Berita Terkini

2 hari yang lalu: Lebih 10,000 unit Residensi MADANI dan Wilayah disasar dibangunkan di Putrajaya bermula tahun ini - Dr Zaliha 2 hari yang lalu: Kerajaan teliti secara terperinci sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026- PM 2 minggu yang lalu: Kadar zakat fitrah bagi Terengganu ditetapkan RM10, RM22 seorang tahun ini - MAIDAM 2 minggu yang lalu: Zakat fitrah bagi negeri Sabah ditetapkan RM7.50 seorang tahun ini - MUIS 2 minggu yang lalu: Sebuah helikopter terhempas di Kuala Selangor pagi tadi - APMM

IKUTI KAMI


Ulasan Filem: Madi Dan Spark, Cuba Selesaikan Dendam Dan Perhitungan Lama Dalam Rempt-It 2 

Adrenalin juga mengalir deras apabila filem ini menonjolkan perlumbaan-perlumbaan sebenar di litar dengan insiden-insiden kemalangan yang kelihatan cukup real.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 8:23PM

Madi (lakonan Farid) bersama Roy (Ahirine) iaitu pemilik pusat latihan motorsikal. - Gambar ihsan FKX Filem

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Madi Is Back. Ya! Watak Mat Rempit dalam filem Remp-It yang pernah mencetuskan fenomena dalam industri perfileman tempatan ini pada tahun 2006 ini kembali semula dengan sekuel Remp-It 2. 

Ia memang sebuah filem yang ditunggu-tunggu oleh kaki-kaki motor dan khususnya penggemar watak Madi sendiri.  

Farid akui sendiri bahawa dia seringkali diajukan soalan tentang bila Remp-It akan muncul dengan sekuel baharunya. 

Farid Kamil
Farid Kamil

Akhirnya, selepas 16 tahun, Madi kembali semula dan impian Farid untuk menerbit dan mengarahkan filem yang dibintangi ini sendiri juga tertunai dan menjadi kenyataan kerana filem terdahulu, Rempt-It sebetulnya adalah naskah skrip karyanya sendiri. 

Madi dicabar untuk berlumba di jalan raya.
Madi dicabar untuk berlumba di jalan raya.

Sepanjang 16 tahun, bermacam perkara yang berlaku dalam dunia permotoran sama ada di kalangan mat-mat rempit yang berlumba haram mahu pun yang menjadikan lumba motor sebagai kegiatan profesional. 

Bahkan, perlawanan Malaysian Cub Prix juga turut mengalami evolusinya apabila beberapa kategori turut diperkenalkan. 

Perlumbaan di litar.
Perlumbaan di litar.

Maka, Rempt-It 2 juga turut melalui proses kematangan melalui garapan dan jalan ceritanya serta watak-watak asal yang dikembangkan, selain watak-watak baharu yang diperkenalkan. 

Ia merupakan satu kesinambungan yang daripada kehidupan Madi, 16 tahun selepas kejadian yang menimpanya dengan Spark dahulu (jika anda masih ingat lagi). 

Madi berlatih dengan Roy.
Madi berlatih dengan Roy.

Namun, Madi sekarang tidak lagi merempit. Madi sudah insaf dan sudah bekerja sebagai jurulatih di sebuah bengkel latihan motorsikal milik Roy (Ahirine Ahiruddin) dan mengusahakan bengkel bersama Macha (Cat Farish). 

Seperti mana perjalanan kisah hidup Farid sendiri yang telah berkeluarga sekarang ini, Madi juga menempuh perkara yang sama apabila munculnya seorang kanak-kanak bernama Muhamad yang mengaku sebagai anaknya. 

Kehadiran Muhamad dianggap sebagai beban kepada Madi.
Kehadiran Muhamad dianggap sebagai beban kepada Madi.

Kehadiran Muhamad merupakan satu beban buat Madi dan pada masa yang sama Spark kembali untuk membalas dendam. 

Ya, jalan ceritanya memang sudah dapat dijangka atau diduga tetapi ia tetap punya kelainan dan menghiburkan terutama bagi mereka yang menggemari atau menggilai dunia permotoran. 

Apatah lagi bila Farid cuba mengetengahkan pelbagai kategori motorsikal daripada yang biasa seperti Y15, RS, RXZ, 12Z sehinggalah motorcross, cub prix dan superbike.

Adrenalin juga mengalir deras apabila filem ini menonjolkan perlumbaan-perlumbaan sebenar di litar dengan insiden-insiden kemalangan yang kelihatan cukup real. 

Bahkan, kelibat-kelibat lagenda sukan permotoran di Malaysia yang turut ditampilkan di dalam filem ini juga menambahkan keterujaan. 

Madi menjadi jurulatih di sebuah bengkel latihan motorsikal.
Madi menjadi jurulatih di sebuah bengkel latihan motorsikal.

Dan, melihat Madi diacah-acah golongan Mat Rempt yang baru hendak up daripada Ajak (Farez Ridwan) dan Deqwan (Izzue Islam) juga sangat menarik. 

Sebetulnya, filem ini betul-betul memuncak adalah pada bahagian keduanya. Kemunculan Muhamad yang dijayakan anak Farid Kamil sendiri iaitu Muhammad Kamil mencetuskan sayu. 

Sebagai pelakon cilik baharu, apalah yang dia tahu sangat tentang  dunia akting. Namun, lakonannya jujur dan berjaya menyakinkan bahawa dia adalah seorang pelakon dan bukan anak Farid Kamil. 

Niezam Zaidi menggantikan tempat Zul Huzaimy sebagai Spark. Awalnya kita tertanya apakah Niezam mampu atasi kehebatan Zul Huzaimy. Ternyata, Niezam adalah seorang pelakon yang berkarakter. 

Niezam Zaidi
Niezam Zaidi

Menontonnya sebagai Spark di dalam filem ini adalah satu kepuasan. Dia memberikan satu level lakonan yang berbeza. Dia adalah antara pelakon yang patut diketengahkan dalam banyak filem lagi pada masa hadapan. 

Dengan apa yang dilalui Farid dengan perjuangan kehidupan peribadinya sendiri, dia berjaya menterjemahkan lapisan-lapisan emosi Madi dalam filem ini yang sentiasa diulit dan dibebani dengan kisah lampau, kepayahan untuk berubah dan berdepan dengan dendam Spark yang tidak sudah-sudah. 

Apapun, masih terdapat beberapa kelonggaran di sana sini yang boleh diperbaiki tetapi ia tidaklah sampai mencacatkan garapan filem ini. Ia masih mudah difahami. 

Cuma, mungkin dialog filem juga boleh dicantikkan lagi untuk membantu garapan dan penyampaian filem ini menjadi lebih kemas lagi. Begitu juga dengan aspek lakonan. 

Yang pastinya, Remp-It 2 bukan sekadar filem tentang elemen motorsikal dan lasaknya perlumbaan di litar atau jalan raya semata-mata, tetapi sebuah filem yang juga punya emosi melalui elemen persahabatan dan kekeluargaan yang diterapkan. - Getaran, 26 November 2022 

Rating 3 Getar





 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Sorotan

1

Cloud KBS Digodam, Hannah Sahkan Tiada Ketirisan Data

2

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 5 Hakim

3

Kebakaran Hutan Di Bukit Broga Berjaya Dipadamkan

4

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

5

Putin Dahului Pilihan Raya Presiden Rusia

6

Cukai Perkhidmatan: Tiada Kenaikan Tambang Feri, Penginapan Di Marina Island

7

Syarat Hamas Dalam Cadangan Gencatan Senjata Di Gaza, Realistik