web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 7:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

20 Century Girl 

Sempat tular di Tiktok dan trending filem paling banyak ditonton di Netflix adalah sebuah naskhah berbahasa Korea dengan tajuk 20 Century Girl.

Ditulis dan diarahkan Bang Woo-rin, filem bergenre romantis ini dibintangi Kom Yoo-jung, Byeon Woo-seok, Park Jung-woo dan Roh Yeon-seo. 

Menceritakan tentang Bo-Ra dan Yeon-du berlatarkan zaman 1990-an ketika masing-masing masih di sekolah menengah. Yeon-du kemudian terbang ke luar negara bagi menjalani pembedahan hati. Bo-Ra kemudian jatuh cinta dengan lelaki bernama Hyun-jin. Maka berlakulah konflik dan cinta antara tiga sahabat di zaman persekolahan. 

Filem ini juga banyak diperkatakan kerana mengingatkan penonton dengan cinta pandang pertama mereka ketika zaman persekolahan. – Wafa Aula 

Bad Romeo

 

Tidak dinafikan, drama bersiri dari negara jiran kita iaitu Thailand semakin mendapat perhatian penonton antarabangsa. Selain para pelakonnya yang kacak dan jelita, jalan cerita yang ditampilkan juga sangat menarik. 

Drama Bad Romeo yang ditayangkan di Netflix menampil dua superstar dari Thailand iaitu Mario Maurier dan Urassaya Sperbund sebagai teraju utama. Ini Kali pertama mereka digandingkan sebagai pasangan dalam drama. 

Bad Romeo mengisahkan tentang Saikhim lakonan Urassaya yang merupakan anak orang berada namun dikongkong oleh bapanya yang pendendam.  Dia teringin menjalani kehidupan seperti orang biasa dan telah merancang untuk bertukar rumah dengan rakan yang dikenalinya di internet selama beberapa hari. 

Pada masa yang sama Kla lakonan Mario merupakan bekas banduan yang memiliki bengkel kereta. Dia telah ditipu oleh kekasihnya sendiri yang akhirnya memilih untuk berkahwin dengan lelaki kaya. 

Rupanya rumah kenalan internet Saikhim adalah rumah kekasih Kla. Takdir telah menemukan Saikhim dan Kla yang membuatkan mereka telah terlanjur akibat mabuk sehingga menyebabkan Saikhim mengandung. – Helmi Anuar

 

Murder Mystery

Seorang anggota polis New York, Nick Spitz lakonan Adam Sandler akhirnya berjaya memenuhi impian isterinya, Audrey Spitz lakonan Jennifer Aniston untuk menikmati percutian indah di Eropah.

Namun percutian indah itu tiba-tiba berubah menjadi medan untuk Audrey dan Nick menyelesaikan kes pembunuhan berganda. Bukan satu, bukan dua tetapi lima pembunuhan. Wow..

Murder Mystery ternyata sebuah filem komedi yang digarap dengan bahan-bahan terbaik. Bayangkan saja gandingan Aniston dan Sandler. Memang pecah perut dibuatnya. Bukan itu saja, Gemma Arterton dan Luke Evans pun ada. 

Jadi, tunggu apa lagi, saksikan filem komedi arahan Kyle Newacheck ini hanya di Netflix. - Suzan Ahmad

Doctor Prisoner

Balas dendam menjadi tema drama ini yang disiarkan pada 2019. Ia berkisar kepada Dr Na Yi Je lakonan Nam Goong Min yang dianiaya oleh majikannya di Hospital Taekang.

Bagi seorang doktor yang memiliki kepakaran yang hebat, sudah tentu dia tidak dapat menerima keadaan itu lalu merancang membalas dendam.

Perancangan itu bermula di Penjara Seoul Barat di mana dia menjawat jawatan sebagai Pengarah Perubatan di penjara terbabit.

Menariknya drama ini memaparkan pergelutan kuasa antara keluarga kaya dan bagaimana mereka memanipulasi sistem penjara.

Seperti biasa, lakonan Nam Goong Min tidak pernah mengecewakan dan berjaya melakonkan karakter Dr Na dengan baik, iaitu watak yang sama sekali berbeza dengan drama-drama lakonannya sebelum ini.

Ketika ia ditayangkan pada 2019, Doctor Prisoner berjaya mengekalkan kedudukan nombor satu dan berdasarkan Nielsen Korea, drama ini telah mengekalkan rating tontonan antara 13 dan 14.5 peratus. Doctor Prisoner boleh ditonton di Netflix. - Habibah Omar

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

2

TARA 2 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini 

3

TARA 3 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

4

TARA 3 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh