Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cantik, Manis Dan Memikat Bersama Secret Recipe X Nita Cosmetics

Hidangan kek yang diterjemah menjadi koleksi kosmetik ini pasti menambat hati golongan wanita yang sukakan kemanisan dan kecantikan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Apr 2023 2:00PM

Majlis pelancaran kerjasama antara Secret Recipe dan Nita Cosmetics yang berlangsung baru-baru ini. - Gambar Secret Recipe X Nita Cosmetics

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengunjungi kafe di hujung minggu sudah menjadi trend muda-mudi masa kini. Aktiviti ini adalah ruang untuk masing-masing berkongsi cerita suka atau duka. Selain menjamu selera sepuas-puasnya, ramai juga yang tidak jemu memotret diri untuk dimuat naik ke akaun media sosial masing-masing. 

Ini ada berita baik untuk penggemar kek yang suka tampil menawan setiap kali melangkah ke kafe kegemaran. Boleh jamu selera dengan penuh gaya. 

Jenama kek dan kafe gaya hidup popular, Secret Recipe tampil dengan sesuatu yang istimewa untuk pelanggan setia mereka. Baru-baru ini, mereka mengumumkan kerjasama atau berkolaborasi dengan jenama kecantikan tempatan, Nita Cosmetics. 

Kedua-dua jenama ini melancarkan barisan gincu dan pemerah pipi edisi terhad yang cantik, manis dan memikat setiap mata memandang. - Gambar Secret Recipe X Nita Cosmetics
Kedua-dua jenama ini melancarkan barisan gincu dan pemerah pipi edisi terhad yang cantik, manis dan memikat setiap mata memandang. - Gambar Secret Recipe X Nita Cosmetics

Ia menyaksikan kedua-dua jenama ini melancarkan barisan gincu dan pemerah pipi edisi terhad yang cantik, manis dan memikat setiap mata memandang, sesuai dengan personaliti kek Secret Recipe yang sentiasa mempunyai tempat di kalangan penggemar pemanis mulut.

Terdapat dua koleksi edisi khas yang diperkenalkan iaitu Classic Cake Collection and Signature Cake Collection yang masing-masing menampilkan tiga seleksi mekap yang menggoda iaitu dua gincu cecair dan pemerah pipi cecair. 

Diinspirasikan oleh beberapa kek Secret Recipe yang paling lazat, warna yang tersedia selain tampil menawan, ia juga membangkitkan keseronokan bagaikan menggigit kek yang baru dibakar.

Daripada kesegaran kek keju berkrim kepada kek coklat yang mewah, pilihan atau koleksi yang direka khas Nita Cosmetics ini sudah pasti membuatkan si pencinta makanan manis tersenyum riang setiap kali mengaplikasi alat mekap ke wajah. 

Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini, pasti terbayang-bayang kek di depan mata. Bolehlah cepat-cepat ke Secret Recipe untuk membeli kek kegemaran untuk juadah berbuka puasa. 

Konsep pembungkusan retro, dengan kotak berbentuk potongan kek berwarna merah jambu menyerlahkan lagi ilustrasi yang ceria. - Gambar Secret Recipe X Nita Cosmetics
Konsep pembungkusan retro, dengan kotak berbentuk potongan kek berwarna merah jambu menyerlahkan lagi ilustrasi yang ceria. - Gambar Secret Recipe X Nita Cosmetics

Koleksi yang memikat mata dan selera ini juga didatangkan dalam pembungkusan berinspirasikan retro, di mana ia dibungkus dalam kotak berbentuk potongan kek berwarna merah jambu dengan ilustrasi ceria.

Satu lagi fakta menarik yang mesti tahu ialah, biarpun koleksi kosmetik ini menjadikan resepi kek Secret Recipe sebagai ilham, namun formula produk itu sendiri bukanlah ‘sekadar ada’, sebaliknya ia dicipta mengikut piawaian kosmetik untuk memastikan si pemakai tampil menawan sepanjang hari.  

Gincu cecair adalah berdasarkan formula yang menjadi tanda dagangan Nita Cosmetics yang ringan, kalis air dan melembabkan. Jadi, ia mudah dipakai untuk mencipta efek menawan dan tahan lama. Sementara, pemerah pipi cecair dicipta untuk lebih versatil di mana ia boleh dipakai tipis atau dilapis tebal untuk mencipta mood yang lebih bersahaja atau ‘garang’. 

Mengulas tentang kerjasama ini, Ketua Pemasaran Secret Recipe, Evelyn Lee berkata, pihaknya cukup teruja untuk melihat maklum balas daripada pelanggan.

“Sebagai jenama tempatan, kami berbesar hati untuk menyokong mana-mana jenama tempatan lain yang dilihat berpotensi untuk meraih perhatian pengguna. Kami tertarik untuk bekerjasama dengan Nita Cosmetics, dan melalui kerjasama ini kami mengangkat koleksi kek Classic dan Signature untuk diterjemahkan dalam bentuk set kosmetik, menjadi set gincu dan pemerah pipi. Kami tidak sabar untuk melihat kejayaan kerjasama ini,” ujar Evelyn ketika majlis pelancaran yang berlangsung baru-baru ini.

Aznita Azman - Gambar Secret Recipe X Nita Cosmetics
Aznita Azman - Gambar Secret Recipe X Nita Cosmetics

Pada majlis pelancaran itu juga, ia turut menyaksikan Pengasas Nita Cosmetics, Aznita Azman melakukan demonstrasi solekan yang membuka peluang kepada tetamu untuk mempelajari tip-tip mekap yang baharu bagi memastikan penampilan mereka sentiasa segar sepanjang hari. 

“Secret Recipe telah memenangi hati dan minda ramai rakyat Malaysia. Kami berbesar hati kerana berpeluang menamakan koleksi terbaharu kami dengan nama kek Secret Recipe, yang diilhamkan daripada warna dan haruman yang lazat,” ujar Aznita.

Classic Cake Collection mencipta semula tiga pemanis mulut Secret Recipe yang paling popular menjadi formula mekap. Set ini terdiri daripada Chocolate Indulgence Mini-Matte Scented Liquid Lipstick yang didatangkan dengan aroma coklat yang memikat, Pink-Hued Chocolate Cheese Berries Mini-Matte Liquid Lipstick berwarna merah jamb , dan pemerah pipi, Crème Brulee Cheese Mini Gleam Blusher.

Manakala Signature Cake Collection menterjemahkan rasa Decadent Tiramisu, Chocolate Odyssey, dan Burnt Cheesecake ke dalam Tiramisu-Scented Mini-Matte Lipstick, Cocoa-Brown Mini-Matte Lipstick, dan pemerah pipi Peach-Coloured Mini Gleam Blusher.

Koleksi Secret Recipe X Nita Cosmetics edisi terhad ini boleh didapati secara dalam talian di laman sesawang NITA Cosmetics. Sesuai untuk kegunaan sendiri atau dijadikan hadiah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Jom jamu selera dengan bergaya! - Getaran, 2 April 2023 

Gambar Secret Recipe X Nita Cosmetics
Gambar Secret Recipe X Nita Cosmetics

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

01 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

Amirudin Seru Jentera PH Lupakan Perbedaan Dengan BN Demi Kemenangan PRN Selangor

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Sedang Rangka Strategi Perkukuh Keterjaminan Makanan - Fadillah

3

Politik 1 tahun yang lalu

BN, PH Kedah Bentuk Majlis Pimpinan Perpaduan Bagi Hadapi PRN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Japen Kelantan Jalin Kerjasama Tingkatkan Kesedaran Risiko Penipuan Dalam Talian

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi โ€“ Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat