Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Mula Mengintai Jepun Untuk Percutian Musim Sejuk

Tinjauan YouGov menunjukkan bahawa 85 peratus rakyat Malaysia yang menjadi responden berminat untuk melancong ke Jepun selepas kerajaan negara itu menamatkan sekatan perjalanan Oktober lalu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 3:20PM

Rumah Sauna Peribadi Anoie yang berlatar Tasik Nojiri antara lokasi pilihan pengunjung di musim sejuk. - Gambar Airbnb

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjelang cuti hujung tahun dan dengan tarikan perjalanan tanpa memerlukan visa ke Jepun, rakyat Malaysia mula bersiap sedia untuk percutian musim sejuk impian mereka di Jepun.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Airbnb baru-baru ini, 85 peratus rakyat Malaysia berhasrat untuk mengembara ke Jepun apabila mereka mampu, dengan dua daripada tiga orang ingin melawat destinasi di luar bandar-bandar utama negara ini.

Hiasan dalaman kabin terpencil di Nagano memang cukup menarik. - Gambar Airbnb
Hiasan dalaman kabin terpencil di Nagano memang cukup menarik. - Gambar Airbnb

Berdasarkan data daripada tinjauan YouGov yang dianjurkan oleh Airbnb, yang melibatkan 1057 responden di Malaysia di antara 5 hingga 9 Oktober 2022, Airbnb turut mendedahkan 10 destinasi Jepun yang paling banyak dicari oleh pengembara global di platform ini.

Osaka, Tokyo, Shinjuku, Shibuya, dan Fukuoka merupakan kota yang paling banyak mendapat carian. Manakala Kyoto, Taito, Sapporo, Okinawa dan Niseka berada di tangga ke-6 hingga 10.  

Daripada pengembaraan ski di hutan Nagano yang tenang kepada bangunan bergaya di tengah-tengah kesibukan Tokyo, atau rumah warisan klasik  di sekitar pepohon ceri dan kuil di Honshu, Jepun sering menjadi destinasi utama dalam senarai impian pengembara antarabangsa. 

Sama ada anda suka berendam di dalam tab mandi air panas sambil menikmati pemandangan Tasik Nojiri yang menakjubkan atau penginapan idaman pencinta manga di tengah-tengah Kyoto, Airbnb telah mengumpulkan 10 penginapan Jepun yang paling digemari di seluruh dunia untuk membantu anda memulakan perancangan percutian ideal anda untuk bulan Disember ini dan seterusnya.

Untuk keajaiban musim sejuk dikelilingi alam semula jadi

Kabin terpencil di Nagano - Gambar Airbnb
Kabin terpencil di Nagano - Gambar Airbnb

1) Kabin terpencil yang elegan untuk pasangan & keluarga (Nagano) 

Rumah Sauna Peribadi Anoie berlatar Tasik Nojiri - Gambar Airbnb
Rumah Sauna Peribadi Anoie berlatar Tasik Nojiri - Gambar Airbnb

2) Nikmati pemandangan Tasik Nojiri yang luar biasa, rumah dengan sauna peribadi Anoie (Nagano)

Bagi mereka yang mencari tradisi lama

Yadoya Yanagidori West - Gambar Airbnb
Yadoya Yanagidori West - Gambar Airbnb

3) [Rumah penginapan] Yanagi-dori sayap barat Asakusa Rumah mewah gaya Jepun moden dengan bilik mandi terbuka terhad kepada dua orang  (Tokyo)

4) [Bilik persendirian] Rumah tamu rumah rakyat lama dengan seekor kambing! Dilengkapi dengan Wi-Fi - Matakitai (Iwate)

Untuk yang berjiwa minimalis

4 Beds in Tokyo - Gambar Airbnb
4 Beds in Tokyo - Gambar Airbnb

5) 4 katil di Tokyo/3 minit dari stesen : Studio B (Tokyo)

Yanako Sow Standard. - Gambar Airbnb
Yanako Sow Standard. - Gambar Airbnb

6) YANAKA SOW STANDARD TWIN (Tokyo)

Ginza Tokyo Jr Suite - Gambar Airbnb
Ginza Tokyo Jr Suite - Gambar Airbnb

7)【Kawasan Ginza/Tokyo】 Junior Suite (Wi-Fi percuma) (Tokyo)

Shinagawa Oimachi - Gambar Airbnb
Shinagawa Oimachi - Gambar Airbnb

8) [Shinagawa Oimachi] Akses yang baik ke lapangan terbang dan Shinkansen! Hotel pereka bergaya yang sesuai untuk urusan perniagaan dan perjalanan (Tokyo)

Untuk merealisasikan fantasi zaman kanak-kanak

MANGA design - Gambar Airbnb
MANGA design - Gambar Airbnb

9) Reka bentuk MANGA, sebanyak komik yang anda boleh baca, 1 katil, termasuk makanan ringan percuma, WIFI percuma [Hotel Tavinos Kyoto] (Kyoto)

Tida House - Gambar Airbnb
Tida House - Gambar Airbnb

10) Rumah bandela jerami buatan tangan Tida House (Hokkaido)

Jadi bagaimana? Daripada 10 penginapan yang tersenarai di atas, pasti ada yang memikat hati. Jika tiket sudah berada di tangan, cepat-cepatlah buat tempahan. Realisasikan percutian musim sejuk idaman hati anda! - Getaran, 25 Disember 2022

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

3

Gaya 1 bulan yang lalu

'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pempengaruh Jepun, Navito Ajak Pengikut Lepak Makan Di Kuala Lumpur

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA