Syarikat mainan yang pasti menjadi nostalgia bagi segelintir individu iaitu Lego baru-baru ini telah melancarkan rangkaian watak baharu dengan kecacatan fizikal dan mental seperti kebimbangan dan kehilangan anggota badan.
Barisan karakter baru tersebut yang dipanggil 'Friends' memiliki pelbagai watak yang cuba menyahut cabaran dunia moden hari ini.

Antara wataknya adalah Autumn, sang pengembara yang dilahirkan tanpa bahagian bawah lengannya, pemuzik berbakat yang "pemalu dalam kehidupan seharian" iaitu Paisley.
Terdapat juga karakter bernama Nova yang bersifat ‘berterus-terang yang boleh melemahkan orang’ serta banyak lagi. Kini watak baharu kini boleh didapati di Singapura dan di peruncit rasmi, Lego.
Menurut Lego, watak 'Friends' baharu ini muncul sejurus jenama ini mula mengumumkan bahawa ia akan mengubah alam semesta Friends pada Oktober 2022.
Ini bagi mempelbagaikan lagi produk Lego untuk membolehkan lebih ramai kanak-kanak menjiwai watak semasa bermain.
"Alam semesta serba baharu dengan watak yang tulen, menarik, bersemangat dan pelbagai termasuk penambahan pelbagai warna kulit, budaya, kecacatan fizikal dan tidak dapat dilihat serta kepelbagaian saraf. Set dan siri baharu akan menampilkan watak dengan perbezaan anggota badan, Sindrom Down, kebimbangan, vitiligo, dan anjing dengan kerusi roda," kata Lego.
Tambahan lagi, kajian meluasnya menunjukkan bahawa tiga daripada empat kanak-kanak merasakan tidak cukup mainan yang mewakili mereka yang mendorong pelancaran itu.

Bukan setakat karakter 'Friends' saja, Lego juga baru-baru ini melancarkan set baharu dengan kumpulan Kpop Korea Selatan BTS.
Ideas BTS Dynamite dikatakan sebagai penghormatan kepada ikon pop global BTS, dan direka oleh peminat Lego sendiri. Ia menampilkan kumpulan tujuh keping pada set video global mereka.
Menurut peminat di sebalik keluaran set baharu ini, ia dicipta selepas menonton video muzik BTS Dynamite berulang kali untuk menangkap intipatinya menggunakan blok Lego.
Federico Begher, ketua kumpulan produk Lego berkongsi bahawa dia sudah menjangkakan keluaran ini akan meletup dan mendapat sambutan
"Apabila kami melihat reka bentuk yang berwarna-warni, kami tahu ia akan menjadi hit, dan ini terbukti dengan seberapa cepat mereka mencapai 10,000 tontonan dalam undian Lego Ideas,” ulasnya.

Oleh itu adalah penting untuk Lego kekal setia kepada ciptaan asal dan menjurus kepada peminat yang tersendiri kerana pengikut BTS telah pun menyokong reka bentuk itu. Set Lego Ideas BTS Dynamite dijual mulai awal Mac 2023.
Jadinya, LEGO sekali lagi menonjolkan keberadaannya dalam industri permainan kanak dengan meletakkan produknya seiring dengan keadaan serta trend terkini di seluruh dunia. - Getaran, 26 Februari 2023