Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rawatan Kecantikan Dari Hujung Kaki Hingga Ke Hujung Rambut di Pavilion KL

Jika ingin mendapatkan rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, apa kata anda panjangkan langkah ke pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 7:01PM

Rawatan wajah dan kulit yang sesuai akan menjadikan wajah anda kelihatan segar dan bertenaga. - Gambar dari Pavilion KL

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cantik dan sihat perlu seiring. Jangan diabaikan dan jangan biarkan tekanan dan kesibukan rutin harian menghalang sesi memanjakan diri yang amat diperlukan. Semua orang berhak berehat dengan tenang selepas hari yang panjang dan membosankan.

Jika ingin mendapatkan rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, apa kata anda panjangkan langkah ke pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur. 

Sama ada anda ingin dibelai bagaikan puteri di pusat rawatan kecantikan mewah, menghias atau merawat kuku dengan sempurna, melakukan urutan badan melegakan atau rawatan detoksifikasi, segalanya ada di sini. Pendek kata, di sinilah anda boleh  ‘berme time’ atau bersama teman-teman ‘sekepala’.

Mahu tahu apa servis kecantikan yang boleh anda lakukan di Pavilion KL? Jom semak senarai berikut. Pasti ada yang menarik perhatian.

1. Tambah rawatan akupunktur dalam rutin penjagaan diri anda

Akupunktur dapat melegakan tekanan, keletihan, sakit kepala atau migrain.
Akupunktur dapat melegakan tekanan, keletihan, sakit kepala atau migrain.

Mengapakah rawatan akupunktur sesuai dengan rutin penjagaan diri anda? Akupunktur ialah rawatan tradisional Cina yang digunakan untuk mengimbangi aliran tenaga badan, dikenali sebagai chi. Kaedah rawatannya ialah dengan menyucuk jarum kecil ke lapisan kulit pada titik tertentu bagi merangsang dan mengaktifkan tindak balas penyembuhan semula jadi, menghasilkan pelbagai manfaat kesihatan yang positif.

Anda dialu-alukan untuk melakukan rawatan akupunktur ini untuk melegakan hari-hari yang penuh tekanan, keletihan, sakit kepala atau migrain, dan banyak lagi. Pakar profesional yang berkelayakan di 1TCM boleh mengenal pasti ketidakselesaan dan kesakitan dengan tepat dan seterusnya mengaplikasikan rawatan yang sesuai untuk membantu atau merawat masalah kesihatan yang dihadapi.

Lokasi : 1TCM Acupuncture, Aras 7, Beauty Hall, Pavilion KL

2. Tampil menawan!

Rawatan penjagaan wajah sentiasa menjadi pilihan golongan wanita.
Rawatan penjagaan wajah sentiasa menjadi pilihan golongan wanita.

Wanita mana yang tidak mahu tampil menawan? Sebab itulah ramai yang sanggup menahan kesakitan semata-mata untuk tampil cantik. Salah satu rutin penjagaan kecantikan yang sentiasa menjadi pilihan golongan wanita ialah rawatan penjagaan wajah. 

Jika ke Pavilion KL, anda boleh singgah ke AsterSpring untuk mendapatkan rawatan wajah yang sesuai dengan keperluan kulit wajah anda. Biarkan mereka membelai wajah anda dengan teknik rawatan berkesan yang membawa kesan serta-merta, memadam garis-garis halus dan kedutan yang kelihatan dengan menggunakan topeng wajah berkolagen marin. 

Percayalah, sebaik melangkah keluar anda terlihat lebih bertenaga dan tenang dengan kulit yang segar, gebu dan terhidrat dengan ‘panda eyes’ yang kurang kelihatan.

Lokasi: AsterSpring, Aras 7, Beauty Hall, Pavilion KL

3. Kulit kepala gatal dan berminyak? Masa untuk detok!

Rawatan Tuesde’s Signature Scalp Enzyme ialah rawatan yang membersihkan kulit kepala secara mendalam.
Rawatan Tuesde’s Signature Scalp Enzyme ialah rawatan yang membersihkan kulit kepala secara mendalam.

Jika kulit kepala anda terasa kering dan gatal atau rambut anda kelihatan tidak terurus sejak akhir-akhir ini, mungkin sudah tiba masanya untuk mempertimbangkan rawatan detok kulit kepala. 

Rawatan Tuesde’s Signature Scalp Enzyme ialah rawatan yang membersihkan kulit kepala secara mendalam untuk membebaskan folikel daripada ‘bahan-bahan buangan’ dan mengimbangi semula pH kulit untuk memberikan kulit kepala yang lebih baik untuk rambut yang sihat.

Ingat, kulit kepala juga perlu dibersihkan dengan lebih intensif sekali-sekala, sama seperti mengelupaskan kulit wajah anda. Ini bertujuan untuk menjagakan kesihatan rambut agarsentiasa lembut bersinar.

Lokasi: Tuesde, Aras61 7, Beauty Hall, Pavilion KL

4. Lakukan Rawatan Kecantikan Terkini

Rawatan Swiss Perfection RS-28 Cellular direka untuk menyediakan pembaikan intensif kerosakan kulit dalam dan menawarkan penyelesaian kulit yang optimum.
Rawatan Swiss Perfection RS-28 Cellular direka untuk menyediakan pembaikan intensif kerosakan kulit dalam dan menawarkan penyelesaian kulit yang optimum.

Trend kecantikan baharu semakin meningkat yang memanfaatkan kuasa sains dan kecantikan selular. Idea di sebalik kecantikan selular adalah untuk menyokong proses selular yang berlaku dalam sel kulit supaya kulit dapat berfungsi secara optimum. Ia mengambil masa kira-kira 28 hari untuk kulit anda diperbaharui atau dijana semula. 

Bagaimanapun, proses ini semakin perlahan apabila usia anda meningkat, yang boleh menyebabkan kedutan dan hiperpigmentasi. Rawatan Swiss Perfection RS-28 Cellular direka untuk menyediakan pembaikan intensif kerosakan kulit dalam dan menawarkan penyelesaian kulit yang optimum untuk membantu menentang penuaan. Jika anda sedang mencari rutin penjagaan kulit yang membantu mencegah kemunculan garis-garis halus dan kedutan, ini adalah untuk anda!

Lokasi: Swiss Perfection Boutique Spa, Aras 7, Beauty Hall, Pavilion KL

5.  Singkirkan toksin!

Rawatan Mayfair’s Lymphatic Detoxification mungkin akan membantu jika anda berasa letih atau lesu untuk kembali sihat bertenaga seperti biasa. Satu fakta anda harus tahu, sistem limfa bertindak sebagai stesen kitar semula toksin di mana toksin ditapis dari nodus limfa ke darah. Apabila sistem limfa berfungsi dengan baik, kita berasa sihat dan mempunyai pertahanan yang kuat terhadap penyakit. Jadi ini mungkin ‘perk-up’ yang anda perlukan!

Lokasi: Mayfair Plus, Aras 7, Beauty Hall, Pavilion KL

6.  Tiada lagi rambut yang tidak diingini 

Rawatan laser mungkin jalan terbaik untuk membuang bulu atau rambut yang tidak diingini.
Rawatan laser mungkin jalan terbaik untuk membuang bulu atau rambut yang tidak diingini.

Bercukur, mencabut, melilin atau menggunakan krim membuang rambut atau bulu pada anggota badan wajah memang agak memenatkan. Lebih-lebih lagi jika anda sentiasa berkejaran ke sana-sini. 

Jika anda sedang mencari penyelesaian kekal, rawatan laser mungkin jalan terbaik untuk menyelesaikan isu yang menjengkelkan ini. Luminous’ Laser for Permanent Hair Reduction membuang rambut yang tidak diingini dan juga boleh membantu masalah-masalah lain seperti rambut tumbuh ke dalam dan hiperpigmentasi.

Lokasi: Luminous Integrative Medicine Clinic, Aras 7, Beauty Hall, Pavilion KL

7. Redam kebimbangan, raih ketenangan

Moor Lavender Calming Body Oil
Moor Lavender Calming Body Oil

Nikmati rendaman seperti spa di rumah dengan Dr. Hauschka’s Sage Purifying Bath Essence. Beberapa titisan pati mandian yang menenangkan dalam mandian ini akan membantu anda berehat dengan tenang serta menjanjikan kulit yang lembut dan terhidrat. 

Teruskan melembapkan kulit dengan Moor Lavender Calming Body Oil yang menyegarkan kulit sambil menyuntik mood lebih rilek dan keselesaan yang mendalam pada penghujung hari yang panjang.

Lokasi: Dr Hauschka, Aras 7, Beauty Hall, Pavilion KL

8. Hias dan rawat kuku 

Rawatan dan trend hiasan kuku boleh dilakukan di BMIC Nails.
Rawatan dan trend hiasan kuku boleh dilakukan di BMIC Nails.

Menghias kuku boleh boleh menjadi salah satu terapi diri yang merehatkan minda. Ini kerana sepanjang proses menghias dan melakukan rawatan anda akan terpisah dengan telefon pintar seketika bagi memastikan hiasan kuku tidak rosak atau comot. Jadi, inilah masanya anda bebas daripada sebarang gangguan. 

Apa sahaja rawatan dan trend hiasan kuku yang anda mahukan, BMIC Nails adalah tempatnya! Untuk lebih keseronokan, anda juga boleh membawa anak-anak kecil untuk sama-sama meluangkan masa. Ini kerana BMIC Nails turut menyediakan perkhidmatan manicure dan pedicure untuk kanak-kanak.

Lokasi: BMIC Nails, Aras 7, Beauty Hall, Pavilion KL. - Getaran, 30 Oktober 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat