web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selera Serantau Di Le Quadri Hotel KL Untuk Bulan Ramadan!

'Selera Serantau' diinspirasikan oleh pasukan cef berpengalaman, berbakat di atas kapal dan mampu menyediakan pelbagai jenis masakan dari tempatan dan negara serantau.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 12:05PM

Le Quadri Hotel KL mempersembahkan menu berbuka puasa khas yang dinamakan 'Selera Serantau' - Gambar oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fenomena berbuka puasa di hotel sudah menjadi sinonim bagi kebanyakan rakyat Malaysia selain daripada mengunjungi bazar. Malah sesetengah individu merasakan tidak lengkap Ramadan mereka jika tidak berbuka di Hotel sekurang-kurangnya sekali.

Seiring dengan hotel lain, tahun ini Le Quadri Hotel KL mempersembahkan juadah khas sempena bulan Ramadan yang bakal tiba bagi menu buka puasa yang dinamakan 'Selera Serantau'.

Melihat daripada menu yang dihidangkan, terdapat pelbagai jenis masakan sama ada tempatan mahupun dari negara serantau
Melihat daripada menu yang dihidangkan, terdapat pelbagai jenis masakan sama ada tempatan mahupun dari negara serantau

Ia diinspirasikan oleh pasukan cef yang berpengalaman dan berbakat di atas kapal. Ya, melihat daripada menu yang dihidangkan, terdapat pelbagai jenis masakan sama ada tempatan mahupun dari negara serantau.

Pengurus Besar Le Quadri Hotel, Peter Padman menyatakan, tahun ini, dia bersama pasukan cefnya akan menghidangkan aneka makanan dari masakan lauk Melayu tradisional, Jepun dan Mediterranean. Turut diketengahkan masakan daripada Thai, India bagi pengunjung yang gemar menikmati hidangan pedas.

“Pasukan masakan kami di bawah pimpinan Mohd Ariffudin dan Chef Ahjoy sangat bermotivasi untuk mempamerkan hidangan istimewa yang unik yang terdiri daripada stik dan daging panggang hingga lauk Melayu tradisional.

“Ini termasuklah hidangan Sushi Jepun kepada makanan istimewa pedas Thai, Tandoori India Utara kepada nasi Mandi Domba Arab dan itik panggang dari Timur. Ada yang lembut manakala yang lain berperisa dengan herba dan rempah ratus,” kata Padman.

Antaranya hidangan yang memukau mata penulis dan enak adalah Nasi Mandi Kambing
Antaranya hidangan yang memukau mata penulis dan enak adalah Nasi Mandi Kambing

Antaranya hidangan yang memukau mata penulis dan enak adalah Nasi Mandi Kambing, aneka makanan laut dalam bakul yang segar, sate, kari kepala ikan, ayam panggang dan ulam-ulaman yang disertakan bersama lapan jenis sambal.

Aneka sushi Jepun turut dihidangkan di bufet Ramadan ini
Aneka sushi Jepun turut dihidangkan di bufet Ramadan ini

Turut disediakan menu ringan seperti aneka sushi dan pelbagai pencuci mulut daripada tradisional sehinggalah manisan moden seperti brownies.

Popiah itik panggang
Popiah itik panggang

Selain itu, antara lain yang menarik perhatian penulis ialah menu popiah itik panggang. Ia menggunakan hirisan daging itik yang dipanggang dan sangat berjus disertakan bersama daun kucai kemudian dibalut dan dicicah bersama sos. 

Wah! Anda jangan sesekali terlepas untuk mencuba menu ini. Segar, berjus dan sangat lazat, itu yang boleh dikatakan.

Padman juga menyebut bahawa pasukan dapurnya akan memberi tumpuan dengan menawarkan hidangan bufet yang sangat luas dan penuh variasi berbanding kuantiti penghantaran.

Konsep bufet hanya akan dipaparkan pada hari Jumaat dan Sabtu dengan harga RM148 nett (Dewasa) dan RM78 nett (Kanak-kanak/Warga Emas).

Pada masa sama, Le Quadri Hotel turut menawarkan harga Early Bird sehingga 20 Mac 2023 dengan harga RM118nett (Dewasa) dan RM58nett (Kanak-kanak/Warga Emas). Selain itu, terdapat kadar harga menarik disediakan untuk penginapan bilik, termasuk 2 hidangan sahur akan disediakan dari 22 Mac hingga 18 April 2023.

Jadi apa tunggu lagi, buat tempahan segara! Untuk maklumat tentang semua tawaran di atas, boleh layari laman sesawang Le Quadri Hotel KL - Getaran, 4 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

04 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Refleksi 2 tahun yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan