web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Biskut Charm Inspirasi Daripada Pencuci Mulut Lazat

Setiap biskut Charm diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti yang dipilih dengan teliti selepas penyelidikan selama bertahun-tahun untuk memastikan rasa yang lazat dan berkualiti.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 12:20PM

Dua perisa biskut Charm, Double Chocolate dan Tiramisu - Gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama biskut kegemaran ramai, Julie’s melancarkan rangkaian produk biskut baru, Charm, yang diinspirasikan daripada pencuci mulut lazat. 

Siri yang julung-julung kalinya diperkenalkan sejak penubuhannya ini mengambil masa yang cukup panjang untuk dihasilkan bagi memastikan rasa pencuci mulut yang popular dan klasik dapat diterjemahkan dalam kepingan biskut yang mudah dimakan. 

Pengarah Julie’s Biscuits, Tzy Horng Sai berkata, dengan rangkaian biskut baharu ini, pihaknya bukan sahaja ingin memperkenalkan produk yang lazat dan berkualiti, tetapi juga mahu memberi inspirasi positif kepada pengguna.

Bagi meraikan meraikan pelancaran biskut Charm, Julie's menganjurkan sebuah acara bagi memberi pengalaman eksklusif untuk pelanggan setianya di APW Bangsar pada 4 dan 5 Mac ini - Gambar ihsan Julie's
Bagi meraikan meraikan pelancaran biskut Charm, Julie's menganjurkan sebuah acara bagi memberi pengalaman eksklusif untuk pelanggan setianya di APW Bangsar pada 4 dan 5 Mac ini - Gambar ihsan Julie's

"Sejak penjenamaan semula syarikat pada tahun 2020, kami sentiasa mengambil pendekatan yang lain daripada yang lain dalam  memperkenalkan produk baru di pasaran. Jenama Julie’s adalah sinonim dengan biskut yang berkualiti dalam kalangan pengguna.

“Dengan rangkaian biskut baru ini, kami bukan sahaja ingin memperkenalkan produk yang lazat dan berkualiti, tetapi juga mahu memberi inspirasi positif kepada pengguna. Idea di sebalik Charm adalah untuk mewujudkan produk yang orang ramai boleh nikmati sebagai cara memanjakan diri.

“Dengan produk ini, kami ingin mengingatkan pengguna untuk membenarkan diri untuk menikmati sesuatu seperti Charm sekali-sekala dalam kehidupan mereka sebagai salah satu cara ‘self-love,” jelasnya. 

Charm Double Chocolate - Gambar ihsan Julie's
Charm Double Chocolate - Gambar ihsan Julie's

Setiap biskut Charm diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti yang dipilih dengan teliti selepas penyelidikan selama bertahun-tahun untuk memastikan rasa yang lazat dan berkualiti. Terdapat dua perisa yang boleh dijadikan pilihan iaitu Double Chocolate dan Tiramisu.

Double Chocolate adalah biskut berperisa coklat gelap yang merupakan perisa popular kegemaran ramai. Double Chocolate mempunyai tekstur licin dan berkrim yang cair di dalam mulut apabila dimakan. 

Perisa Tiramisu pula lebih unik dan tidak biasa dijumpai dalam bentuk biskut, menjadikannya pilihan yang menarik untuk pengguna yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

Charm direka untuk dinikmati sebagai snek persendirian, atau dipasangkan dengan kopi dan teh, atau juga boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat kek. Produk ini juga sesuai untuk dinikmati bila-bila masa sahaja, walau di mana jua.

Charm Tiramisu - Gambar ihsan Julie's
Charm Tiramisu - Gambar ihsan Julie's

Bagi meraikan meraikan pelancaran biskut Charm, Julie's menganjurkan sebuah acara bagi memberi pengalaman eksklusif untuk pelanggan setianya di APW Bangsar pada 4 dan 5 Mac ini. 

Acara eksklusif yang dipanggil sebagai Me, Myself and Charm ini akan membawa pengguna dalam sebuah perjalanan di mana mereka berpeluang untuk memanjakan diri melalui pelbagai aktiviti yang tersedia.

Tetamu berpeluang untuk terapi diri dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang dirancang seperti mengambil bahagian dalam bengkel membuat lilin di Charm Sensory Lab, di mana lilin yang dihasilkan akan menampilkan aroma yang diilhamkan dari rangkaian biskut baru Julie’s. 

Selain itu, acara ini juga akan menampilkan pelbagai aktiviti lain yang menyeronokkan seperti peluang mengambil gambar pada dinding foto  kreatif dan mencuba hidangan lazat yang disediakan dengan menggunakan biskut Charm. Jangan lupa dapatkan cenderahati sudu teh yang diukir khas untuk dibawa pulang.

Untuk mendapat perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, anda boleh ikuti jenama biskut ini di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits . - Getaran, 5 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Gabungan Templat Sosial Media Barbie Bersama 3 Jenama, Beri Peluang Anda Cipta Poster Boneka Sendiri 

2

TARA 3 tahun yang lalu

Suasana Aidilfitri Mula Terasa, Ini 6 Iklan Raya Patut Anda Tonton 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Ditahan Dipercayai Jual Biskut Kanabis

4

Selera 3 tahun yang lalu

Cabar Deria Rasa Anda Dengan Perisa Paling Menyengat!

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini