Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tampil Menawan Bak Ratu Di Hari Bahagia Dengan Koleksi Busana Pengantin ‘RTW’ Rizman Ruzaini 22/23

Menyedari ramai yang mahu tampil menawan di hari bahagia bak selebriti, pereka fesyen duo terkenal negara, Rizman Ruzaini hasilkan koleksi busana pengantin dengan harga yang berpatutan, serendah RM699 hingga RM1,499.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 9:07PM

Gambar ihsan Rizman Ruzaini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai antara jenama fesyen negara yang terkenal, Rizman Ruzaini cukup sinonim dengan rekaan eksklusif pakaian pengantin. 

Selama berbelas tahun mengukir nama dalam industri ini, tidak hairanlah apabila rekaan mereka seringkali menjadi pilihan selebriti dan golongan elit untuk disarungkan di hari bahagia mereka.

Sesuai dengan kualiti perincian dan curahan idea tersendiri dalam setiap rekaan yang dihasilkan, kita pasti dapat menjangkakan harga bagi setiap helaian hasilan pereka duo ini boleh sahaja mencecah ribuan ringgit. 

Ini bagai satu penanda aras bahawasanya hanya ‘pengantin kayangan’ yang mampu menyarungkan helaian Rizman Ruzaini di majlis perkahwinan mereka. 

Justeru, demi merealisasikan impian lebih ramai bakal ratu sehari dan melihatkan perkembangan perniagaan yang semakin berdaya saing kini, Rizman Ruzaini muncul dengan segmen perniagaan baharu dalam memastikan jenama ini mampu dimiliki oleh semua golongan melalui rangkaian ‘ready to wear’ (RTW). 

Segmen ‘ready to wear’ atau sedia pakai ini dimulakan dengan baju kasual dan kini dilebarkan melalui rekaan baju pengantin. Menerusi RR Bridal RTW 2022/23, sebanyak 14 rekaan diperkenalkan yang termasuk daripada rekaan klasik dan moden kontemporari. 

Berkongsi keistimewaan koleksi kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, menjadi kebanggaan untuk pihaknya dapat menunaikan impian wanita di luar sana yang selama ini menyimpan impian untuk memilih jenama ini di hari penting mereka. 

“Sejak bertapak 17 tahun lalu, pakaian pengantin sememangnya menjadi antara rekaan yang sinonim dengan jenama kami. Malah kebanyakan pelanggan awal kami juga terdiri daripada kalangan bakal pengantin. 

“Walaupun tidak dihasilkan dalam kuantiti yang banyak tetapi pakaian pengantin rekaan Rizman Ruzaini seringkali menjadi pilihan mempelai terutamanya golongan selebriti. 

“Tidak dinafikan, apabila melihat golongan selebriti dan orang ternama memilih jenama kami di hari perkahwinan mereka, ada antara orang ramai teringin untuk menyarungkan Rizman Ruzaini. Mereka terinspirasi. 

“Namun, soal harga selalunya menjadi halangan dan kebanyakan mereka akan terus berkata ‘kami tak mampu’. Maka, kerana itulah munculnya RR Bridal RTW 2022/23 sebagai tanda kasih-sayang kami kepada mereka untuk tampil paling menawan pada harga mampu milik di hari bahagia nanti,” katanya. 

Walaupun dijual pada harga mampu milik, namun kualiti koleksi ini dikekalkan pada tahap premium.

Antara material yang digunakan dalam rekaan ini ialah songket, heavy ghughori, sifon, taffeta, pleated net dan renda. 

Warna-warna yang dipilih pula terdiri daripada rona putih, perak dan keunguan untuk mengekalkan ciri-ciri pengantin malar segar, suci dan manis.

“Berbeza dengan Rizman Ruzaini, segmen atau jenama RR ini kami peruntukkan untuk pengeluaran yang lebih besar. 

“Harga helaian RR Bridal RTW 2022/23 bermula daripada harga RM699 hingga RM1,499. Walaupun berstatus RTW, untuk koleksi ini, pakaian hanya akan disediakan selepas mendapat pengesahan pesanan. 

“Tetapi jangan risau, pesanan hanya akan mengambil masa dua minggu sahaja untuk disiapkan dan sampai kepada pelanggan. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang kami, rizmanruzaini.com,” kata Rizman lagi.

Koleksi ini turut mengetengahkan Raysha Rizrose sebagai ‘muse’ mereka. Ternyata pemilihan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, memandangkan jenama ini pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti tempatan lain sebelum ini seperti Amyra Rosli, Zahirah Macwilson, Nelydia Senrose dan ramai lagi. 

Raysha Rizrose
Raysha Rizrose

Sementara itu, berita baik buat bakal pengantin di luar sana, koleksi RR Bridal RTW 2022/23 ini turut menawarkan diskaun 25 peratus untuk setiap tempahan awal. Tempahan boleh dibuat secara atas talian. – Getaran, 1 Oktober 2022

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

2

Gaya 6 bulan yang lalu

Rizman Ruzaini Pilihan Naomi Campbell Pada Minggu Fesyen Dubai 2023

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

Minat Mendalam Terhadap Seni Warisan, Dorong Siswazah Muda UKM Jadi Pembuat Songkok  

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Peminat Teruja, Cinta Aedy Ashraf Dan Amelia Henderson Kembali Bertaut, Kali Ini Mahu Lebih Serius

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart