web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KTMB Tawar Diskaun 25 Peratus Menerusi Kempen Travel Sama-Sama

Kempen Travel Sama-Sama merupakan kesinambungan Kempen Keluarga Malaysia pada tahun lepas sebagai inisiatif menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tersebut.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 9:11AM

KTMB memberikan diskaun khas ini kepada perjalanan perkhidmatan ETS kelas biasa dan kelas perniagaan serta perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) menawarkan diskaun sebanyak 25 peratus menerusi Kempen Travel Sama-Sama bagi pembelian tiket bermula hari ini hingga 31 Dis tahun ini melibatkan semua perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan Ekspres Intercity.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata tahun lepas, seramai 508,000 penumpang memanfaatkan diskaun tersebut dengan jumlah RM2.69 juta.

Beliau berkata pemberian diskaun hanya sah untuk warganegara Malaysia dengan pembelian minimum empat tiket dewasa atau kanak-kanak dalam satu transaksi yang sama dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan.

“Kami memberikan diskaun khas ini kepada perjalanan perkhidmatan ETS kelas biasa dan kelas perniagaan serta perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan.

“Tujuan utama pemberian diskaun adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia bercuti bersama-sama keluarga dan rakan ke mana-mana destinasi di samping sebagai inisiatif mengurangkan penggunaan kenderan bagi mengelak kesesakan lalu lintas terutama ketika musim perayaan.

“Pada masa sama, inisiatif ini adalah sumbangan KTMB kepada kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia melancong di dalam negeri,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Kempen Travel Sama-Sama hari ini.

Mohd Rani Hisham berkata tiket boleh dibeli menerusi kaunter, kiosk, aplikasi dan laman web KTMB.

Kempen Travel Sama-Sama merupakan kesinambungan Kempen Keluarga Malaysia pada tahun lepas sebagai inisiatif menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tersebut. - Bernama

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok