Berita Terkini

12 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cuti-Cuti Malaysia Dan Rebut Hadiah Bernilai RM100,000

Tahun ini, perjalanan atau percutian anda pasti lebih menyeronokkan sepanjang musim cuti ini. Sebabnya, McDonald’s Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia menikmati perjalanan dengan kempen Jalan-Jalan McD untuk pengalaman percutian yang unik di Semenanjung Malaysia.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 6:09PM

Rakyat Malaysia berpeluang meneroka tapak bersejarah di Melaka, menikmati pemandangan indah di Cameron Highlands atau pemandangan laut di lebuhraya di Pantai Timur menerusi kempen Jalan-Jalan McD. - Gambar dari McDonald’s

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuti sekolah hujung tahun merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh ramai ibu bapa untuk merancang sebuah perjalanan yang menyeronokkan bagi seisi keluarga. Selain memilih destinasi luar negara, ramai juga yang lebih senang mengembara di dalam negara dek terikat dengan komitmen kerja dan juga bajet yang ketat. 

Tahun ini, perjalanan atau percutian anda pasti lebih menyeronokkan sepanjang musim cuti ini. Sebabnya, McDonald’s Malaysia mengajak seluruh rakyat Malaysia menikmati perjalanan dengan kempen Jalan-Jalan McD untuk pengalaman percutian yang unik di Semenanjung Malaysia.

Mulai 10 Disember 2022 hingga 31 Disember 2022, kempen ini menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk meneroka tapak bersejarah di Melaka, menikmati pemandangan indah di Cameron Highlands atau pemandangan laut di lebuhraya di Pantai Timur, semuanya sambil menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka!

Kempen ini baharu sahaja dilancarkan di restoran pandu-lalu McDonald’s Titiwangsa. Kempen Jalan-Jalan McD merupakan sebahagian daripada Karnival Pandu-Lalu McDonald’s yang bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mencipta memori indah melalui perjalanan percutian akhir tahun yang menyeronokkan.

Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, walau ke mana jua rakyat Malaysia berjalan sepanjang musim percutian ini, mereka pasti akan menemui restoran McDonald’s berdekatan mereka. 

 Kempen Jalan-Jalan McD bermula pada 10 Disember lalu dan akan berakhir hujung bulan ini.
Kempen Jalan-Jalan McD bermula pada 10 Disember lalu dan akan berakhir hujung bulan ini.

“Tidak kiralah di bandar, ketika menikmati pemandangan di tepian pantai, atau melawat pekan-pekan kecil di seluruh pelosok negara, anda tahu McDonald’s sentiasa ada, di mana sahaja anda pergi.

“Sebagai jenama pandu-lalu yang paling mudah didapati dan boleh dipercayai, kami sangat berbesar hati membawa pengalaman Jalan-Jalan McD kepada rakyat Malaysia, bagi membolehkan mereka mencipta memori indah dengan orang-orang tersayang ke mana sahaja mereka pergi di negara ini.

‘Jalan-Jalan McD Challenge’, merupakan cabaran perjalanan di atas jalan raya sejauh 2,500 km untuk melawat 20 restoran pandu lalu McDonald’s paling ikonik di seluruh Malaysia,” katanya. 

Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000.
Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000.

Sebagai sebahagian daripada cabaran ini, pelanggan perlu membuat pembelian hidangan istimewa Jalan-Jalan McD  melalui ‘Oder & Collect’ di aplikasi McDonald’s untuk menerima Pasport Jalan-Jalan McD di mana-mana 20 restoran pandu-lalu McDonald’s yang terlibat.

Sepuluh peserta pertama melengkapkan ‘Jalan-Jalan McD Challenge’ berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000.

Selain mengumpul cop di restoran pandu-lalu McDonald’s yang terpilih, McDonald’s juga memberi peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah dengan menghantar video perjalanan mereka. Video dengan tanda ‘suka’ paling banyak di media sosial akan dipilih sebagai pemenang.

Selain ‘Jalan-Jalan McD Challenge’ dan peraduan TravelVlog, McDonald’s juga ingin memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang memenangi hadiah melalui cara lain seperti pertandingan Jalan-Jalan McD Cop & Menang. Peserta hanya perlu mengumpul lima cop dari mana-mana restoran pandu-lalu McDonald’s di Malaysia untuk memenangi satu baucar, yang membolehkan pelanggan menebus satu menu percuma. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Jalan-Jalan McD dan mekanisme untuk peraduan yang dijalankan, sila layari laman web McDonald's - Getaran, 17 Disember 2022

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi