web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terima Kasih Sabak Bernam - Eizlan Yusof Pasrah Terima Keputusan PRU-15 

Kata Eizlan, dia sudah berusaha dengan kapasiti yang ada dan sangat menghormati keputusan dibuat warga Sabak Bernam.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 8:00PM

Eizlan Yusof berterima kasih kepada warga Sabak Bernam atas layanan yang cukup sempurna, selesa dan harmoni walau pun berbeza parti politik - Gambar Instagram Eizlan Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya tak ‘ambil hati’, walaupun gagal di Sabak Bernam,” kata pengarah dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 51. 

Eizlan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekalahannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam. 

Mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) yang menggunakan logo Pejuang, Eizlan tewas di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Kalam Salam yang meraih 17,973 undi sekali gus menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Warga Sabak Bernam sudah pun membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam. 

“Saya sudah berusaha dengan kapasiti yang ada dan sangat menghormati keputusan dibuat mereka,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada warga Sabak Bernam atas layanan yang cukup sempurna, selesa dan harmoni walau pun berbeza parti politik dan pendapat selama dua minggu ‘berkampung’ di sini.

Eizlan turut menitipkan pesan kepada wakil rakyat yang telah dipilih agar jangan sia-siakan kepercayaan diberikan mereka kerana ini adalah peluang untuk mereka bekerja untuk rakyat, bukan sebaliknya. – Getaran, 20 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

10 bulan yang lalu

Pelajar Kritikal Jatuh Bangunan: Siasatan KPM Ambil Kira Segenap Aspek

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Disyaki Jadi Mangsa Buli, Pelajar Tingkatan 3 Kritikal

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kereta Terbabas, Mayat Anggota Tentera Laut Ditemukan Dalam Parit

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari