Berita Terkini

15 minit yang lalu: Rumah mampu milik Johor boleh dijual selepas 10 tahun - Exco 16 minit yang lalu: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) rancang pasang sistem VAR di Stadium Nasional Bukit Jalil 36 minit yang lalu: Kesemua 267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih 38 minit yang lalu: PN tolak permohonan Pejuang untuk sertai gabungan itu - Hamzah 1 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas

IKUTI KAMI


Aplikasi Tempat Letak Kereta Digital 'MBJB SPOT V2' Di Johor Bahru

Selaras dengan pelaksanaan bandar raya pintar di Johor Bahru menggunakan aplikasi ini dalam usaha meningkatkan ‘cashless and digital society’.

TARA Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 5:00PM

MBJB Spot V2 diperkenalkan hasil kerjasama antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan kerjasama Tetuan Presgo Gateways Sdn. Bhd - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika pembayaran tanpa tunai di pusat membeli-belah sudah lama dipraktikkan di Malaysia, kini negeri Johor khususnya Johor Bahru telah menaik taraf kaedah pembayaran tempat letak kereta digital menggunakan aplikasi MBJB Spot V2.

Ini selaras dengan pelaksanaan bandar raya pintar di Johor Bahru dan usaha meningkatkan ‘cashless and digital society’. MBJB Spot V2 diperkenalkan hasil kerjasama antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan kerjasama Tetuan Presgo Gateways Sdn. Bhd. 

Aplikasi yang diwujudkan ini juga adalah selari dengan Pelan Strategik ICT MBJB 2021-2025 dan penambahan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam MBJB Spot V2 ini dilihat lebih optimum dan menyenangkan pengguna yang hadir ke Johor Bahru.

Fungsi yang ada pada MBJB Spot V2 adalah semakan dan bayaran kompaun bagi kesalahan letak kereta dan kesalahan lalulintas dan permohonan dan pembayaran sewa petak sementara serta petak rezab secara atas talian bagi penjaja atau premis perniagaan.

Ini termasuk bayaran kupon letak kereta secara atas talian mengikut kadar harian, mingguan dan bulanan dan paparan i-Trafik bagi mendapatkan maklumat terkini keadaan lalu lintas di sekitar kawasan MBJB. Jadi, anda bolehlah merancang perjalanan anda jika mahu hadir ke bandar ini.

Majlis Pelancaran MBJB Spot V2 - Gambar ihsan MBJB
Majlis Pelancaran MBJB Spot V2 - Gambar ihsan MBJB

Penyediaan ruangan iklan juga turut disediakan dan ia  boleh dimanfaatkan oleh syarikat- syarikat luar bagi mempromosikan perniagaan mereka.

Apa yang menarik, pengemaskinian maklumat berkaitan info MBJB dan bandar raya Johor Bahru juga akan dimasukkan dalam aplikasi. 

Ini bagi memudahkan warga bandar raya mahupun pelancong untuk mengetahui maklumat berkaitan tempat letak kereta swasta, lokasi dewan serbaguna, gerai-gerai di bawah MBJB serta banyak lagi info yang akan dikongsikan melalui aplikasi ini. Jadi sukarlah untuk sesat bagi yang pertama kali melancong di sini. 

Usaha ini pastinya akan memberikan manfaat kepada warga bandar raya dalam memastikan perkhidmatan MBJB dapat diperolehi di hujung jari tanpa perlu berurusan di kaunter pejabat.

Melalui penambahan pelbagai fungsi di dalam MBJB Spot v2, aplikasi ini telah menjadikan MBJB sebagai PBT pertama di Malaysia yang menggunakan aplikasi pengurusan tempat letak kereta secara digital sepenuhnya.

Warga bandaraya MBJB perlulah memuat turun aplikasi ini dalam telefon pintar masing-masing kerana bermula 1 Jun 2023 segala urusan tempat letak kereta di bawah pentadbiran MBJB telah didigitalkan sepenuhnya dan tiada lagi penggunaan kupon parkir. Muat turun aplikasi MBJB Spot V2 melalui App Store dan Google Playstore. - Getaran, 4 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

KDN Rampas 14,249 Teks Dan Bahan Bacaan Al-Quran

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerajaan Teliti Kaedah Kawal Selia Keselamatan Aplikasi, Peranti Penjawat Awam

3

TARA 1 bulan yang lalu

‘Bondee’ Aplikasi Sosial Generasi Seterusnya, Mampu Cipta Avatar Bergaya 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Nama Tokoh Terkenal, Rugi Sehingga RM4.6 Juta Masuk Aplikasi E-Ganjaran

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

TARA 1 hari yang lalu

Bertamu di The Langham Jakarta Yang Jenamanya Sudah 158 Tahun Mendunia 

Bawalah diri ke The Langham Jakarta untuk pengalaman percutian yang luar biasa, tenggelam dalam kemewahan dan biarkan diri dilayan bagaikan puteri raja. 

oleh Rahayu MN