web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Produksi 'Mat Kilau' Adakan Kerjasama Dengan Penerbit Turki

Perjanjian persefahaman antasa Studio Kembara bersama beberapa penerbit Turki telah ditandatangani pada hujung Mac lepas.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 8:00PM

Penerbit Studio Kembara, Abdul Rahman Dali bersama pelakon, Yayan Ruhian - Gambar ihsan Studio Kembara

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat produksi Studio Kembara yang menerbitkan filem pecah panggung Mat Kilau telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan beberapa penerbit di Turki untuk membantu memajukan industri perfileman negara.

Penerbitnya, Abdul Rahman Dali berkata, menerusi pertemuan pertama yang diadakan pada hujung Mac lepas, pihak di sana sangat teruja dan gembira serta bersedia untuk bekerjasama dengan Studio Kembara.

“Mereka dapat melihat potensi pasaran yang ada di Nusantara. Dengan kualiti produk dan kandungan yang bagus, saya percaya kita boleh dan mampu tembusi pasaran di Turki, Pakistan dan lain-lain negara Islam,'' katanya.

Abdul Rahman Dali - Gambar ihsan Studio Kembara
Abdul Rahman Dali - Gambar ihsan Studio Kembara

Menurut Abdul Rahman lagi, menerusi perjanjian yang ditandatangani ini, ia akan disusuli dengan perancangan yang lebih terperinci. 

“Kita mahu mengukuhkan lagi persefahaman ini untuk menaikkan lagi kualiti pembikinan filem, juga melahirkan lebih ramai bakat dalam aspek pengarahan filem. 

“Bahkan, kita juga mahu melahirkan lebih ramai pelakon yang bagus bagi mengisi pelbagai kandungan atau karya yang akan dihasilkan nanti. Insya-Allah. 

“Saya fikir ini perkara yang sangat baik selari dengan polisi dan pendirian kerajaan untuk mengadakan hubungan strategik dalam kalangan pemain-pemain industri antara negara-negara serantau atau yang lebih jauh,” katanya lagi. 

Apa yang pasti, kata Abdul Rahman, di pihak Turki sendiri, kecenderungan atau tumpuan untuk beralih dari nilai-nilai Barat ke nilai-nilai Timur yang baik dan berunsur Islamik sangat besar. 

“Jika pasaran Malaysia, Turki dan Pakistan digabungkan, ia mempunyai potensi besar untuk dimajukan serta mampu mendatangkan pulang yang baik kepada negara, bahkan mampu merangsang persahabatan yang lebih kukuh dalam bidang seni kreatif,” jelasnya. 

Turut mengakui hal ini adalah penulis skrip Mat Kilau sendiri iaitu Shahruddin Mohd Dali yang turut sama menyertai perjanjian persefahaman tersebut. 

“Kita ketika di sana, kami dapat lihat sambutan mereka dan keterujaan pihak pemain industri di Turki. Mereka sangat mengalu-alukan kerjasama ini. 

“Insya-Allah, kami pasti akan menyusul dengan pertemuan seterusnya bersama pemain industri kreatif di Turki dalam waktu yang terdekat ini,” katanya. - Getaran, 11 Julai 2022 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

4

Politik 3 tahun yang lalu

Amirudin Seru Jentera PH Lupakan Perbedaan Dengan BN Demi Kemenangan PRN Selangor

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa