Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Gandingan Nespresso Dan Pembuat Coklat Terkenal Dunia, Pierre Hermé

Kerjasama kopi edisi terhad ini dibina berdasarkan latar belakang luas Pierre Hermé sebagai pakar perisa yang banyak menghasilkan koleksi yang menambat selera.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2022 6:00PM

Nespresso mempersembahkan sesuatu yang istimewa hasil kolaborasinya bersama chef pastri dan pembuat coklat terkenal dunia, Pierre Hermé. - Gambar Nespresso

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena musim perayaan di penghujung tahun ini, Nespresso mempersembahkan sesuatu yang istimewa hasil kolaborasinya bersama chef pastri dan pembuat coklat terkenal dunia, Pierre Hermé. 

Gandingan ini menghasilkan koleksi kapsul kopi yang menandakan permulaan musim perayaan yang dinanti-nantikan. Kapsul eksklusif ini meraikan cita rasa dan kenikmatan tinggi, membuatkan ia cara terbaik bagi penghayatan rasa dan selera.

Kerjasama kopi edisi terhad ini dibina berdasarkan latar belakang luas Pierre Hermé sebagai pakar perisa, yang banyak menghasilkan koleksi yang menambat selera sambil meningkatkan kegembiraan bersama keluarga dan rakan-taulan. 

Buat pencinta kopi, inilah cara terbaik untuk meluangkan masa bersama rakan dan keluarga, berjumpa sambil menikmati kejutan yang tidak dijangka. 

Kegembiraan menikmati setiap hirupan kopi baharu yang disulam dengan gelak tawa dan pelbagai perkongsian cerita pasti tidak meninggalkan kenangan manis yang kekal dalam ingatan. 

Pierre Hermé - Gambar oleh Thomas Laisne
Pierre Hermé - Gambar oleh Thomas Laisne

Bercerita tentang Pierre Hermé, pasti anda tahu pastri Pierre Hermé berada di puncak reka bentuk avant-garde, teknik mahir dan berperisa tinggi. 

Pengalaman selama berdekad bermula sebagai perintis pada usia 14 tahun untuk Gaston Lenôtre, yang dianggap sebagai bapa pastri moden, berjaya menobatkan Pierre Hermé dengan gelaran berprestij Chef Pastri Terbaik Dunia pada tahun 2016. 

Dengan butik dan kafe yang membawa nama beliau ke seluruh dunia, kreativiti dan kecanggihan Pierre Hermé dalam bidang gastronomi tiada tandingannya.

 Imaginasi modennya yang terkenal serta teknik dalam menghasilkan kopi terbaik untuk selera yang paling cerewet! Penggemar makanan akan seronok menikmati rasa kopi yang kompleks sambil bergembira dengan kemudahan menghasilkan secawan kopi lazat ini sendiri, semuanya dalam keselesaan di rumah.

Koleksi kerjasama ini terdiri daripada kapsul kopi yang lazat dan pemberian hadiah Nespresso untuk yang tersayang dan kenalan bagi melengkapkan musim perayaan. 

Infiniment Espresso adalah hasil gandingan Nespresso dan Pembuat Coklat Terkemuka Dunia, Pierre Herme. - Gambar ihsan Nespresso
Infiniment Espresso adalah hasil gandingan Nespresso dan Pembuat Coklat Terkemuka Dunia, Pierre Herme. - Gambar ihsan Nespresso

Tawarannya bermula dengan Infiniment Espresso, kopi asal tunggal hitam dari Colombia yang diperoleh dari wilayah pembekalan baharu Tolima, di mana kebanyakan petani menggunakan kaedah semula jadi dan mengutamakan pertanian berimpak rendah.  

Biji kopi Arabica mekar dengan buah merah menyala dan menampakkan biji kopi yang licin, menyatakan kehebatan rasa yang mengagumkan dan meninggal rasa yang elegan di dalam mulut, menandakan seni rasa bagi mereka yang gemarkannya.

Gambar ihsan Nespresso
Gambar ihsan Nespresso

Tawaran Espresso juga termasuk dua kopi berperisa: Infiniment Gourmand Saveur Noisette dan Infiniment Fruité Saveur Framboise. 

Dihasilkan daripada biji kopi Arabika Amerika Selatan yang manis lembut, Infiniment Gourmand Saveur Noisette bermula dengan aroma hazelnut panggang diikuti dengan catatan rasa yang manis seperti biscotti badam dan vanila. 

Infiniment Fruité Saveur Framboise yang menyegarkan menonjolkan aroma bijirin yang berganding dengan rasa raspberi yang memikat. Kedua-dua ini memberi pengalaman pastri berinspirasi melalui citarasa kompleks yang sering dikaitkan dengan pastri Pierre Hermé.

Macchiato Lime & Mint antara perisa yang boleh disediakan sendiri di rumah. - Gambar ihsan Nespresso
Macchiato Lime & Mint antara perisa yang boleh disediakan sendiri di rumah. - Gambar ihsan Nespresso

Meraikan keseronokan dan kenikmatan, Nespresso mengambil inspirasi daripada dunia Pierre Hermé dan memperkenalkan beberapa resipi kopi yang memaksimumkan aroma lazat kopi edisi terhad, iaitu Espresso Macchiato Lime & Basil Facon Crème Brûlée, Roasted Hazelnut Latte Macchiato, dan Raspberry & Rose Mocktail. Anda boleh dapatkan semua resipi di pautan ini, www.nespresso.com/my/en/festive.

Advent Calendar - Gambar ihsan Nespresso
Advent Calendar - Gambar ihsan Nespresso

Melengkapkan koleksi perayaan dalam ‘Advent Calendar’ musim ini adalah 24 jenis kopi dan hadiah kejutan. ‘Advent Calendar’ yang boleh dijadikan hadiah mengandungi tiga ciptaan bersama kopi Nespresso | Pierre Hermé serta pilihan kegemaran daripada rangkaian tetap Nespresso, menawarkan kopi yang berbeza sebagai kejutan yang menggembirakan untuk musim perayaan ini, semuanya disajikan dalam kotak indah yang direka supaya boleh diguna semula. 

Nomad Travel Mug dalam warna Raspberi, melengkapi koleksi ini, supaya perisa hebat daripada kesenian pastri haute ini boleh dinikmati pada bila-bila masa, walau di mana jua anda berada. 

Dengan hanya satu sentuhan butang pada mesin kopi Nespresso (Nespresso Atelier atau Nespresso Essenza Mini) penggemar kopi boleh menikmati saat yang sempurna dan menenangkan dengan kopi Nespresso pada musim cuti akhir tahun ini. - Getaran, 19 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Buah Tangan Untuk Kenalan dan Sanak Saudara

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart