Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Levi’s Ramadan 2021: Kita Diciptakan Luar Biasa!

Menempuhi Ramadan dengan sabar dan raikan Raya dengan semangat norma baharu bersama Levi's.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 8:50AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kala kita menyambut bulan Ramadan dalam keadaan yang suram ini, luangkan masa seketika untuk berfikir sejenak dan raikannya dengan semangat terhadap pembaharuan yang mendatang. 

Utamakan perkara yang penting. Berhubung semula dengan mereka yang berada di sekitar kita. Di samping, meraikan kepelbagaian individualiti di musim perayaan ini, setiap manusia dicipta unik dan luar biasa. Anda lahir untuk melakukan perkara-perkara yang mengagumkan. 

Ramadan ini bakal menjadi bulan yang sangat istimewa, di mana kita meneruskan norma baharu dalam kehidupan untuk kesejahteraan bersama.

“Ini peluang tepat untuk melihat ke dalam diri kita dan memberi perhatian terhadap mereka yang berada di sekeliling kita seperti ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, insan tersayang serta insan yang kurang bernasib baik.”

“Levi's percaya pada usaha ke arah perubahan positif. Justeru menyerlahkan lagi bagaimana ungkapan gembira, kehangatan serta hubungan antara keluarga dan rakan-rakan pada musim perayaan ini berupaya mewujudkan rasa hormat dan penerimaan. Terutamanya dalam meraikan perbezaan sesama kita,” ucap Imran Butt, Pengurus Levi Strauss Malaysia. 

Sebagai tanda hormat kepada musim perayaan yang girang ini, kempen Levi’s tahun ini mengetengahkan empati, keaslian, integriti dan keberanian dalam satu mesej yang penuh harapan bagi mengingatkan kita bahawa kemajuan hanya boleh berlaku apabila kita bersifat saling memahami.

Apabila kita dapat mengatasi halangan, kita mampu mengangkat suara antara satu sama lain. 

 

Koleksi Ramadan Levi’s 2021

Koleksi ini menzahirkan aspek harmoni dan selesa, dengan rangkaian menyeluruh untuk baju dan celana yang meraikan individualiti serta stail peribadi.

Palet warna lembut disulami pastel ceria menghiasi koleksi ini bersama fabrik lestari dan berprestasi tinggi dalam potongan moden. Ia menonjolkan rasa optimis anda di musim perayaan.

Perhatian tertumpu pada rangkaian baju dan celana yang direka dengan fabrik bebas udara. Ia mengawal suhu dan penyerapan lembapan bagi memastikan anda kekal dingin di bawah terik mentari. Helaian dalam koleksi ini menampilkan fabrik lestari seperti Cottonized Hem dan Tencel untuk memberi keselesaan yang optimum. 

Ia juga diperbuat daripada serat poliester yang bersumberkan botol air kitar semula. Ia mengalihkan lembapan daripada kulit selain memberi perlindungan UV. Serat berongga ini bertindak memerangkap udara dan menebat lembapan dari luar fabrik bagi memastikan pengeringan yang pantas. 

Koleksi Ramadan Levi’s 2021 disulam dengan fabrik yang amat sesuai dengan iklim negara kita. 

 

Untuk Lelaki

Buat lelaki, Levi’s menampilkan COOLMAX yang dipertingkatkan dengan serat New Aerolight. Ia serat yang seakan kapas, memberikan kesan kain yang lebih lembut.

Koleksi ini terdiri dari helaian denim dan bukan denim. Potongan jeans berinspirasikan era lampau serta stail klasik. Corak dan cetakan padat untuk memberikan gaya tersendiri di musim perayaan.

Untuk penampilan yang lebih segar dan menarik, gabungkan kemeja kolar Mandarin bersama celana Chino dalam pelbagai tahap regangan untuk keselesaan maksimum.

Andai padanan Levi’s klasik menjadi pilihan, lapisi dengan kemeja serta seluar jeans 512 Slim Taper. Untuk tampil lebih santai, gabungkan kemeja-T, baju sejuk atau jaket trucker bersama seluar pendek kargo. 

 

Untuk Wanita

Buat wanita pula, koleksi ini menyerlahkan variasi siluet dalam gabungan cetakan serta fabrik yang menarik untuk digayakan. Melangkah ke musim perayaan dengan adunan palet rona merah jambu, kuning dan neutral yang digabungkan bersama logo LEVI’S vintaj pada helaian kait untuk penggayaan menyeluruh. 

Antara sorotan koleksi ini adalah perician poket pada helaian high waisted cargo dan loose cargo serta jaket ringan untuk melapisi gaun longgar atau kemeja petak.

Padankannya bersama 721 High Rise Skinny Ankle atau 314 Shaping Straight bagi memangkin elemen estetika feminin serta perincian romantis pada bahagian lengan dan leher. 

Berharga antara RM199 ke RM329, Koleksi Ramadan Levi’s 2021 ini boleh didapati menerusi Levi’s Malaysia atau butik Levi’s seluruh negara. 

Semua gambar: Levi’s Malaysia

Isu Pada

Hamparan Doa Kilafairy

17 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini