web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minat Mendalam Terhadap Seni Warisan, Dorong Siswazah Muda UKM Jadi Pembuat Songkok  

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 10:50AM

Mohamad Zur Ain mengekalkan keistimewaan songkok diperbuat dengan tangan dan material digunakan, diimport khas dari Korea Selatan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Di usia muda sepertinya, mungkin ramai memilih kerjaya yang menjanjikan pendapatan tetap, namun Mohamad Zur Ain Abdul Rahman Zaki berbeza apabila mengikut jejak langkah bapa saudaranya sebagai pembuat songkok secara tradisional sejak lebih 25 tahun lepas.

Pemuda berusia 30 tahun itu berpendapat seni warisan itu harus dipertahan dan terus dipelihara kerana merupakan satu daripada busana perhiasan masyarakat Melayu.

“Saya minat seni pembuatan songkok sejak dari kecil lagi. Minat itu semakin menebal selepas melihat pak cik melakukannya dan kemudian mencubanya sendiri.

“Songkok pertama yang saya jahit mengambil masa selama sehari untuk disiapkan hasil bimbingan daripada pak cik,” katanya kepada Bernama.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata disebabkan minat mendalam, dia nekad membuka kedai sendiri di Dengkil, Selangor, pada 2018 bagi menjenamakan semula songkok buatan bapa saudaranya itu.

Menerusi jenama Pak Tam, Mohamad Zur Ain mengekalkan keistimewaan songkok diperbuat dengan tangan dan material digunakan, diimport khas dari Korea Selatan.

“Bahan utamanya adalah kain baldu terdiri daripada warna hitam atau navy blue pelbagai gred dan antara ciri menariknya adalah tahan lama bergantung kepada cara pemakaiannya.

“Istimewanya songkok ini, ia menggunakan kain berwarna merah sebagai pelapik di bahagian dalam untuk keselesaan dan bukannya plastik seperti songkok buatan kilang yang terdapat di pasaran,” katanya.

Pembuatannya yang halus dan kemas menjadikan Songkok Pak Tam dijual pada harga antara RM40 hingga lebih RM500, bergantung kepada jenis material dan saiz digunakan selain ditempah khas bagi mereka mementingkan kualiti dan keselesaan.

“Apa yang penting, pembuatan songkok memerlukan kesabaran tinggi dan ketelitian serta tidak boleh dilakukan dengan sikap asal siap kerana ia mempengaruhi penampilan si pemakai.

“Semua songkok ini saya buat sendiri untuk menjaga kualiti. Biasanya, saya boleh menyiapkan satu songkok dalam tempoh setengah jam dan kira-kira 10 biji songkok sehari,” katanya.

Kebiasaannya, Mohamad Zur Ain berkata permintaan terhadap songkok akan meningkat menjelang cuti persekolahan, musim perkahwinan atau sambutan Hari Raya.

“Tahun ini, saya menerima lebih 1,000 tempahan songkok untuk Aidilfitri selain menyimpan stok lebih 1,000 songkok ready-made pelbagai saiz hasil kerja tangannya sejak beberapa bulan lepas.

“Kali ini, permintaan terhadap songkok agak merudum berbanding tahun lepas berikutan pertembungan antara persiapan sesi persekolahan baharu, Ramadan dan sambutan Hari Raya yang memerlukan perbelanjaan besar,” katanya yang turut mendapat tempahan daripada orang kenamaan.

Walaupun kerja sebagai pembuat songkok dilihat tidak glamor, namun bagi Mohamad Zur Ain, kerjaya itu dipilih demi memastikan kelangsungan seni warisan itu.

“Generasi hari ini dilihat tidak gemar mengamalkan pemakaian songkok sebagai satu identiti budaya Melayu bahkan mereka juga tidak berminat untuk belajar membuatnya selain kurang promosi terhadap aksesori kepala itu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangka 2 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha, PLUS Aktif SmartLane Di 5 Lokasi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Mahu Badan Penguat Kuasa Tingkat Prestasi, Laksana Anjakan Tatakelola

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aura Hero Remaja! Netizen Tak Keruan Lihat Nadhir Nasar Berbaju Melayu Beli Ais Di Hari Raya

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Color Of The Year! - Hitam Pilihan Ramai Selebriti Syawal Kali Ini

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 10 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN