web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kek Cantik Dan Lazat Daripada Eat Cake Today Sempena Hari Ibu

Bunga? Kek? Belon? Bingung mahu hadiahkan apa buat ibu sempena Hari Ibu tahun ini? Apa kata cuba layari laman web yang satu ini. Mungkin ada yang berkenan di hati.

TARA Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2021 9:00AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan Hari Ibu tahun ini, apa kata anda hadiahkan kek yang manis, enak dan menawan daripada Eat Cake Today untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada wanita yang paling istimewa dalam hidup kita. 

Dari 9 April hingga 16 Mei ini, pelbagai kek dan hadiah disediakan untuk pesanan dalam talian menerusi laman sesawang eatcaketoday.com  dan ia akan dihantar terus ke depan pintu ibu anda tanpa anda perlu bersusah-susah.

Lebih menarik lagi, setiap pesanan kek atau pakej hadiah yang dibuat menerusi laman sesawang ini berpeluang menikmati diskaun 10 peratus dengan menggunakan kod promosi LOVEMOM. Tidak cukup dengan itu, anda juga berpeluang mendapat belon berbentuk hati secara percuma untuk kek Hari Ibu terpilih (sehingga stok masih ada).

Antara pilihan kek yang tersedia ialah Rose Lychee, Earl Grey, Chocolate Indulgence, Mommy Da Best Korean, Royal Queen Jelly, 3D Flower Heart Jelly, Eternity, Mother’s Day Queen Knock Knock Pinata, Strawberry Chiffon dan banyak lagi.

Manakala untuk kek cawan, ada 12 Pieces of Mother’s Day Carnation Cupcakes, Mother’s Day Cupcakes Bouquet, Cupcake Flower Bouquets. 

 

Kek yang mana menjadi pilihan hati?

Jika ibu anda lebih menyukai kek kurang manis, anda boleh menempah kek Rose Lychee untuk dihadiahkan. Keunikan rasa buah dan bunga yang menyerlah di dalam kek ini pasti mengejutkan deria rasa anda. Malah ia juga berbau harum dan menyegarkan.

Pilihan ini turut hadir bersama belon berbentuk hati yang diberikan secara percuma bagi menyatakan kasih sayang dan penghargaan anda kepada ibu.

Untuk ibu yang menggemari kek perisa teh, kek Earl Grey adalah pilihan yang ideal. Dengan rasa teh yang dominan, kek klasik yang enak ini sesuai untuk acara minum petang dan ia boleh dihantar dalam masa empat jam.

Buat penggemar coklat, apa kata hadiahkan kek Chocolate Indulgence yang mewah dengan rasa coklat premium. 

Jika inginkan sesuatu yang berbeza, bolehlah hadiahkan kek Royal Queen Jelly yang bertekstur ringan dan menyegarkan. Lapisan jeli yang dipenuhi dengan laici dan jeli berwarna-warni ini sesuai dimakan sejuk dan semestinya ia kurang manis.

Begitu juga dengan kek 3D Flower Heart Jelly yang menggunakan jeli rumput laut dan pewarna semula jadi. Tersedia dalam dua perisa, laici atau buah pic.

Sekiranya ibu anda lebih suka dengan kek cawan, maka 12 Pieces of Mother's Day Carnation adalah pilihan terbaik. Terutamanya jika ibu anda seorang yang mementingkan kesihatan. Ini kerana kek ini sesuai dinikmati oleh mereka yang bergelar ‘vegan’.

Satu lagi pilihan yang sesuai untuk golongan ini ialah Mother's Day Cupcakes Bouquet yang terdiri daripada fondant coklat bersama riben yang menawan.

 

Set hadiah juga menarik

Selain daripada dua pilihan di atas, anda juga boleh mendapatkan ‘Mother’s Day Gift Set’ yang  disediakan bersama kek dan bunga di dalam satu kotak. Set hadiah yang boleh dihantar dalam masa empat jam ini boleh didapati pada harga yang cukup berpatutan.

Ibu anda seorang yang menggemari bunga-bungaan? Jom dapatkan set Mother's Day Dendrobium Orchids Gift. Boleh tambah cuka epal, belon atau coklat yang sihat kerana wanita memang suka jika mendapat lebih banyak hadiah!

Sekiranya ibu penghidap diabetes, kek yang manis bukanlah pilihan yang bijak untuk diberikan kepadanya. Lebih baik hadiahkan Vegetable Bouquet. Jambangan sayur ini pasti menggembirakannya.

Bolehlah dia memasak menu sayuran yang digemarinya dan anda boleh tumpang sekaki jika tinggal berhampiran. Percayalah, hadiah yang satu ini mampu membuatkan ibu tersenyum lebar sepanjang hari.

Masih tidak dapat membuat pilihan sama ada mahu menghantar bunga atau makanan yang enak? Mungkin anda perlu pilih kedua-duanya. Pilihan hanya di hujung jari anda. Boleh jenguk ke eatcaketoday.com untuk gambaran yang lebih jelas. 

 

Mengapa Eat Cake Today?

Eat Cake Today adalah platform penghantaran kek dalam talian yang sesuai untuk membeli pelbagai jenis kek lazat daripada pembuat kek kegemaran tempatan dan dihantar terus ke depan pintu rumah pelanggan. 

Laman sesawang ini adalah tempat berkumpul lebih daripada 80 pembuat kek dan mempunyai lebih daripada 1000 kek.

Eat Cake Today menawarkan pelbagai jenis kek seperti biskut, brownies, kek kukus, kek keju, kek cawan, kek tanpa telur, krim mentega fondant, kek bebas gluten, roti, mille crepe, pavlova, pai, dan banyak lagi.

Terbaharu, Eat Cake Today juga menawarkan pilihan coklat, belon dan jambangan bunga.  

Satu fakta yang perlu anda tahu, Eat Cake Today juga mempunyai beberapa pembuat kek yang mempunyai sijil pengesahan halal daripada JAKIM. Keunikan Eat Cake Today ialah, ia turut menawarkan penghantaran pada hari yang sama, iaitu dalam tempoh empat jam selepas pesanan di buat. 

Sebilangan besar kek dibuat di dapur pembuat kek sendiri, kedai kek tempatan dan lain-lain.

Pilihan kek di laman web dikategorikan mengikut jenis kek, perisa tempoh pemprosesan minimum, seperti pilihan empat jam, pilihan sehari, pilihan dua hari dan juga pilihan tiga hari. Harga kek bermula dari RM50 hingga RM400 setiap satu (tidak termasuk caj penghantaran).

Buat masa ini, Eat Cake Today hanya membuat penghantaran di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang & Johor Bahru. Anda juga boleh mengambil sendiri tempahan di Nadayu 28, Bandar Sunway dan di The Starling Mall Damansara Utama. - Getaran, 8 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Eat Cake Today

Isu Pada

Faizal Tahir : Saya Akan Terus Menyanyi

08 May 2021

Berita Berkaitan

1

Rencana 1 tahun yang lalu

Dari Kehilangan Ke Ketenangan: Hadiah Terindah Dari Tuhan

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Jom Raikan Hari Ibu di Pavilion Bukit Jalil, Pelbagai Pilihan Menanti

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Curi Lambang Hakim Untuk Dijadikan Hadiah, 2 Beradik Ditahan

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Hadiah Berteknologi Untuk Menutup Tirai Tahun 2023!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini