web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cabar Deria Rasa Anda Dengan Perisa Paling Menyengat!

Terbaharu, Nando’s Malaysia melancarkan perisa edisi terhad serba baharu yang paling pedas dan menyengat dalam menunya.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 1:58PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rakyat Malaysia tidak boleh dipisahkan dengan makanan pedas. ‘Terbanglah’ ke mana pun, makanan pedas tetap menjadi pilihan. Kerana itulah banyak lokasi selera yang tidak pernah jemu memperkenalkan hidangan ‘super’ pedas untuk dinikmati oleh mereka yang menggemarinya.

Terbaharu, Nando’s Malaysia melancarkan perisa edisi terhad serba baharu yang paling pedas dan menyengat dalam menunya. Ucapkan hello kepada Vusa XXHot yang berada pada tahap tertinggi kepedasan PERi-ometer Nando’s yang anda kenali dan gemari sebelum ini.

Ya, ia lebih pedas daripada perisa Extra Hot dan sudah pastinya memberi sensasi rasa yang bukan kepalang.

Sejak tahun 1998, rakyat Malaysia menggemari Nando’s kerana hidangan ayam PERi-PERi yang enak dan menyengat, di samping keselesaan dan suasana penuh warna-warni dan meriangkan diinspirasikan kepelbagaian budaya Afrika Selatan yang juga negara asal Nando’s.

Pada masa sama, Nando’s berkongsi rasa kasih sayang dengan peminat-peminatnya di Malaysia dengan sentiasa mempertingkatkan pengalaman menjamu selera di rangkaian restorannya serta sentiasa berinovasi dengan resipi-resipi kegemaran ramai. 

Sebab itulah perisa atau hidangan edisi terhad sentiasa berada di menu (dan ada kalanya menjadi sajian tetap Nando’s!). Vusa Xxhot mewah dengan rasa, pedas dan pastinya mengundang debaran kepada mereka yang berani mencuba! Lebih-lebih lagi jika seseorang itu bukan ‘penagih’ makanan pedas.

Dalam bahasa Zulu, Vusa membawa maksud ‘keseronokan dan api’, oleh itu anda boleh bayangkan sendiri bagaimana perisa terbaharu ini boleh membawa sensasi rasa anda ke tahap yang mungkin tidak pernah dialami sebelum ini. 

Vusa XXHot diperbuat menggunakan resipi tradisional yang memaparkan kombinasi cili padi Afrika, lemon dan bawang putih. Pada setiap gigitan, anda boleh merasai kepedasan dan keenakan serta semangat keberanian rakyat Afrika.

“Kami amat berbangga dan gembira melihat rakyat Malaysia menggemari rasa enak ayam Nando’s. Sama ada ia pilihan lemon & herb, extra hot atau yang di antaranya, pasti terdapat sajian enak yang boleh dinikmati oleh segenap usia di restoran Nando’s.”

“Kali ini, kami berhasrat untuk menaikkan lagi kehebatan rasa menerusi Vusa XXHot yang juga perisa paling pedas dan menyengat. Kami tahu bahawa rakyat Malaysia amat menggemari hidangan pedas serta enak, oleh itu kami percaya perisa edisi terhad ini akan memberikan kekayaan rasa kepada setiap pelanggan. Apa yang boleh saya katakan, bersedialah untuk merasai kehebatan rasa Vusa XXHot ini!,” ujar Ketua Pegawai Komersial Nando’s Malaysia, Chai Hui Fung.

Jangan lepaskan peluang untuk menguji tahap kepedasan Vusa XXHot Meal! Terdapat beberapa pilihan seperti set ¼ ayam, dua hidangan sampingan dan satu minuman bottomless pada harga RM27.90. Sebagai tambahan kepada sajian itu, anda juga dapat menikmati Frozen Yogurt Bottomless pada harga RM2.90! (hanya tersedia di restoran-restoran Nando’s terpilih). Yogurt itu tentunya cara paling enak untuk melegakan kepedasan yang dirasai. 


Vusa XX Hot Meal Nando’s kini boleh didapati di semua rangkaian restoran Nando’s sehingga 4 September 2022. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nandos.com.my atau ikuti Nando’s Malaysia di akaun media sosial mereka @nandosmy. - Getaran, 13 Jun 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dunia Perlu Sokong Tindakan Afrika Selatan Heret Israel Ke ICJ - Anwar

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kes Afrika Selatan Di ICJ Tegaskan Komitmennya Terhadap Keadilan - IAIS Malaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Ulangi Sokongan Prosiding Afrika Selatan Terhadap Israel 

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Perbicaraan ICJ Terhadap Kes Genosid Israel Beri Harapan Kepada Palestin - Amnesty International

Sorotan

1

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

2

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

3

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

4

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

5

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

6

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan