web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kawal Kos Sara Hidup Anda Dengan Tabiat Harian Yang Mudah

Suka atau tidak, inflasi akan tetap berlaku. Jadi anda harus siap sedia untuk menghadapi cabaran ekonomi ini dan ambil langkah bijak untuk mengurangkan kos sara hidup.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 3:00PM

Kawal kos sara hidup dengan amalan berjimat cermat. - Gambar hiasan dari Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak akhir-akhir ini isu kenaikan harga barangan keperluan harian terutamanya barangan dapur bagaikan tidak berpenghujung. 

Lepas satu, satu barangan mentah yang melonjak baik. Paling mengundang kemarahan ramai apabila harga ayam mentah dan telur ayam naik mendadak dengan alasan berlaku peningkatan kos dalam perusahaan makanan itu. Sudahlah begitu, stok kedua-dua makanan ini juga berhadapan masalah.

Peningkatan kos sara hidup adalah disebabkan inflasi dan situasi ini menjadi semakin mencabar berikutan pandemik COVID-19 telah menjejaskan kualiti hidup seharian kita semua. 

Gambar AFP
Gambar AFP

Kadar inflasi yang sederhana adalah wajar kerana ia adalah keadaan ekonomi semula jadi yang menyaksikan kenaikan keseluruhan harga barang dan perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, inflasi yang tinggi boleh menjejaskan prestasi jangka panjang sesebuah ekonomi lalu menimbulkan pelbagai masalah yang membimbangkan seperti peningkatan kos sara hidup.

Tahun ini, kita telah menyaksikan peningkatan kadar inflasi yang tinggi dan kenaikan harga dijangka berterusan sehingga tahun depan pada kadar inflasi yang diramalkan antara 2.8 peratus dan 3.3 peratus. 

Tempoh kenaikan harga dan kadar peningkatan inflasi sukar diramal dan fenomena ini akan terus menjejaskan kuasa membeli. Oleh itu, adalah lebih baik berbelanja secara berhemah sambil menangguhkan perbelanjaan lain seperti hiburan dan percutian.

Untuk melalui ‘saat-saat suram’ ini, kita perlu mengambil langkah bijak dengan merancang belanjawan untuk isi rumah. Tetapi janganlah terlalu drastik atau kedekut sehingga menjejaskan kualiti hidup. Sudah terlalu banyak yang kita hadapi sebelum ini. 

Berikut adalah beberapa tabiat harian yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan harian bagi  membantu menangani kenaikan harga akibat inflasi.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

1. Buat senarai barangan dapur yang diperlukan sebelum membuat pembelian

Memasak di rumah adalah salah satu cara untuk menjimatkan kos perbelanjaan harian. Lebih-lebih lagi jika ada mempunyai isi rumah yang ramai. Anda boleh merancang menu mingguan untuk penjimatan masa dan wang yang lebih efisien kerana perancangan menu makanan dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. 

Jadi sebelum membuat pembelian, senaraikan barangan yang diperlukan supaya tidak terlebih berbelanja. Bagi yang bujang dan menyewa rumah bersama rakan, anda boleh merancang untuk berkongsi barangan dapur yang dibeli supaya tidak berlaku pembaziran.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

2. Jimatkan tenaga elektrik dengan amalan mudah

Amalan mudah seperti mematikan suis dan mencabut plug peralatan rumah yang tidak digunakan mampu menghasilkan perubahan yang ketara pada bil elektrik anda! Untuk penjimatan tenaga yang lebih, anda boleh tukar peralatan lama ke peralatan baharu yang diperakui ‘Energy-Star’. 

Cuma cara ini memerlukan kos permulaan yang agak tinggi untuk membeli peralatan baharu. Tetapi untuk tempoh jangka panjang, anda dapat melakukan penjimatan elektrik yang banyak, malah mengurangkan jejak karbon isi rumah. Sebagai langkah permulaan, jadikan amalan tutup atau matikan suis lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan sebagai kebiasaan.

Gambar ihsan Waterco
Gambar ihsan Waterco

3. Pasang penapis air untuk rumah anda

Pemasangan sistem penapisan air di rumah bukan sekadar mengalirkan air yang bersih melalui paip, ia turut mendatangkan banyak lagi manfaat. 

Pengguna dapat menikmati banyak penjimatan apabila penapis air ‘point-of-entry’ (POE) dipasang di rumah kerana penapis air jenis ini dapat mengurangkan pembaziran air dan penggunaan tenaga elektrik. 

Pengurus Pembangunan Perniagaan Waterco Malaysia, Koo Zao Cheong menjelaskan, penapis air POE (juga dikenali sebagai penapis air seluruh rumah) bertindak sebagai sistem penapisan pusat untuk seluruh rumah yang memastikan air yang mengalir ke setiap paip di rumah kekal bersih.

“Penapis air POE dipasang di sumber air utama di sesuatu rumah. Apabila air mengalir melalui penapis air POE, ia dibersihkan dan dipam ke semua titik pendispensan air di rumah untuk kegunaan harian. 

“Penggunaan penapis ini dapat menyediakan air yang bersih dan bebas daripada sedimen seperti habuk, pasir, kotoran dan bahan pencemar yang boleh terkumpul di dalam peralatan rumah seperti mesin basuh. 

“Oleh itu, penggunaan penapis air jenis ini amat penting untuk memanjangkan jangka hayat peralatan rumah sambil mengekalkan kecekapan penggunaan tenaga elektrik di rumah anda,” ujar beliau.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

4. Kurangkan kos pengangkutan dan jejak karbon anda

Cadangan yang satu ini mungkin ada yang kurang setuju memandangkan sistem pengangkutan awam kita masih belum mencapai tahap cemerlang. Insiden gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya baru-baru ini mengundang kemarahan ramai. 

Namun, menggunakan pengangkutan awam adalah lebih menjimatkan berbanding penggunaan kenderaan sendiri yang memerlukan perbelanjaan untuk petrol, parkir kenderaan, dan juga penyelenggaraan berkala. 

Dengan pengangkutan awam, ia juga dapat mengelakkan tekanan akibat kesesakan lalu lintas, terutamanya pada waktu puncak.  Jika anda merancang untuk ke tempat yang tiada akses kepada pengangkutan awam, anda boleh berkongsi kereta (carpool) bersama rakan-rakan lalu membahagikan kos petrol dan tol sesama sendiri. 

Kesimpulannya, inflasi memang tidak dapat dielakkan, namun dengan perubahan kecil dalam tabiat harian, anda mampu mengurangkan kos sara hidup tanpa menjejaskan kualiti hidup malah menjadikannya lebih baik! - Getaran, 18 November 2022 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh