web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN, PH Kedah Bentuk Majlis Pimpinan Perpaduan Bagi Hadapi PRN

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2023 6:09PM

Mahdzir Khalid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) hari ini bersetuju membentuk Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata BN dan PH juga bersetuju mewujudkan empat jawatankuasa di bawah majlis tersebut iaitu Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Pilihan Raya, Jawatankuasa Komunikasi Strategik dan Jawatankuasa Manifesto.

“Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah ini dipengerusikan secara bersama oleh saya sebagai Pengerusi BN Kedah dengan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi PH Kedah.

“Setiap jawatankuasa itu juga dipengerusikan secara bersama pimpinan lain daripada kedua-dua gabungan BN dan PH serta akan ada ahli-ahli yang lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat BN dan PH di Bangunan Tunku di sini hari ini.

Mahdzir berkata BN dan PH juga bersetuju untuk mengadakan perbincangan meja bulat antara semua pimpinan kedua-dua gabungan itu pada 17 April ini yang bertujuan mengukuhkan kerjasama dan perpaduan bagi menghadapi PRN.

Mengulas mengenai pembahagian kerusi antara BN dan PH bagi menghadapi PRN itu, Mahdzir berkata perbincangan antara kedua-dua gabungan itu akan diteruskan berdasarkan prinsip atau kerangka yang telah ditetapkan.

“Untuk mengukuhkan apa yang kita buat ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ada jadual datang ke Kedah, jadi dalam bulan Ramadan ini beliau akan datang berbuka puasa di Kedah dan selepas Aidilfitri nanti ada majlis di Kedah, maknanya beliau beri komitmen untuk Kedah juga,” katanya.

Sementara itu, Mahfuz berkata satu konvensyen perpaduan akan diadakan pada 20 Mei ini yang akan menentukan gerak kerja jentera parti masing-masing supaya rakyat dapat didekati secara berkesan.

“Saya ingat selepas kita buat konvensyen ini, kita boleh buat sasaran berapa kerusi yang kita sasar menang… Insya-Allah, saya sangat yakin perpaduan dapat mengambil alih (kerajaan negeri), Kedah MADANI akan menyusuli Malaysia MADANI,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad