web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ayam Hot-Ah Menu Pedas Dan Lazat Sempena Meraikan Tahun Baru Cina

Sertai The Chicken Rice Shop bersama yang tersayang pada Tahun Baru Cina ini sambil menikmati menu pedas dan lazat yang baru dilancarkan!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 2:08PM

Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina ini boleh dinikmati di semua cawangan TCRS sehingga 28 Februari - Gambar ihsan The Chicken Rice Shop

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sambutan Tahun Baharu Cina telah selesai seminggu lalu, namun masih banyak tawaran menarik yang boleh dinikmati sehingga Februari hadapan. Salah satu daripadanya ialah hidangan ‘Ayam Hot-Ah’ yang diperkenalkan oleh The Chicken Rice Shop (TCRS).

Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina ini boleh dinikmati di semua cawangan TCRS sehingga 28 Februari hadapan. 

Bagi yang telah mencubanya, pasti anda tidak menyangkal bahawa menu tidak kalah dengan hidangan ‘signature’ restoran kegemaran ramai ini. Setiap suapan terasa begitu sempurna dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang. 

Setiap suapan terasa begitu sempurna dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang
Setiap suapan terasa begitu sempurna dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang

Sama ada anda ingin menikmati hidangan baharu ini bersendirian atau mahu berkongsi bersama yang tersayang, TCRS telah menyediakan menu yang menampilkan tiga set yang berbeza untuk pilihan anda.

Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Yong, berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, oleh itu, hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.

“Selain daripada mahu meraikan Tahun Baru Cina dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang ditemui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami.

"Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan percaya pelanggan kami pasti akan terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini,” ujar Kah Yong.

Alang-alang menjamu selera, apa kata anda turut mengambil bahagian dalam cabaran ‘Ayam Hot-Ah’ (di mana peserta dijemput untuk menghantar video merekodkan jeritan ‘Hot-Ah’ yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif) anjuran TCRS bersempena pelancaran menu baharu ini.

“Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa ’Hot-Ah’ yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian.”

“Selain itu, kami ingin menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan ‘Hot-Ah’ di mana pelanggan boleh mencabar satu sama lain untuk melaungkan ‘Hot-Ah’ terpanjang mengikut kreativiti masing-masing,” tambah Kah Yong.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau Facebook www.facebook.com/thechickenriceshop/   - Getaran, 29 Januari 2023 

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Rencana 5 bulan yang lalu

Tahun Baharu Cina: Sambutan Merentasi Etnik, Harapan Mengatasi Ketakutan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Selera 2 tahun yang lalu

Chicken Chup! Menu Istimewa Sempena Ulang Tahun The Chicken Rice Shop

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Konsep Mesra Penjaja Meriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina Melaka

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang