web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Semua Syaitan Diikat Di Bulan Ramadan, Hadis Abu Hurairah RA Berikan Jawapan

Setiap kali menjelang Ramadan, kita sering mempercayai bahawa makhluk Allah yang bernama syaitan akan diikat atau dirantai supaya tidak mengganggu umat Islam melaksanakan ibadah di bulan mulia ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 10:08AM

Mengapa masih ada kemungkaran yang berlaku pada bulan Ramadan jika semua syaitan diikat? - Gambar Hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali menjelang Ramadan, kita sering mempercayai bahawa makhluk Allah yang bernama syaitan akan diikat atau dirantai  supaya tidak mengganggu umat  Islam melaksanakan ibadah di bulan mulia ini.

Namun melalui pelbagai video yang dikongsikan di sosial media, ada insiden yang menyaksikan segelintir golongan kanak-kanak dirasuk makhluk halus sehingga bertukar menjadi agresif pada bulan Ramadan. Malah, sebahagian daripada mereka mengeluarkan suara atau percakapan yang berbeza. 

Bahkan, ada di antara umat Islam yang tidak dapat menahan nafsu dan godaan sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang mungkar pada bulan yang penuh keberkatan ini. 

Perkara-perkara ini menjadi tanda tanya serta mendatangkan kemusykilan orang ramai. Bagaimana perkara ini terjadi sedangkan syaitan telah pun dirantai sepanjang Ramadan. 

Ada juga yang dinyatakan bahawa syaitan tidak akan mengganggu orang-orang yang beriman - Gambar Hiasan Pexels
Ada juga yang dinyatakan bahawa syaitan tidak akan mengganggu orang-orang yang beriman - Gambar Hiasan Pexels

Menurut kenyataan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, penjelasan mengenai syaitan dirantai pada bulan Ramadan ini boleh dirujuk kepada hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 1899)

Kemudian menurut Sahih Ibn Khuzaimah, penjelasan hadis tersebut menghuraikan lagi bahawa syaitan yang diikat itu adalah syaitan yang besar dan ganas sahaja.

بَابُ ذِكْرِ الْبَيَانِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا أَرَادَ بِقَوْلِهِ: «وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ» مَرَدَةُ الْجِنِّ مِنْهُمْ، لَا جَمِيعَ الشَّيَاطِينِ «إِذِ اسْمُ الشَّيَاطِينِ قَدْ يَقَعُ عَلَى بَعْضِهِمْ

Maksudnya: “Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi SAW: ‘Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.”   (Sahih Ibn Khuzaimah, 1/188).         

Malah pandangan ulama Syeikh Anwar al-Kashmiri menguatkan lagi penerangan tersebut dengan mengatakan bahawa syaitan yang dirantai itu tidak meliputi secara keseluruhan.

“Jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.” (Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari, 3/327)

Jadi nyata video tular tersebut membuktikan bahawa bukan semua syaitan dibelenggu pada bulan mulia ini. Hanya sebahagian sahaja (yang ganas) di kalangan mereka ini yang diikat di bulan Ramadan sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat.

Namun, ada juga yang dinyatakan bahawa syaitan tidak akan mengganggu orang-orang yang beriman. 

Maka di bulan mulia ini, hendaklah kita perbanyakkanlah amalan seperti berzikir dan membaca Al-Quran supaya diri kita dilindungi dan dihindari daripada syaitan atau mahkluk halus yang tidak dirantai ini. Semoga kita diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna. - Getaran, 9 April 2023 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

08 Apr 2023

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa