Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Buah Tangan Untuk Kenalan dan Sanak Saudara

Selain sibuk mencari baju raya dan biskut raya, mungkin ada yang mencari-cari buah tangan untuk dijadikan ole-ole sepanjang musim Ramadan raya ini. Berikut beberapa pilihan yang mungkin berkenan di hati.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 2:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan hampir tiba ke penghujungnya. Syawal yang dinanti kini hampir tiba. Pasti ramai di antara kita yang sedang rancak membuat persiapan untuk menyambut hari kemenangan ini. Maklumlah sudah dua tahun berturut-turut kita semua tidak dapat meraikan hari raya dengan sanak-saudara dan pulang ke kampung halaman. 

Jadi, tahun ini pasti sambutannya meriah. Selain sibuk mencari baju raya dan biskut raya, mungkin ada di antara anda yang sedang mencari-cari buah tangan untuk dijadikan ole-ole sepanjang musim Ramadan raya ini. Berikut beberapa pilihan yang mungkin berkenan di hati.

1)  Elevete Patisserie

Elevete Patisserie sekali lagi mempersembahkan koleksi hari raya istimewa yang boleh ditempah sehingga 4 Jun 2022 ini secara eksklusif di laman web Elevete. Koleksi eksklusif ini bukan sahaja sesuai untuk sambutan Aidilfitri, tetapi juga ideal untuk sepanjang Ramadan ini.

Bermula dengan matlamat utama untuk menghasilkan macaron yang paling dicari, chef telah menghasilkan Fatcaron Aidilfitri bermusim yang menjadi ikon koleksi raya mereka. Diinspirasikan daripada pemanis mulut raya yang popular iaitu perisa sagu gula melaka, pulut tai tai dan sirap bandung yang memikat selera. Perisa serba baharu ini akan ditambah kepada koleksi fatcaron kekal Elevete untuk anda bawa pulang ke rumah pada Raya ini.

Selain Fatcaron, ada banyak lagi pilihan yang menanti di Elevete Patisserie. Ada pelbagai jenis kek dan biskut yang memikat selera. Menjenguk ke laman web mereka, pasti anda terpesona dengan buah tangan yang berwarna-warni ini. Malah, perisa yang ditampilkan juga cukup istimewa. Ada macaron bunga kantan! Rasanya memang sedap. Terdapat sembilan pilihan buah tangan yang boleh dipilih. Antaranya ialah Meriah Treasure, Roulade Rasa Sayang, Aneka Aidilfitri, dan Bunga Telang Bar.

2) Darlings Honey

Madu adalah salah satu makanan yang disyurga. Siapa yang tidak tahu tentang kehebatan makanan super ini? Pasti anda tahu dan maklum tentang kehebatan madu kepada tubuh badan. Baik untuk kesihatan mahupun tubuh badan. Jadi, menjadikan madu sebagai ole-ole Ramadan raya juga adalah idea yang baik. Lebih-lebih lagi jika anda ingin menghadiahkannya kepada kedua ibu-bapa.

Antara kelebihan pengambilan madu ialah, apabila diambil sejurus selepas berbuka puasa, ia perlahan-lahan melapisi dinding usus dengan enzim hidup semula jadi dan nutrien yang sarat dengan faedah kesihatan. Mengambil madu untuk bersahur juga merupakan cara yang baik untuk memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari.

Jika anda mencari ‘hadiah madu’ bolehlah dapatkan koleksi madu daripada Darlings Honey. Sempena Ramadan ini, jenama ini telah melancarkan perisa edisi terhad iaitu madu lebah tanpa penyengat perisa Durian Musang King yang pertama di Malaysia. Madu keluaran jenama ini adalah 100% tulen, asli, mentah dan organik. Ia mempunyai pemprosesan 0%, dibotolkan tanpa sebarang bahan tambahan, pewarna tiruan, perasa, pemanis atau pengawet – Forest-to-Bottle kepada anda.

3) Kopi daripada Nespresso 

Jika ada ahli keluarga dan kenalan anda merupakan pencinta kopi, koleksi World Explorations Coffee daripada Nespresso ini cukup sempurna untuk dijadikan buah tangan. Rasanya yang memikat selera membawa anda terbang mengembara ke seluruh dunia dalam secawan kopi. Ada Miami Espresso, Rio De Janeiro Espresso, Paris Espresso dan Istanbul Espresso.

Koleksi Nespresso World Explorations memanfaatkan kepakaran kopinya dalam mengadun dan memanggang, untuk menghasilkan kualiti kopi unggul yang memikat selera. Koleksi edisi terhad ini dijual pada harga di antara RM24.50 ke RM59.00 dan ia boleh didapati secara dalam talian di laman web Nespresso.

Jika memerlukan mesin kopi, anda juga boleh dapatkan koleksi mesin kopi daripada jenama ini. Setiap mesin kopi punya ciri-ciri tertentu, mengikut gaya pengambilan kopi setiap individu. Sempena meraikan Syawal kali ini, Nespresso mempromosi mesin kopi Lattissima Touch dan Creatista Plus yang menawarkan kit permulaan percuma bernilai RM400. Jadi, tunggu apa lagi? Rebutlah peluang ini untuk menggembirakan yang tersayang. - Getaran, 25 April 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Gandingan Nespresso Dan Pembuat Coklat Terkenal Dunia, Pierre Hermé

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY

Jelajah 3 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

Diiktiraf sebagai pertunjukan lampu hiasan terbesar di Malaysia, Luna Lights Wonderland meneruskan siri jelajah dan kini tiba di Terengganu 

oleh Wartawan Getaran