Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Robert Rauschenberg-Seniman Artistik, Terkenal Dengan Siri Karyanya Berjudul Combines (1954–1964)

Rauschenberg adalah seorang pelukis dan pengukir, tetapi dia juga berkarya dengan menggunakan media fotografi, cetakan, pembuatan kertas serta seni persembahan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 2:00PM

Studio Robert Rauschenberg

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Milton Ernest "Robert" Rauschenberg merupakan seorang pelukis dan artis grafik Amerika yang terlibat dalam pergerakan seni Pop. Pada tahun 1948 Rauschenberg menyertai sebuah kolej bernama Black Mountain di North Carolina. 

Di Black Mountain, Rauschenberg berguru dengan Josef Albers, seorang pengasas aliran Bauhaus di Jerman. Josef Albers telah mengajarkanya dengan pelbagai perkara dan dari situlah bermulanya perjalanan hidup seorang seniman seni visual yang terkenal dalam eranya. 

Rauschenberg terkenal dengan siri karyanya berjudul Combines (1954–1964), sekumpulan siri karya seni yang menggabungkan objek harian sebagai bahan seni dan yang mengaburkan perbezaan antara lukisan dan arca. 

Rauschenberg adalah seorang pelukis dan pengukir, tetapi dia juga berkarya dengan menggunakan media fotografi, cetakan, pembuatan kertas serta seni persembahan.

Monogram
Monogram

Karya yang berjudul Monogram tergolong dalam siri Combines yang dihasilkan di antara tahun 1954 dan 1964. Istilah ini dicipta oleh Rauschenberg. Menurutnya Combines menggabungkan aspek lukisan dan arca untuk dijadikan satu kategori artistik yang baharu. 

Seorang pengkritik seni Leo Steinberg memerhatikan bahawa orientasi Combines mencabar konsep tradisional dalam pembahagian satah dan ruang kepada pandangan penonton. Ruang tersebut adalah nyata. 

Steinberg turut berhujah, Combines adalah seperti sebuah meja atau papan buletin dimana "permukaanya mempunyai reseptor serta objeknya berselerak dan data dimasukkan." 

Ketika menghasilkan karya yang berjudul Monogram ini Rauschenberg telah melihat patung kambing Angora yang disumbat dengan satu simbol berbentuk monogram di tingkap kedai perabot terpakai di Seventh Avenue di New York. 

Rauschenberg membeli patung kambing itu dengan harga lima belas dolar. Setelah itu Rauschenberg membawa patung kambing itu ke studionya dan mula berkarya. Karya tersebut merupakan penyatuan atau kombinasi diantara patung kambing serta tayar dan ideanya pula berteraskan kepada huruf jalinan dalam simbol monogram.

Canyon
Canyon

Karya berjudul Canyon pula lebih daripada sebuah lukisan. Hal ini kerana keadaan fizikalnya yang begitu kompleks. Rauschenberg meletakkan pelbagai bahan pada permukaan kanvasnya. Diantaranya ialah minyak, pensil, helang, kertas, bantal, kain, logam, kadbod, gambar, kayu, tiub cat dan cermin. 

Rauschenberg juga memasukkan reproduksi bercetak dan menggantung bantal daripada seutas tali. Komposisi karya ini juga berbeza dan teknik kolajnya yang bertindih-tindih itu menimbulkan rasa huru-hara. 

Karya ini berdasarkan kisah mitos dan ia menunjukkan kepada penonton bagaimana mitos ini mungkin membuatkan apa yang kita rasa. Kekacauan yang dibinanya tidak ubah seperti guruh yang berdentum sebelum ribut melanda.

Autobiography
Autobiography

Dalam karya berjudul Autobiography, Rauschenberg memilih media litografi dengan tiga panel yang disusun berbentuk monumental. Robert Rauschenberg mengisahkan hidupnya melalui gabungan imej dan perkataan. 

Dalam panel pertama, carta untuk tanda astrologi artis iaitu bintang Libra, imej tersebut ditindih dengan imej X-ray rangka dirinya. 

Panel kedua diisi oleh serangkaian teks yang berlingkar seperti bulatan. Di tengahnya terdapat gambar Rauschenberg semasa kecil, menaiki bot bersama keluarganya, dan berputar keluar, menonjolkan detik penting dalam sejarah peribadi dan seninya. 

Panel ketiga pula tertera imej artis bermain kasut roda dalam salah satu persembahannya pada tahun 1963. Persembahan ini adalah salah usaha pertamanya untuk menjadi seorang koreografer. Terdapat juga dua imej bandar yang paling penting dalam hidupnya iaitu New York dan kampung halamannya di Port Arthur, Texas.

Sign
Sign

Pada tahun 1970 Rauschenberg mula menghasilkan karya menggunakan teknik kolaj. Intipati kepada siri karya ini ialah merakamkan pergolakan semasa dengan cara yang ringkas. Karya yang berjudul Sign memaparkan kegembiraan dan keyakinan pendaratan angkasawan di bulan pada 1969. 

Terdapat juga imej presiden Amerika John F. Kennedy yang mati dibunuh. Terdapat juga imej Martin Luther King, Jr. dan Robert Kennedy yang kedua-duanya juga turut dibunuh pada tahun 1968. Tragedi yang berlaku ini menyerlahkan kemusnahan dan keyakinan dalam politik Amerika pada tahun 1960-an. 

Seterusnya karya ini juga turut merakam imej penyanyi Janis Joplin - rakan baiknya dari Port Arthur, Texas. Imej Janis Joplin adalah simbol kepada kehilangan bakat muda dalam industri muzik rock pada waktu itu. Janis mati ketika berpesta akibat penggunaan dadah yang berlebihan. 

Selain itu karya ini juga turut merakam situasi Perang Vietnam. Apa yang boleh dirumuskan bahawa karya ini mempunyai struktur kolaj dan komposisi yang mencerminkan keadaan huru-hara dalam dekad tersebut.

Robert Rauschenberg
Robert Rauschenberg

Apa yang dapat disimpulkan bahawa Rauschenberg percaya dengan kuasa seni sebagai pemangkin kepada perubahan sosial. Justeru itu beliau telah menubuhkan satu yayasan bernama Pertukaran Budaya Luar Negara Rauschenberg (ROCI) pada tahun 1984 sebagai usaha untuk mencetuskan dialog antarabangsa dan meningkatkan pemahaman budaya melalui ekspresi artistik.

Pameran ROCI telah dipamerkan di pelbagai negara seperti Mexico, Chile, Venezuela, China, Tibet, Jepun, Cuba, U.S.S.R., Jerman dan juga Malaysia.

Rauschenberg juga turut menubuhkan Yayasan Robert Rauschenberg (RRF) untuk menggalakkan kesedaran tentang perkara yang melibatkan keamanan dunia, alam sekitar dan isu kemanusiaan. Pada tahun 1986, Rauschenberg telah menerima Anugerah Plat Emas dari American Academy of Achievement. 

Beliau juga telah dianugerahkan Pingat Seni Kebangsaan oleh Presiden Bill Clinton pada tahun 1993. Pada tahun 2000, Rauschenberg telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan AmfAR untuk Sumbangan Artistik untuk Melawan AIDS.

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).
 

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 32 minit yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

2

Luar Negara 2 jam yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Tidak Sebelahi Mana-Mana Negara, Sambut Baik Pelaburan Beri Manfaat - PM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Dapat Manfaat Daripada Persaingan AS- China

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry