Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


I’m Ready To Romance - Theebaan G

Sempena dengan sambutan Deepavali yang bakal tiba, kami tampilkan ahli sukan yang kini sudah pun bergelar pelakon, Theebaan G yang bercerita falsafah hidupnya, kecintaan yang begitu mendalam terhadap sukan karate dan kerjaya sebagai pelakon yang semakin mekar sekarang ini.  

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 10:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanpa kami sedari, masa begitu pantas berlalu. Sisipan hujung minggu TARA kini sudah tiba di keluaran edisi khas perayaan Deepavali kedua yang akan mengungkap kisah seorang atlet dari bidang sukan ke pentas lakonan.

Tall, Dark and Handsome! Itulah frasa yang paling tepat untuk menggambarkan our cover guy minggu ini.

Empunya nama Theebaan Govindasamy, 32, memang tidak asing dalam dunia sukan dan arena ‘Mixed Martial Art’ (MMA) di Malaysia.

Berketinggian 185 meter, jejaka tinggi lampai asal Kuala Lumpur ini turut bergelar juara Malaysian Invasion – Mixed Martial Arts 4 (MIMMA 4) dalam kategori welterweight.

Dia juga merupakan seorang atlet profesional yang pernah mewakili dan membanggakan Malaysia di beberapa gelanggang antarabangsa seperti Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) dalam skuad kebangsaan karate negara ini.

Memilihnya sebagai penghias wajah TARA bukanlah disebabkan dia masih aktif dalam sukan karate yang diceburinya sejak dari usia remaja lagi, tapi kerana dia juga semakin selesa melangkah ke dunia lakonan selepas menjadi tumpuan dalam filem ‘Paskal The Movie’.

Lantas, kami yakin banyak yang boleh dia kongsikan dengan para pembaca.

Kerjaya Lakonan 

Sebagai figura yang punya sosok tubuh menawan dan berkecimpung dengan kerjaya yang melibatkan kecergasan tubuh sebelum ini, Theebaan  akui mendapat pengiktirafan meluas menerusi watak lakonannya sebagai Shailesh dalam filem aksi ketenteraan 2018, ‘Paskal The Movie’ arahan Adrian Teh.

Bintangnya juga semakin menyinar apabila membintangi filem ‘aksi ketenteraan Malaysia itu dan sejak itu tawaran berlakon semakin mencurah datang.

Bahkan, selepas ‘Paskal The Movie’, dia telah menjayakan dua lagi filem Melayu iaitu ‘Ada Hantu 2’ dan ‘Pasal Kau’. 

Selepas itu, satu demi satu tawaran drama Tamil hiburan tanah air turut diterima olehnya. Biarpun terkejut dengan gemerlapan yang diraih, Theebaan akui dia gembira kerana dia mahu menempatkan diri dalam pasaran filem Melayu serta Tamil.

“Sejak permulaan karier hingga hari ini, saya tidak terikat dengan sesiapa. Saya uruskan semuanya bersama pengurus saya. 

''Ramai juga yang tidak tahu, sebelum bergelar pelakon Paskal,  saya pernah terlebih dahulu memasuki industri hiburan Tamil dengan berlakon dalam sebuah filem lokal berjudul ‘Victory’ arahan P Ramesh pada 2014. 

“Saya memegang watak utama sebagai atlet sukan karate, namun filem tersebut tidak mencatat kejayaan seperti yang disangka, malah ramai tidak tahu mengenai kewujudan filem Tamil lokal itu. 

“Dan itu menjadi titik permulaan dan juga titik noktah kepada karier lakonan saya. Malah saya sendiri akui lakonan saya sangat ‘kayu’ dalam filem tersebut dan saya menjadi malu untuk menceburi bidang lakonan semula,'' ujarnya memulakan bicara. 

Kegagalan filem Victory itu membuatkan Theebaan mengambil keputusan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada sukan MMA.

“Bagaimanapun kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya. Selepas saya mengambil keputusan untuk tidak menjejak kaki dalam dunia lakonan, saya masih menerima pelbagai tawaran dari merata pihak untuk berlakon.

“Setelah menolak semua tawaran selama empat tahun, saya mengambil keputusan untuk berlakon semula setelah memikirnya ia  satu pertanda untuk saya memulakan perjalanan hidup baharu bersama dunia hiburan.

“Saya juga memikirkan bahawa ramai orang di luar sana yang berusaha untuk menceburi kerjaya lakonan ini, mereka ingin jadi pelakon, jadi kenapa saya tidak lakukannya sahaja? 

“Dan Paskal menjadi titik permulaan semula untuk saya kembali dalam dunia gemilang ini yang semakin menjadi sinonim dengan kehidupan seharian saya,” katanya.

Jelas Theebaan, Paskal menjadi kenangan paling indah dalam karier lakonannya, walaupun ia merupakan filem Melayu pertamanya. 

Sedia Beraksi ‘Romantik’

Apabila ditanya adakah terbuka untuk melakonkan watak sisi romantik berbanding aksi, jawapan yang diberikan Theebaan agak tidak disangka.

“Saya bersedia berlakon dalam filem dan drama genre ‘romantik’ jika diberi peluang. Walaupun filem-filem dan drama saya yang kini kebanyakannya adalah aksi which is very familiar stuff to me, saya terbuka untuk menceburi kategori filem romantik,” katanya sambil tersenyum. 

Sambung anak jati Kuala Lumpur ini lagi, walaupun dirinya lazimnya dengan penampilan beraksi, dia percaya dirinya boleh membawa lakonan romantik yang dianggap tidak sinonim dengan gaya tubuhnya. 

“Memang identiti saya sinonim dengan watak beraksi, tetapi saya ingin explore diri saya dalam genre lain,” katanya. 

Dalam pada itu, Theebaan turut mengakui, pernah berlakon babak-babak romantik dalam drama Tamil lokal baharunya berjudul ‘Veera’ yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun hadapan.

“Jadi ‘Veera’ ini menjadi platform baharu saya untuk mencuba sisi ‘romantik’ dengan watak utama sebagai  ‘a good guy’,” kata Theebaan dalam nada bergurau.

Tambah Theebaan lagi, jika diberi peluang untuk berganding dengan mana-mana pelakon wanita dari industri hiburan antarabangsa, Deepika Padukone akan jadi pilihannya. 

Sukan Karate Adalah Cinta Pertamanya 

Theebaan mengakui, sudah mula aktif bersukan sejak di bangku sekolah lagi. Minatnya terhadap sukan karate mula mekar selepas ibu bapanya menghantarnya untuk menguasai seni kemahiran mempertahankan diri itu pada usia lima tahun. 

“Saya sudah mewakili skuad antarabangsa karate juga menyertai acara-acara peringkat kebangsaan ketika berusia 16 tahun.

“Karate was my whole life dan kemudian saya membuat keputusan untuk memasuki MMA ketika saya berusia 24 tahun.

“Mungkin jawapan ini kedengaran klise, namun saya masuk MMA sebab abang saya yang lama sudah berada dalam bidang tersebut. 

“Saya sangat tertarik melihat latihan yang dilakukan olehnya. Lantas saya pun menyertai MMA dan mencuba,” berkongsi permulaan penglibatannya dalam sukan MMA.

Sepanjang melibatkan diri dalam sukan yang lasak ini, Theebaan pernah menjalani pembedahan di lulut kanan (ACL reconstruction and cartilage repair) pada kedua-du  lutut.

Di sebelah lutut kanannya pula dipasang skru akibat kecederaan serius, namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat serta ‘ketagihannya’ untuk meneruskan  bidang sukan tersebut.

“Kedua-dua lutut saya cedera dan selepas menjalani pembedahan ACL, doktor kata saya tidak lagi boleh terlibat dalam acara karate. Namun setelah berehat beberapa bulan, saya masuk balik ke gelanggang karate semula.

“Saya benar-benar serius selepas itu dan mengambil inisiatif sendiri untuk berlatih. Jurulatih turut membantu ‘recap’ saya dengan banyak persediaan. Selepas latihan bersama jurulatih, saya ke gimnasium pula untuk bersenam.

“Walaupun doktor kata saya tidak boleh bersukan tapi, saya mahu buktikan saya boleh dan ada cara untuk melakukannya. Semuanya berkait rapat dengan mindset kita dan saya juga cuba mendidik masyarakat tentang hal ini,” katanya. 

Jelas Theebaan lagi, sukan ini banyak mendidik disiplin dirinya. 

“Untuk mempertahankan kejuaraan dalam kategori berat badan saya, saya perlu terus berlatih dan mengikut waktu makan, tidur dan bersenam yang konsisten. 

“Konsisten itu amat penting sebab, latihan secara berkonsisten penting bagi sukan individu ini. Hanya diri sendiri yang mampu membentuk kejayaan dalam dunia karate ini.

“Saya tunjukkan kepada doktor yang melarang saya daripada bersukan dan rakan-rakan saya bahawa saya mampu berjaya. Membawa pulang pingat di acara Sukan SEA,” katanya penuh semangat. 

Walaupun mendapat sokongan penuh daripada keluarganya, namun Theebaan akui ibunya tidak berapa setuju dengan keputusan untuk memilih sukan sebagai kariernya.

“Dia mahu saya pilih kerjaya yang berbeza daripada sukan MMA ini dan dia juga terkilan apabila saya memilih untuk menyertai. 

“Waalaupun dia tidak begitu menyokong, tapi dia pernah sekali datang ke medan  gelenggang MMA untuk menyaksikan perlawanan saya,” katanya. 

Kisah Di Sebalik Parutnya 

Parut yang terdapat di wajah tampan jejaka berzodiak Cancer ini sentiasa menimbulkan persoalan bagi sesiapa sahaja yang melihatnya, termasuk penulis yang menanyakan walaupun terasa agak kurang selesa pada mulanya.

Namun, Theebaan mengakui soalan tersebut antara ‘rapid fire’ yang wajib akan ditanya oleh mana-mana pihak yang menemuinya. 

“Sebenarnya kisah di sebalik parut ini is not a big deal, nothing sensitive pun. Saya dapat parut ini ketika zaman kanak-kanak akibat jatuh basikal je.

“Ketika itu, saya berusia dua tahun. Saya berbasikal sambil memegang mangkuk kaca dan secara tidak langsung ia jatuh pecah dan serpihan kaca terkena di muka dan akhirnya saya dapat 36 jahitan. 

“Sejak itu, saya tidak pernah ingat muka saya tanpa parut ini, ia seolah-olah menjadi sebahagian daripada diri saya, Theebaan with a scar on his face,” katanya.

Kongsi Theebaan lagi, keluarganya tidak pernah mewujudkan ruangan yang tidak selesa bagi dirinya mengenai parut tersebut.

Malah, rakan-rakan sejak zaman sekolah pernah menggelar dirinya ‘scarface’ dan ‘vettu Theebaan’ (Scarface dalam Bahasa Tamil), namun ia hanya sebagai gurauan semata-mata dan bukannya bahan ejekan.

Selesa dengan parut di wajahnya itu, dia turut menggunakan nama ‘scarface’  di gelanggang MMA. 

“Sejujurnya, saya masih tidak dapat berimaginasi muka saya tanpa parut ini, dan tidak pernah saya terfikir untuk membuat pembedahan plastik bagi membuang parut ini, walaupun ada pihak yang mencadangkan sebaik sahaja saya menceburi bidang lakonan. 

“Dengan selamatnya saya boleh katakan, bahawa saya tidak mempunyai rancangan untuk membuangnya dari muka saya, kerana I think it’s kind of cool to have a scar on face, walaupun cerita sebalik parut ini hanya jatuh basikal,” katanya sambil berketawa.

Sambutan Deepavali Hanya Sederhana 

Berbicara soal persiapan menjelang Deepavali pula, kata Theebaan, tahun ini dia dan sekeluarga akan menyambut perayaan itu secara sederhana seperti kebiasaan. 

“Kami memang tidak pernah menyambutnya secara besar-besaran. Malah, kami juga mengekalkan prinsip yang sama untuk Deepavali kali ini iaitu meluangkan masa sesama sendiri tanpa memikirkan sangat mengenai hiasan rumah atau pakaian baru,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata Theebaan, hari pertama Deepavali semestinya akan menjadi hari berkumpul sesama ahli keluarganya.

“Pada hari pertama, ibu, ayah dan kami adik-beradik akan ke kuil untuk bersembahyang. Sejurus balik, ibu saya akan masak dan kami makan dan hanya begitu sahaja Deepavali kami seharian. Very simple and santai,” ujarnya.

Ciri-Ciri Perempuan Idaman

Berbicara tentang hati, pasti ramai peminat yang ingin tahu lebih lanjut tentang kisah cinta jejaka yang cukup friendly ini. 

Sesudah ‘kisah cintanya’ bersama bekas kekasihnya hanya tinggal kenangan, siapa pula gerangan yang sedang bertahta di hati Theebaan ketika ini. 

Namun, Theebaan akui dirinya masih solo. Ya! Adakah anda di luar sana mendengar wahai gadis-gadis. Theebaan masih solo. Begitu dia masih tetap sudi berkongsi tentang suri hati idamannya. 

“Sejujurnya, saya lebih suka wanita yang lebih intelektual, kerana saya suka berborak dan saya sentiasa akan berbicara berkenaan sesuatu yang menarik dari segi sains dan galaksi.

“Saya sebenarnya sangat berminat tentang galaksi ini, malah saya memiliki teleskop di rumah saya, boleh kata, setiap malam saya akan mengamati langit dan bintang.

“Malah, saya turut mempunyai tatu orbit galaksi di lengan kiri saya kerana obsesi saya terhadap perkara tersebut,” kata Theebaan yang mengakui pernah mempunyai angan-angan menjadi angkasawan ketika kanak-kanak,” pungkasnya menutup bicara. – Getaran, 22 Oktober 2022

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 5 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewas Di Final BAC 2024

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 Diadakan 10 Mei

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

‘Istiqamah Itu Senang, Hidayah Tak Perlu Tunggu, Kena Cari’ - Che Ta

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Harimau Malaya Berlepas Ke Oman Tanpa Matthew Davies

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart