Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Siti Khadijah Sedia Pilihan Bayaran 'Beli Sekarang Bayar Kemudian' Patuh Syariah 

Kerjasama eksklusif dengan satu-satunya platform BNPL Patuh Syariah, MOBY Islamic membolehkan pelanggan untuk menikmati kemudian beli sekarang dan bayar kemudian bagi semua pembelian di semua cawangan Siti Khadijah.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 2:21PM

Pelanggan Siti Khadijah boleh menikmati pelan ansuran bulanan sehingga enam bulan untuk pembelian dalam talian. - Gambar ihsan Siti Khatijah 

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama telekung tempatan Siti Khadijah baru-baru ini mengumumkan kerjasama eksklusif bersama platform ‘beli sekarang, bayar kemudian’ (BNPL) tempatan, MOBY Islamic yang dahulunya dikenali sebagai AiraPay. 

Kerjasama itu akan memberi pilihan pembayaran BNPL patuh Syariah pertama Malaysia kepada pelanggan Siti Khadijah secara dalam talian dan juga di semua butik Siti Khadijah dalam negara. 

Sebagai sebuah syarikat yang telah berkembang daripada sebuah perniagaan kecil kepada perniagaan yang dikenali serantau, kerjasama terbaharu ini dilihat mampu membawa jenama ini seiring dengan jenama fesyen lain memandangkan kaedah pembayaran sebegini menjadi pilihan gaya hidup masa kini. 

Mohammad Munzir Aminuddin (kiri) menandatangani MOU dengan Rian Philip.
Mohammad Munzir Aminuddin (kiri) menandatangani MOU dengan Rian Philip.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Siti Khadijah, Mohammad Munzir Aminuddin berkongsi bahawa selain bertujuan untuk meningkat jualan, kemudahan atau perkhidmatan BNPL ini diharapkan boleh memberi peluang kepada pengguna yang sudah lama mengidamkan koleksi Siti Khadijah.

“Kami tidak mahu membebankan pelanggan kami untuk dapatkan telekung yang berkualiti dan selesa untuk dipakai. Terutamanya kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan dengan menonjolkan keindahan cara hidup Islam melalui konsep 'Memupuk Gaya Hidup Bermanfaat'.”

''Kami sebenarnya mengambil masa yang lama untuk bersetuju dengan syarikat penyedia kredit BNPL ini kerana sejujurnya saya masih mahu pengguna di luar sana berusaha untuk mendapatkan koleksi Siti Khadijah, sama seperti komitmen kami yang sentiasa berusaha mahu memberikan yang terbaik.”

''Bagaimanapun, menyedari tentang keperluan masa kini, kami akhirnya setuju untuk bekerjasama dengan MOBY Islamic kerana MOBY Islamic menerapkan asas dalam konsep pinjaman yang patuh syariah,” ujar Munzir.

Dalam masa yang sama, Munzir juga menegaskan kaedah pembayaran BNPL yang diperkenalkan ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan pengguna untuk berhutang, lebih-lebih lagi untuk tujuan ibadah.

Sebaliknya, ia memberi fleksibiliti kewangan untuk pengguna merancang perbelanjaan.

“Melalui kerjasama eksklusif ini, kami berharap dapat menjadikan pengalaman membeli-belah dengan Siti Khadijah suatu pengalaman yang unik dengan adanya kemudahan pembayaran yang fleksibel. Walaupun kami fokus dalam mengembangkan jenama, kami tetap komited kepada matlamat utama kami iaitu membolehkan wanita Islam membeli pakaian untuk solat yang berkualiti dengan lebih mudah tanpa membebankan wang," tambah Munzir. 

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggannya, Siti Khadijah terus memberikan diskaun eksklusif kepada pengguna MOBY baharu.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggannya, Siti Khadijah terus memberikan diskaun eksklusif kepada pengguna MOBY baharu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Moby Islamic, Rian Philip berkata, kini, pelanggan Siti Khadijah boleh menikmati pelan ansuran bulanan sehingga enam bulan untuk pembelian dalam talian. 

“Bagaimanapun, tidak lama lagi pelanggan juga akan dapat menikmati kemudahan ini untuk pembelian secara fizikal di semua butik Siti Khadijah di seluruh negara. Sebagai satu-satunya platform patuh Syariah, ansuran pembayaran pecahan fleksibel MOBY Islamic adalah tanpa faedah dan berdasarkan kontrak Qard.”

''Ingin saya kongsikan di sini ialah, BNPL yang kami sediakan adalah berbeza dengan yang ada ketika ini. Oleh kerana ia patuh syariah, setiap pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan kredit ini akan melalui tapisan sebelum diberikan sejumlah kredit yang layak mengikut kemampuan mereka,” ujar Rian.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggannya, Siti Khadijah terus memberikan diskaun eksklusif kepada pengguna MOBY baharu. Potongan RM50 dengan pembelian minimum RM500 atau diskaun RM25 dengan pembelian minimum RM250. Kedua-dua tawaran adalah terhad kepada 250 pengguna pertama, dan potongan ini boleh digunakan mulai 15 Februari sehingga 28 Februari 2023 oleh pengguna MOBY yang berdaftar. 

Koleksi Siti Khadijah ini bukan sahaja terhad kepada telekung atau pakaian sembahyang, tetapi jenama ini mempunyai rangkaian pilihan pakaian lelaki, pakaian wanita, buku pendidikan, tudung dan aksesori. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk Siti Khadijah, sila layari https://sitikhadijah.com/.

Untuk mengetahui info mengenai MOBY Islamic, sila layari https://www.MOBY.my/. - Getaran, 19 Februari 2023 

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan