Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


7 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Fesyen Ikon Vivienne Westwood 

Vivienne Westwood, adalah seorang tokoh pereka fesyen yang ikonik dan berpengaruh pada abad ke-20. Dia adalah ‘queen of punk style’ kerana berjaya menyatukan fesyen dan muzik untuk mencetuskan gerakan punk dengan kenyataan-kenyataan politik penuh rebel. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2023 8:09PM

Pemergian Vivienne Westwood sememangnya satu kehilangan yang besar dalam dunia industri fesyen - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemergian pereka fesyen, Dame Vivienne Westwood pada 29 Disember lalu sememangnya adalah satu kehilangan yang besar dalam dunia industri fesyen.

Westwood meninggal dunia pada usia 81 tahun. 

Seorang tokoh pereka fesyen yang ikonik dan berpengaruh pada abad ke-20, dia dilabel sebagai ‘queen of punk style’ kerana berjaya menyatukan fesyen dan muzik untuk mencetuskan gerakan punk dengan kenyataan-kenyataan politik penuh rebel. 

Banyak protes yang dilakukannya menerusi model catwalk untuk ‘runway’ melibatkan perubahan iklim, pencemaran serta sokongannya terhadap pengasas WikiLeaks, Julian Assange.

Westwood juga adalah individu yang bertanggungjawab dalam mencetuskan imej dan penampilan kumpulan muzik Sex Pistols, menjadikan dia sinonim dengan gerakan punk rock 1970-an. 

Namun, ada tujuh perkara yang mungkin anda masih tidak tahu tentang Vivienne Westwood. Getaran kongsikan sebagai satu tribute untuk pereka fesyen yang hebat sepanjang zaman ini. 

 

Gaun pengantin Carrie Bradshaw dalam "Sex and the City" merupakan ciptaan Westwood

Carrie Bradshaw dengan gaun pengantinnya 
Carrie Bradshaw dengan gaun pengantinnya 

Semasa penggambaran filem itu, Carrie (yang dimainkan ikon fesyen sebenar Sarah Jessica Parker), pada asalnya tidak mahu perkahwinan atau gaun pengantin yang mewah, tetapi apabila dia melihat ciptaan Westwood ini, dia jatuh cinta. 

Westwood akhirnya menghantar Carrie pakaian itu dengan nota tulisan tangan, dan walaupun perkahwinan itu tidak berjalan seperti yang dirancang, dia kelihatan menakjubkan.

Begitu menakjubkan, Parker sekali lagi dilihat memakai pakaian itu semasa penggambaran musim kedua "And Just Like That."

Untuk meraikan ulang tahun ke-10 filem Sex & The City itu, Westwood telah mengeluarkan set versi ‘ready-to-wear’ untuk gaun pengantin itu. 

 

Topi coklat viral Pharrell Williams di Grammys 2014 direka Westwood

Pharrell Williams dengan topinya 
Pharrell Williams dengan topinya 

Salah satu momen gaya terbesar dalam kerjaya Pharrell Williams adalah ketika dia berjalan permaidani merah Grammys 2014 dengan topi coklat bersaiz besar.

Menjelang lewat petang acara penuh berprestij itu, satu akaun Twitter telah telah dicetuskan untuk topi itu, dan ia masih wujud serta mempunyai lebih daripada 12,000 pengikut.

CNN mengenal pasti topi itu sebagai Buffalo Hat dari Westwood dan program Autumn/Winter 1983 MCLaren ‘Nostalgia of Mud’.

 

Westwood tidak tahu siapa Emma Watson ketika dia menyampaikan anugerah kepadanya pada tahun 2011

Westwood dan Emma Watson
Westwood dan Emma Watson

Sebagai ikon punk sebenar, tidak menghairankan jika Westwood benar-benar tidak mengikuti perkembangan budaya pop moden dan sebab itu, dia juga mengakui tidak tahu siapa bintang "Harry Potter" ketika menyampaikan anugerah Ikon Gaya Elle kepada Emma Watson pada tahun 2011.

"Saya tanya, 'Siapa Emma Watson?' Saya tidak pernah menonton televisyen, saya tidak membaca majalah fesyen. Mereka kata dia pernah berada dalam 'Harry Potter,' dan saya berkata, 'Saya tidak pernah melihat 'Harry Potter.' 

“Mereka kemudian berkata mereka mempunyai rakan gadis bernama Hermione dan saya berkata:

'Oh, dia cantik.' Jadi saya mesti menyerap sesuatu untuknya. Jadi saya ingin memberikan anugerah ini kepada Emma yang baru sahaja saya temui," kata Westwood sewaktu menyampaikan Watson dengan anugerah itu, menurut London Evening Standard.

 

Vivienne Westwood menjadi Margaret Thatcher untuk penghias wajah majalah Tatler 80-an 

Muka depan majalah Tatler yang menampilkan Westwod berpakaian seperti Margaret Thatcher
Muka depan majalah Tatler yang menampilkan Westwod berpakaian seperti Margaret Thatcher

Penghias wajah Westwood sebagai Margaret Thatcher (bekas Perdana Menteri Britain) masih lagi kekal dianggap sebagai ikonik biar pun beberapa dekad sudah berlaku. 

Pada 1989, majalah Tatler menampilkan Westwood sebagai Thatcher dengan mengenakan suit hitam dan Mutiara bersama gaya rambut tinggi Thatcher yang menjadi signaturenya bersama tulisan: "this woman was once a punk."

 

Vivienne Westwood tidak memakai seluar dalam sewaktu bertemu keluarga diraja - dua kali 

Westwood di luar Istana Buckingham 
Westwood di luar Istana Buckingham 

Pada tahun 1992, Westwood telah dijemput ke Istana Buckingham apabila beliau dianugerahkan OBE (Order of the British Empire) atas jasa dan sumbangannya kepada industri fesyen. 

Dalam lawatan ke istana itu, dia menjadi tajuk utama apabila beliau memusingkan badannya di hadapan kamera  di luar istana dan mendedahkan bahawa dia tidak memakai seluar dalam.

Apabila dia kembali pada tahun 2006 untuk menerima penganugerahan ‘dame’, dia sekali lagi berbuat perkara yang sama. 

 

Anaknya, Joseph Corré, adalah pengasas pakaian dalam (lingerie) jenama Agent Provocateur

Westwood dengan anaknya, Joseph Corre 
Westwood dengan anaknya, Joseph Corre 

Agent Provocateur adalah salah satu jenama pakaian dalam yang paling terkenal di dunia, dan ia diasaskan oleh anak Westwood, Joseph Corré.

Bapanya adalah Malcolm McLaren, pengurus kumpulan punk Sex Pistols dan kolaborator Westwood - mereka menjalankan kedai pakaian SEX di London pada tahun 1970-an.

Corré mengasaskan jenama pakaian dalamnya pada tahun 1994 di London. Ia satu permulaan yang menandakan peralihan penting dalam budaya balas British untuk menepis pandangan lelaki dalam memperkasakan wanita. 

 

Vivienne Westwood adalah seorang guru sekolah sebelum dia menjadi pereka yang berjaya

Westwood pada tahun 1977
Westwood pada tahun 1977

Westwood membesar di luar Glossop di Derbyshire, England dan belajar di Harrow School of Art dan University of Westminster, menurut The Business of Fashion.

Dia bertahan selama satu semester, sebelum berhenti untuk memberi tumpuan kepada kerja.

"Saya tidak tahu bagaimana seorang gadis kelas pekerja seperti saya mampu mencari nafkah dalam dunia seni," katanya.

Sebaliknya, dia menjadi guru sekolah rendah dan menghasilkan rekaan barang kemas pada masa lapangnya. Menjelang tahun 1970-an, dia dapat mencari rezeki dengan menjual reka bentuk barang kemasnya itu. - Getaran, 1 Januari 2023 

Sumber: CNN 

Gambar: Pelbagai sumber internet dan AFP

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Ratu Fesyen Punk, Vivienne Westwood Pulang Ke Negara Abadi

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Hasil Lukisan Tangan Sendiri, Hatta Dolmat Persembahkan Koleksi Lestari Di #KLFW2022

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Pereka Fesyen Legenda Issey Miyake Meninggal Dunia

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Lestarikan Alam Sekitar Menerusi Fesyen - Hatta Dolmat

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan