web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Lagu Raya Datuk Seri Siti Nurhaliza Pilihan Getaran

Datuk Seri Siti Nurhaliza punya deretan lagu raya yang sangat popular dan sering diputarkan di corong-corong radio menjelang Syawal.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2023 10:18AM

Siti Nurhaliza adalah antara penyanyi yang mempunyai paling banyak lagu raya berbanding penyanyi-penyanyi lain yang ada di Malaysia - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali menjelangnya Syawal, pasti lagu-lagu raya dendangan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan berkumandang di corong-corong radio mahupun televisyen.

Siti adalah antara penyanyi yang mempunyai paling banyak lagu raya berbanding penyanyi-penyanyi lain yang ada di Malaysia. Jadi tidak hairanlah kenapa lagu-lagu nyanyiannya sering mendominasi radio-radio di Malaysia setiap kali musim perayaan.

Getaran senaraikan 10 lagu raya nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjadi pilihan mengikut turutan ;

 

‘Sesuci Lebaran’

'Sesuci Lebaran' merupakan lagu raya pertama yang dihasilkan untuk Siti. Sejak lagu ini dilancarkan pada tahun 1997, Sesuci Lebaran terus menjadi popular sehingga ke hari ini. Malah lagu ini menjadi lagu wajib diputarkan setiap kali syawal menjelma.

 

‘Air Mata Syawal’

Hati siapa yang tidak terusik setiap kali mendengar rangkap pertama lagu ini. Sungguh syahdu alunan vokal Siti mengalunkan lagu yang sedih ini. 'Air Mata Syawal' mengisahkan tentang seorang anak yang tidak dapat pulang beraya bersama ibu dan ayah di desa.

 

‘Nazam Lebaran’

Lagu 'Nazam Lebaran' antara yang sering diputarkan di corong-corong radio tatkala Syawal menjelma. Lagunya sangat ringkas tetapi penuh dengan elemen tradisional dan enak di dengar sebagai halwa telinga di musim perayaan.

 

‘Anugerah Aidilfitri’

Anugerah Aidilfitri antara lagu raya yang memberi semangat untuk memuji kebesaran ilahi dan memanjatkan kesyukuran kepada yang maha esa. 

 

‘Meriah Suasana Hari Raya’

Setiap kali mendengar lagu ini, pasti terkenang kemeriahan menyambut hari raya di desa bersama sanak saudara. 

 

‘Bila Hari Raya Menjelma’

Lagu ini juga mengingatkan kita betapa meriahnya suasana di hari raya disamping beraya bersama sanak saudara dan menjamu selera

 

‘Aidilfitri Di Alaf Baru’

Lagu ini menggabungkan Siti bersama penyanyi-penyanyi wanita naungan syarikat rakaman Suria Records. Lagu ini dilancarkan pada tahun 2000 sempena alaf baru. Paduan suara kesemua vokalis hebat ini menjadikan lagu ini sungguh enak didengar.

 

‘Suara Takbir’

Lagu ini bukanlah lagu asal nyanyian Siti. Lagu ini adalah lagu nyanyian dan ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Namun lagu ini adalah lagu raya pertama yang dirakam oleh Siti. Suara gemersik Siti sangat kena dengan lagu ini. 

 

‘Lip Lap Raya’

Lagu raya paling terbaru daripada Siti. ‘Lip Lap Raya’ adalah lagu raya yang bernafas moden. Dilancarkan pada tahun 2022, lagu ini mengembalikan keceriaan hari raya selepas dunia dilanda pandemik.

 

‘Mekar Hari Raya’

Barangkali mungkin ini adalah lagu raya daripada Siti yang paling ‘underrated’. Lagu ini jarang sekali diputarkan di radio. Tetapi lagu ini punya peminatnya yang tersendiri. - Getaran, 22 April 2023

Isu Pada

Muzik Motivasi Saya - Ismail Izzani

22 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?