web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan empat tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 5:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Let Him Go

Let Him Go ialah filem neo-barat Amerika yang menemui penonton pada 2020 lalu. Filem yang ditayangkan di Netflix ini menampilkan Diane Lane dan Kevin Costner sebagai teraju utama. 

Diarahkan, ditulis dan diterbitkan bersama Thomas Bezucha, Let Him Go merupakan filem adaptasi novel 2013 dengan nama yang sama oleh Larry Watson. 

Ini adalah filem kekeluargaan. Mengisahkan tentang seorang sheriff yang telah bersara (Costner) dan isterinya (Lane) yang cuba menyelamatkan cucu mereka daripada keluarga tirinya yang berbahaya, jauh daripada masyarakat. 

Saksikan bagaimana seorang datuk dan nenek yang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan darah-daging dan juga bekas menantu yang hidup dalam ketakutan. 

Biarpun tiada upaya untuk melawan secara fizikal, pasangan ini tetap cekal sehinggalah salah seorang daripada mereka akhirnya terkorban. Let Him Go turut dibintangi Lesley Manville, Kayli Carter, Will Brittain, dan Jeffrey Donovan. – Rahayu MN 

 

Vikram

 

Sebuah filem aksi thriller berkisahkan tentang seorang anggota bekas komander skuad, bernama Vikram (lakonan hero lagenda Kamal Hassan) yang mahu membalas dendam atas kematian anaknya.

Film ini menceritakan tentang kehidupan bekas agent Vikram yang tenang sebagai ayah angkat kepada anggota polis, ACP Prabhanjan (lakonan Kalidas Jayaram). Namun, dunianya hancur apabila putera kesayangannya meninggal secara tiba-tiba.

Apa yang mengejutkan, Vikram turut dibunuh sekumpulan pengawal bertopeng setelah kematian anaknya Prabhanjan. Bagi menyiasat kematian mengejut anak-beranak tersebut, ketua pasukan black-ops, Amar telah dipanggil oleh Ketua Polis Jose untuk mendapatkan keadilan.

Sepanjang siasatan ejen Amar, pelbagai kejutan dan plot twist menanti pengemar filem berkualiti dari pelakon legend Kamal Haasan ini.

Filem thriller aksi ini ditulis dan diarahkan olen Lokesh Kanagaraj manakala Raaj Kamal Films International pula selaku penerbit. Selain Kamal, Vikram turut dibintangi oleh Vijay Sethupathi, Fahadh Faasil, Kalidas Jayaram, Narain dan Chemban Vinod Jose. Lebih istimewa, pelakon hebat Suriya juga muncul sebagai penampilan khas.

Filem terhebat Kollywood ini ditayangkan di pawagam 3 Jun lalu. Kini ia boleh ditonton menerusi saluran Amazon Prime. – Rubini Nagarajah

 

‘Mr Midnight - Beware the Monsters’

Siri 13 episod yang ditayangkan di Netflix ini adalah sebuah adaptasi dari karya popular tulisan James Lee, Mr. Midnight. 

Diterbitkan di Singapura, siri ini dibintangi barisan  pelakon dari Malaysia (Idan Aedan), Singapura (Lim Yu-Beng, Chen Yixin, Shafiqhah Efandi dan Firdaus Rahman) dan Indonesia (Adinia Wirasti dan Maxime Bouttier). 

Berlatarbelakangkan kota dongeng Tanah Merah, sekumpulan remaja perlu menyelesaikan pelbagai misteri paranormal yang melanda bandar tempat tinggal kesayangan mereka. 

Siri ini tidak mempunyai nilai produksi bak filem atau siri seram Korea Selatan mahupun Hollywood tetapi ia tetap seronok untuk ditonton kerana ia sangat ringan, sesuai untuk ditonton seisi keluarga.  - Ili Farhana

 

The Way of the Hot & Spicy

Bagi mereka yang bekerja di dalam bidang penjualan dan pemasaran barang, anda harus menonton Jdrama ini. 

Mengandungi 13 episod, drama ini mengisahkan bahawa seorang jurujual menguasai pelanggan-pelanggannya menerusi hidangan makanan yang pedas. 

Ia mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Sarukawa Kenta iaitu kakitangan jualan dan pemasaran di sebuah syarikat minuman di Osaka yang kemudian telah dipindahkan ke Tokyo. 

Di tempat baharu itu, dia telah berhadapan dengan kesulitan untuk menyakinkan pelanggan-pelangganya tentang produk minuman keluaran syarikat tempatnya bekerja. Rakan-rakan sekerjanya pula enggan membantu. 

Ketuanya, Tanioka Kazuhiko menasihatinya supaya sentiasa cuba untuk menikmati hidangan masakan pedas jika mahu berjaya dalam kerjayanya. Awalnya, Sakurawa tidak mengerti tentang arahan ketuanya itu. 

Namun, apabila mencuba setiap hidangan pedas, daripada mapo tofu, ghost peppers dan rempah cayenne, barulah dia mengerti bahawa tahap kesulitan pelanggan juga sama seperti tahap kepedasan makanan yang dinikmatinya itu. 

Dibintangi Akito Kiriyama, Reia Nakamura, Riza Izumi, Kenro Morita, Yasuyuki Maekawa dan Mitsuri Hirata, saksikan drama komedi yang underrated ini menerusi Netflix. – Ellyna Ali  - Getaran, 20 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh