web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tesla Rempuh Bomba, NHTSA Syak Punca Pemandu Guna Mod 'AutoPilot'

Rempuhan trak bomba tersebut berada dalam kedudukan melintang bagi melindungi petugas yang sedang menyelamatkan mangsa dalam kemalangan lain.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 6:08PM

Kenderaan elektrik (EV) popular, Tesla - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang sedia tahu bahawa kenderaan elektrik (EV) popular Tesla telah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi bulan lepas. Namun kajian dan pemahaman terus dibuat berdasarkan kes kemalangan dan masalah yang berlaku terhadap Tesla bagi melihat kesesuaian ia digunakan di Malaysia  

Sebelum ini, Getaran pernah melaporkan masalah Tesla terkunci dari dalam kereta. Pagi 18 Februari lalu, sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang di California dan punca utama sebenar kejadian masih belum diketahui.

Namun, agensi keselamatan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) percaya perisian pemanduan mod automatik kenderaan tersebut telah diaktifkan sebelum kemalangan berlaku.

Insiden rempuhan itu menyebabkan pemandu Tesla tersebut maut, sementara seorang lagi penumpang mengalami kecederaan.

Sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang di California dan punca utama sebenar kejadian masih belum diketahui - Gambar AP
Sebuah Tesla Model S dilapor merempuh sebuah trak bomba yang di California dan punca utama sebenar kejadian masih belum diketahui - Gambar AP

Tambahan lagi sebelum kejadian tersebut berlaku, sebuah lagi kemalangan telah berlaku di jalan yang sama. Di mana trak bomba yang dirempuh itu sebenarnya diparkir secara melintang untuk melindungi petugas yang sedang menyelamatkan mangsa dalam kemalangan lain.

Empat orang anggota di dalam trak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut laporan Associated Press, pihak penyiasat percaya pemandu Model S telah mengaktifkan sistem swapandu dan kejadian tersebut kini sedang disiasat oleh pasukan khas yang dihantar oleh NHTSA.

Secara keseluruhan, sejak 2006, sebanyak 15 insiden kemalangan dicatatkan melibatkan kereta Tesla dengan sistem pemanduan autonomi diaktifkan. 

Berbicara soal kes-kes kemalangan yang melibatkan Tesla ini, penulis mencadangkan supaya penerangan dan pemahaman perlu disalurkan kepada orang ramai sebelum memilikinya.

Ia amat penting memandang Tesla kini boleh dimiliki di Malaysia, terutamanya kepada yang berhasrat untuk membelinya. Bahkan pemandu perlu dilatih dan dibimbing terlebih dahulu supaya mereka sudah peka dan biasa dengan sistem yang ada pada kenderaan EV Tesla ini. - Getaran, 11 Mac 2023 

Sumber: Apnews.com 

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari