web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Katrina Kaif Akui Tak Dapat Tidur Malam Kalau Tonton Filem Seram, Bakal Muncul Dengan Filem Phone Bhoot 

Trailer filem Phone Bhoot telah menerima reaksi bercampur daripada peminat filem dan ia membuatkan Katrina semakin teruja untuk mempromosikan filem tersebut.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 4:19PM

Katrina Kaif bakal beraksi dalam filem Phone Bhoot. - Gambar dari Instagram Katrina Kaif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bakal muncul dengan filem komedi seram berjudul Phone Bhoot, Katrina Kaif kini mula sibuk bercerita tentang projek filem baharunya itu yang dijayakannya bersama pelakon lain seperti Ishaan Khatter dan Siddhant Chaturvedi. 

Trailer filem itu telah menerima reaksi bercampur daripada peminat filem dan ia membuatkan Katrina semakin teruja untuk mempromosikan filem tersebut dan pada masa yang sama bercakap tentang kehidupan rumahtangganya selepas mengahwini, Vicky Kaushal. 

Vicky Kaushal dan Katrina. - Gambar Instagram Katrina Kaif
Vicky Kaushal dan Katrina. - Gambar Instagram Katrina Kaif

Dalam satu wawancara bersama Bollylife.com, Katrina telah ditanyakan soalan sama ada dia takutkan hantu atau tidak. 

Kata Katrina, tiada siapa pun yang boleh menafikan tentang kewujudan dimensi lain di dunia ini dan ia tidak akan terjangkau dek pemikiran semua orang.

Dan, dia akui tidak akan dapat tidur dengan nyenyak jika menonton sesuatu yang menyeramkan. 

“Saya terpaksa tidur dengan membuka lampu atau membiarkan TV dibuka. Jika tidak, saya akan mendapat mimpi yang buruk. 

“Saya terpaksa hati-hati dan memilih filem yang boleh menggembirakan saya. Phone Bhoot bukanlah semua filem seram semata-mata tetapi filem seram komedi. 

“Banyak elemen komedi dan perkara-perkara yang klise dijadikan bahan lawak. Ia adalah jenis humor yang saya gemari,” katanya. 

Tentang Vicky Kaushal, Katrina sempat memuji suaminya selepas melihat trailer filem lakonanya, Manmarziyaan. Katanya dia sangat kagum dengan bakat semula jadi yang ada pada suaminya itu. 

Sebelum Phone Bhoot, Katrina muncyul dalam filem Sooryavanshi bersama Akhsya Kumar. Filem itu mencatatkan kutipan pecah panggung dan begitulah yang diharapkan terhadap Phone Bhoot. – Getaran, 22 Oktober 2022 

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh