pakaian renang, pastinya ada yang sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis dan kunjung-mengunjung  musim perayaan ini. 

Pertunjukan fesyen e-pentas peragaan tersebut telah menjadi sohor di semua platform media sosial Modanisa, sehingga berjaya mencapai lebih daripada 305,000 penonton dari 140 negara di seluruh dunia.

“Kami berasa teruja untuk memperkenalkan koleksi terkini kami kepada pasaran Malaysia dan ini berjaya dilakukan dengan adanya pertunjukan fesyen e-pentas peragaan yang boleh disaksikan secara dalam talian.

“Pertunjukan ini juga memberikan kami peluang untuk menjadi lebih kreatif dalam persembahan fesyen kami serta memberikan sorotan kepada tempat-tempat menarik di Istanbul pada masa yang sama,” kata Samim Sürel, Pengarah Pemasaran dan Jenama Modanisa. 

Beliau turut menambah bahawa Malaysia merupakan satu pasaran yang penting bagi Modanisa kerana ia terletak di lokasi yang ideal dan dilihat sebagai peneraju hab fesyen sopan di Asia Tenggara. 

“Kami berharap agar setiap wanita kelihatan dan merasa hebat apabila memakai koleksi terkini kami walaupun dunia sedang dilanda pandemik.

“Dengan adanya rangkaian pakaian Ramadan kami yang tersedia di Modanisa.com, para pelanggan kami dapat membeli-belah dengan mudah dan selesa dari rumah mereka sementara pakaian yang dibeli akan dihantar ke pintu rumah mereka,” kata beliau.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pertunjukan fesyen e-pentas peragaan Modanisa di laman media sosial Modanisa di Facebook, Instagram dan YouTube. - Getaran, 15 Mei, 2021

Isu Pada

Kemilau Bintang Wany Hasrita

15 May 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia, Negara Islam Digesa Panggil Kedutaan Sweden, Perlu Bantah Tindakan Islamofobia

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Sweden Perlu Ambil Tindakan Segera Pada Paludan, Laksana Langkah Drastik Tangani Islamofobia

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Masuk Dalam Kereta, Irma Hasmie Menangis Teruk Di Turki

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Syarikat Produksi 'Mat Kilau' Adakan Kerjasama Dengan Penerbit Turki

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini