Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Palais Garnier, Lokasi 'The Phantom Of The Opera' Kini Di Airbnb

Untuk meraikan kejayaan global 'The Phantom of the Opera', Palais Garnier akan membuka pintunya untuk penginapan yang megah di Box of Honour yang diubah suai mewah.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 2:32PM

‘Box of Honour’ Palai Garnier telah diubah suai menjadi bilik tidur yang megah, di mana tetamu akan berpeluang mengalami malam yang luar biasa - Gambar Airbnb

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘The Music of the Night’ akan kembali ke tempat yang mengilhamkan salah satu muzikal paling lama ditayangkan dan paling digemari di dunia, The Phantom of the Opera

Untuk meraikan fenomena global yang akan dipersembahkan di 15 negara tahun ini, 'phans' akan dapat mengikuti jejak le Fantôme dan menempah penginapan semalam di dunia khayalan di mana semuanya bermula, Opera Palais Garnier yang bersejarah di Paris.

Buat pertama kalinya, salah satu ruang tontonan persendirian yang paling eksklusif di teater ini, ‘Box of Honour’, telah diubah suai menjadi bilik tidur yang megah, di mana tetamu akan berpeluang mengalami malam yang luar biasa, bersesuaian dengan misteri dan kemegahan seni bina Palais Garnier. 

Bahkan, tetamu juga akan berpeluang ‘menghantui’ dewan bangunan ikonik ini, termasuk lawatan ke tasik bawah tanah, kediaman Phantom tersebut, seperti yang dipaparkan dalam novel terkenal tersebut.

Hos penginapan ini, Véronique Leroux, ialah cicit kepada novelis Perancis Gaston Leroux yang mencipta watak Phantom yang terkenal di dunia itu. 

"Kisah klasik moyang saya telah memberi inspirasi kepada ramai orang selama ini. Inilah masa yang paling sesuai untuk memberi penghormatan kepadanya dan mengalu-alukan ‘phans’ ke latar novelnya yang digemari ramai untuk penginapan sekali seumur hidup,” ulas Leroux.  

Palais Garnier yang bersejarah di Paris menjadi latar kisah 'The Phantom of the Opera'
Palais Garnier yang bersejarah di Paris menjadi latar kisah 'The Phantom of the Opera'

Malam istimewa di Palais Garnier ini ialah tawaran penginapan pelancongan warisan terbaharu daripada Airbnb berikutan beberapa siri langkah dan komitmen oleh platform tersebut untuk menggiatkan semula pelancongan warisan di Eropah, termasuk sumbangan warisan kepada organisasi rumah bersejarah di seluruh Eropah.

Sebagai sebahagian daripada program ini, Airbnb menawarkan sokongannya kepada pemulihan dan pengukuhan warisan Opera, termasuk projek sedia ada untuk memulihkan petak-petak teater Palais Garnier. 

Sumbangan daripada Airbnb juga akan membiayai pembangunan platform penstriman Opera tersebut, bagi membawakan semua kandungan audio visual Opera Paris itu kepada khalayak yang luas, di seluruh dunia.

 

6 keistimewaan di ‘Box of Honour’

Petak opera persendirian yang terbesar di Palais Garnier, ‘Box of Honor’ ini biasanya dikhaskan untuk tetamu kenamaan yang melawat. Untuk pengalaman bermalam di sini, bilik yang indah ini telah diubah suai untuk mencipta pengalaman luar biasa dan eksklusif yang merangkumi:

1. Lokasi terbaik di rumah opera ini untuk menikmati keindahan seni bina Palais Garnier dan pentasnya.

2. Lawatan ke tempat yang tersembunyi di Palais, yang jarang dilihat oleh orang ramai, termasuk arkib peribadi Opera yang luar biasa dan tasik bawah tanah yang terkenal.

3. Inisiasi persembahan balet peribadi oleh salah seorang penari Balet Opera de Paris.

4. Resital eksklusif yang dipersembahkan oleh artis-artis Paris Opera Academy, yang di lengkapi dengan champagne dan sajian pembuka hidangan. 

5. Makan malam di Foyer de la Danse yang mewah, iaitu sebuah bilik latihan tarian persendirian dan bersejarah di belakang pentas, yang digunakan oleh penari untuk memanaskan badan sebelum persembahan.

6. Lawatan ke studio tarian persendirian di bawah atap bangunan opera ikonik ini, di mana tetamu akan dapat menikmati pemandangan langit Paris yang indah.

 

Cara untuk menempah

Anda boleh memohon untuk menempah penginapan semalaman ini pada hari Khamis, 2 Mac 2023 bermula jam 1:00 pagi di airbnb.com/opera. Harga yang ditetapkan adalah berharga 37 euro* (dianggarkan RM 165). Penginapan ini boleh dinikmati pada hari Ahad, 16 Julai 2023. 

Untuk menempah, tetamu yang membuat tempahan mesti mempunyai profil Airbnb yang disahkan, rekod prestasi yang baik di platform dan berumur 18 ke atas. Tempahan terpakai untuk dua orang tetamu dan kos perjalanan ke Paris adalah di atas tanggungan sendiri. 

Petak opera persendirian yang terbesar di Palais Garnier, ‘Box of Honor’ ini biasanya dikhaskan untuk tetamu kenamaan yang melawat
Petak opera persendirian yang terbesar di Palais Garnier, ‘Box of Honor’ ini biasanya dikhaskan untuk tetamu kenamaan yang melawat

 

Muzikal The Phantom of the Opera

Sejak pembukaannya di London pada tahun 1986, The Phantom of the Opera telah dipertontonkan kepada lebih 145 juta orang di 183 bandar dalam 17 bahasa. The Phantom of the Opera telah ditayangkan selama lebih 36 tahun di West End dan di Broadway. 

Ia merupakan persembahan Broadway yang paling lama dan telah menerima lebih daripada 70 anugerah teater utama, termasuk tujuh Anugerah Tony dan empat anugerah Olivier. 

Runut bunyi edisi global telah dilancarkan pada 2022, yang menampilkan naskhah kegemaran ramai daripada Andrew Lloyd Webber dalam tujuh bahasa global dan lapan cakera kompilasi istimewa.  

The Phantom of the Opera akan dipersembahkan di 15 negara, merentasi empat benua dan dalam tujuh bahasa pada tahun 2023. Untuk menempah tiket dan mengetahui lokasi persembahan berhampiran anda, layari www.thephantomoftheopera.com - Getaran, 18 Februari 2023 


 

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Bersama Airbnb, Daiyan Trisha Galak Pelancongan Bertanggungjawab 

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Airbnb Keluarkan Akaun Pengendali Inap Desa Didakwa Sembunyi Kamera Dalam Soket

4

TARA 10 bulan yang lalu

Terokai Asteroid City Di Airbnb, 8 Penginapan Untuk Hasilkan Karya Versi ‘Wes Anderson’ Anda Sendiri

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini